Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

8 Rancangan Baharu Netflix Yang Menarik Untuk Ditonton Bersama Keluarga

Bilakah kali terakhir anda bersantai bersama anak-anak dan keluarga untuk menonton sesuatu rancangan yang menarik? Kami benar-benar memahami bahawa sukar untuk emncari sesuatu yang sihat yang boleh dinikmati oleh kanak-kanak DAN orang dewasa. 

Jika anda kehabisan pilihan tontonan, kami ada senarai yang menarik untuk anda. 

Dari tema penggembaraan masa yang akan membuatkan anda tetap berada di tempat duduk, hinggalah ke cerita-cerita yang akan menyentuh hati, berikut adalah judul bahara Netflix yang mesra keluarga dan boleh dinikmati anda sekeluarga tanpa mengira mood anda pada hari tersebut. 

1. The Adam Project

Dalam filem penggembaraan masa ini, Ryan Reynolds memainkan watak seorang juruterbang yang bekerjasama dengan dirinya yang masih muda (lakonan Walker Scobell) dan mendiang bapanya (Mark Ruffalo) demi menyelamatkan masa hadapan. 

Salah satu projek dari pengarah dan penerbit Shawn Levy yang paling menyentuh hati setakat ini. Filem ini mempunyai nilai yang boleh dinimati oleh seorang orang didalam keluarga – dari aksi yang mendebarkan, komedi yang melucukan, terima kasih pada lakonan Reynolds hinggalah ke mesej yang menyentuh hati; filem ini merupakan keseimbangan yang sempurna antara komedi, aksi, emosi dan nilai kekeluargaan dengan sedikit rasa nostalgia. 

2. Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!

Nampaknya adik-beradik kembar kegemaran rakyat Malaysia ini telah menemui cara untuk menggembara diantara dimensi. 

Berdasarkan siri animasi yang sangat popular, filem kendiri aksi langsung / animasi ini mengisahkan seorang anak yatim piatu bernama Aqish yang “memanggil” si kembar untuk membantu menyelamatkan hari-harinya apabila dia mendapat tahu bahawa rumah anak yatimnya berada dalam bahaya dan bakal ditutup.

3. Upin & Ipin: Season 14

Musim ke-14 siri animasi yang paling lama berjalan di Malaysia, akan membuat tayangan perdana di Netflix pada 31 Mac ini. Pasangan kembar Upin & Ipin menjadi lebih seronok sambil bermain menjadi detektif untuk mencari buku nota yang hilang, menguji ubat pertumbuhan rambut khas, dan mencuba peralatan pertolongan cemas. 

Jangan lupa saksikan Upin & Ipin: Musim 14 di Netflix pada 31 Mac ini. 

4. Rescued by Ruby

Berdasarkan kisah benar, Grant Gustin memainkan peranan sebagai Dan, anggota polis tempatan, yang memasang impian untuk menyertai pasukan Mencari & Menyelamat ‘K-9’, namun tiada siapa memberikannya peluang. 

Anjing dirumah perlindungan, Ruby, turut mempunyai impan, untuk tinggal ditempat yang dipanggil rumah, tetapi kehabisan harapan. Apabila takdir mempertemukan Dan dan Ruby, ikatan mereka yang tidak tergoyah itulah yang membantu mereka menghadapi cabaran yang paling sukar. 

5. Karma’s World: Season 2

Dicipta dan diterbitkan oleh artis rap, pelakon dan penerbit Chris ‘Ludacris’ Bridges, Karma’s World mengikuti watak utama berusia 10 tahun, seorang pelajar sekolah menegah yang menggunakan bakat, cita-cta dan hatinya, untuk menyelesaikan sebarang masalah. 

Musim 2 menyaksikan Karma menghadapi cabaran baharu yang memberi inspirasi kepada lagu baharu semasa dia memulakan pekerjaan baru – bertanding jawatan presiden sekolah dan berusaha untuk membuat perubahan dalam komunitinya. 

6. He-Man and the Masters of the Universe: Season 2

Kebangkitan semula animasi CG siri ikonik 1983 kembali semula, dengan He-Man dan Guardians of Grayskull membentuk pakatan baharu – dan takdir baharu – untuk mengatasi Skeletor yang jahat ketika nasib Eternos bergantung pada keseimbangan berikutan cerita yang tergantung pada musim pertama. 

7. Making Fun

Dalam rancangan realiti yang menggembirakan ini, pakar pencipta yang sering masam, Jimmy DiResta – yang mungkin dikenali sebagai “makes stuff for a living” di saluran Youtubenya – mengemukakan idea kanak-kanak untuk ciptaan yang luar biasa. Kemudian – jika dia berada dalam mood yang baik – dia dan rakan-rakannya akan membina ciptaanya itu. 

8. Kung Fu Panda: The Dragon Knight

Panda kegemaran ramai kembali lagi!

Bagi yang tidak tahu, Jack Black mengesahkan dia akan kembali meneruskan peranannya sebagai Po dalam siri animasi terbaru yang berdasarkan francais Kung Fu Panda. 

Kung Fu Panda: The Dragon Knight mengikuti kisah Po semasa dia memulakan usaha mengembara ke seluruh dunia untuk penebusan dan keadilan apabila sepasang musang misterius memfokuskan misi mereka pada koleksi empat senjata ampuh.

Dia tidak lama kemudian mendapati dirinya bekerjasama dengan seorang kesatria Inggeris yang tidak masuk akal bernama Wandering Blade, dan bersama-sama, kedua-dua pahlawan yang tidak sepadan ini memulakan pengembaraan epik untuk mencari senjata ajaib terlebih dahulu dan menyelamatkan dunia daripada kemusnahan… dan mungkin belajar satu atau dua perkara, antara satu sama lain, sepanjang perjalanan mereka.

Nantikan pengumuman tarikh yangan untuk Kung Fu Panda: The Dragon Knight!

Sementara itu, layari tajuk baharu yang disebutkan di atas dan rancangan mesra keluarga yang lebih sihat, hanya di Netflix.

Related posts

Pernah Popular Selepas Membintangi Filem “Jerry Maguire”, Aktor Jonathan Lipnicki Dedah Sebab Dia Berhenti Berlakon Suatu Ketika Dahulu

Kakimuvee

Kisah Tragik Disebalik Filem Sunk Into The Womb

Kakimuvee

11 K-Drama Menarik Yang Akan Ditayangkan Pada Bulan September Ini

Natasha

Dari Fesyen Retro Hingga Aksi Kereta Yang Mendebarkan, Ini 3 Sebab Mengapa Anda Perlu Menonton “Seoul Vibe” Di Netflix

Kakimuvee

Michelle Yeoh Imbas Kembali Sebab Dia Kehilangan Peranan Dalam “Kill Bill”

Kakimuvee

Jom Strim Hasil Karya Anak-Anak Malaysia kita di Disney+ Hotstar Sempena Merdeka ini

Kakimuvee

Leave a Comment