Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

8 “perkara gila” dalam The Fate of The Furious

Artikel ini mengandungi spoiler utama  The Fate of The Furious.

1. Perlumbaan kereta Dom di Cuba

Filem ini bermula di Havana, Dom (Vin Diesel) dan Letty (Michelle Rodriguez) berada di sana untuk berbulan madu. Dengan kereta-kereta mewah dan gaya klasik Cuba, Dom terlibat dalam perlumbaan kereta selepas Raldo (Celestino Cornielle) mengancam sepupu Dom. Raldo mendakwa mempunyai kereta terpantas terutamanya berbanding dengan kereta Chevy Fleetline milik Dom

Dom dan sepupunya menanggalkan segala-galanya yang tidak diperlukan oleh keretanya untuk membuatkan ia lebih ringan, manakala Letty mendapat alat ganti NOS. Selepas perlumbaan bermula, Raldo bermain kotor – tetapi dalam gaya Dom seperti biasa, beliau terus sampai ke titik di mana kereta mereka akhirnya “menyatu”, menyebabkan kekacauan yang meletup dan berapi-api. Setelah gedebak gedebuk, Dom menumpaskan Raldo  sebelum melompat keluar dari kereta yang mana kereta itu melanggar penghadang jalan dan terjunam ke dalam laut.

2. Ia  datang seperti ” Bola Hayunan”

Selepas Hobbs (Dwayne Johnson) merekrut krew untuk misi di Berlin, mereka sekali lagi mendapati diri mereka dikejar. Tej (Ludacris) senyap-senyap mempunyai helah, beliau melepaskan bola hayunan yang menghancurkan bukan satu tetapi dua kelompok kenderaan, dan juga cermin sisi kereta Rom. Dekat bola besar tu ada wajah smiley.

3. Serangan dari kereta Zombie Cipher

Salah satu aksi yang paling ‘pintar’ dalam filem ini datang dari Cipher (Charlize Theron) ketika cuba untuk mencuri kod nuklear daripada Menteri Pertahanan Rusia. Untuk melambatkan segerombolan kereta supaya Dom boleh sampai ke lokasi, Cipher melepaskan kereta zombie dengan menggodam keupayaan memandu kenderaan di sekitar bandar New York. Kereta dikawal supaya mengalami kesesakan lalu lintas, malah kereta juga terbang keluar dari garaj tempat letak kereta.

4. ‘Penarikan’ kereta Dom

Kerana kumpulan ini masih tidak mengetahui sebab kenapa Dom menyertai pihak Cipher, ketegangan semakin menjadi-jadi di atas jalan-jalan di sekitar NYC kerana mereka cuba untuk menggagalkan misinya. Selepas konfrontasi, Letty, Hobbs, Tej, Ramsey (Nathalie Emmanuel), Roman (Tyrese Gibson) dan Shaw (Jason Statham) menembak tali penggelut bercangkuk ke arah kereta Plymouth GTX milik Dom dan menarik secara terbalik dalam semua arah.

Kalau orang lain ini merupakan pengakhiran, tetapi Dom menemukan satu cara untuk memusnahkan semua kereta mereka. Ya, termasuk Bentley Roman dan Corvette merah Letty.

5. Roman “menggunakan” pintu Lamborghini

Roman membuat keputusan yang amat berat untuk menggunakan Lamborghini orennya untuk misi  salji di Rusia. Dalam peluang terakhir untuk menghentikan Dom dan Cipher dari menyusup ke base Rusia. Lambonya berputar keluar dan mempunyai masalah dengan cengkaman – dan pada satu ketika mula jatuh melalui ais.

Roman benar-benar tenggelam, Tej datang untuk menyelamatkan dengan menggunakan pencangkuk bergelut untuk menarik pintu Roman, yang mana beliau berpaut. Adegan kelakar apabila Roman ditarik oleh pintu lambo dalam adegan tembak menembak diakhiri dengan beliau menggunakan pintu lambo itu ‘menampar’ lelaki yang menaiki kereta salji itu.

6. Hobbs Vs. Torpedo

Ada apa-apa ke agaknya yang Hobbs tak boleh lakukan? lelaki ini benar-benar menakjubkan, sekali lagi terbukti apabila Cipher menggunakan kapal selam yang dicurinya untuk melancarkan torpedo ke arah Hobbs. Hobbs melompat keluar dari kenderaannya dan slide di atas ais, menggunakan otot yang luar biasa beliau untuk mengemudi torpedo kembali ke trak yang mengejar mereka. Hmm walaupun tak masuk akal, adalah lebih baik untuk tidak berfikir tentang adegan ini terlalu banyak dan enjoy je lah!!

7. Misi menyelamat dari Deckard Shaw

Twist terbesar dari filem ini ialah Dom mempunyai seorang anak dengan bekas kekasihnya, Elena (Elsa Pataky). Keseluruhan plot beralih ke Dom yang melindungi anaknya, yang telah diambil oleh Cipher, jadi menyelamatkan anaknya menjadi keutamaanya, walaupun itu bermakna bekerjasama dengan bekas musuh.

Owen (Luke Evans) dan Deckard Shaw merampas pesawat udara Cipher, tetapi bahagian yang paling gila  ialah Deckard menghapuskan pengikut Cipher di samping melindungi bayi Dom.

Melompat di sekeliling dan menggelongsor carrier baby melalui bahagian-bahagian kapal terbang semasa menumpaskan setiap ‘penjahat’ adalah sungguh menyeronokkan untuk ditonton. Memberi headphone kepada baby dan memeriksanya selepas setiap kali pergaduhan juga menjadikan adegan ini antara yang paling diingati di dalam filem ini.

8. Perlumbaan kapal selam

Dom akhirnya kembali berjuang bersama krewnya, tetapi usaha terakhir mereka untuk menghentikan kapal selam sebelum sampai ke atas perairan gagal. Kapal selam itu melanggar ais, Letty dan Ramsey nyaris gagal melarikan diri dari kehancuran ais tersebut. Selepas Cipher mengetahui yang Dom telah mengkhianatinya, beliau melancarkan peluru berpandu dan dihantar ke arah mereka dan Dom menggunakan ia sebagai satu peluang untuk menebus kesalahan beliau. Selepas memberitahu semua yang lain untuk pergi, Dom menggunakan keretanya dan melompat ke timbunan salji ke arah kapal selam – dan dengan masa yang tepat, peluru berpandu itu menghentam dan memusnahkan kapal selam.

Adegan yang mana korang paling suka? 

Related posts

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

6 Rancangan Korea Yang Akan Menghangatkan Disember Anda

Kakimuvee

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee

22 Filem Tempatan Yang Memperoleh Undian Pengguna Tertinggi Di IMDb

Kakimuvee

Leave a Comment