Dengan lagi 4 bulan sebelum tayangan, aura yang dibawa dalam filem terbaruĀ Star Wars: Episode VI – The Force AwakenĀ semakin dirasai. Selain tidak sabar melihat hero-hero baru beraksi dalam filem tersebut, para peminat juga ingin menonton watak terbaru penjahat (spt. Kylo Ren) dalam siri filem terbaruĀ Star WarsĀ iniĀ selepas kematian Darth Vader. Bagaimanapun, jangan dilupa dengan karakter-karakter penjahat dalam filem terdahulu. Mereka tersebut bukan sahaja dari kalangan Sith Lord, malah terdapat juga gangster, pemburu upahan dan juga ketua angkatan tentera.
Untuk makluman, selain daripada filem, terdapat juga beberapa karakter penjahat dalam siriĀ Star WarsĀ versi siri animasi, komik dan juga novel. Bagaimanapun kami fokus kepada karakter didalam filem sahaja. Disini kami senaraikan 8 Penjahat Paling Berkuasa dalam siri epik saga FilemĀ Star Wars.
Dark Vader.
Villain utama dan paling kejam dalam filem epik sagaĀ Star Wars;Ā bermula dari seorang jedi iaitu Anakin Skywalker bapa kepada Luke Skywalker dan berubah menjadi penjahat setelah gagal mengawal emosi dan dipengaruhi oleh Darth Sidious.
Dia telah menjadi anak murid kepada Darth Sidious dan mengetuai angkatan tentera Clones Galactic Empire menentang Rebellion dan juga Jedi. Darth Vader merupakan Sith Lord paling kuat sekali dan paling digeruni samada oleh para jeneralnya dan juga di pihak Rebellion. Beliau telah terbunuh semasa cuba menyelamatkan anaknya, Luke Skywalker dari dibunuh oleh Darth Sidious. Beliau juga mempunyai anak perempuan iaitu Princess Leia yang merupakan kembar kepada Luke.
Grand Moff Tarkin
Tarkin bukanlah seorang Sith Lord, dia cuma seorang manusia biasa tetapi mempunyai sifat kejam dan tiada belas kasihan. Kemunculan pertama beliau adalah dalam filemĀ Star Wars: Episode IV – A New Hope sebagai orang kanan Darth Vader. Tarkin (Lakonan Peter Cushing) adalah ketua kepada krew kapal pemusnah Death Star dan orang yang bertanggungjawabĀ memusnahkan planet Alderaan, iaitu planet yang diduduki oleh Princess Leia dengan senjata yang terdapat pada Death Star. Beliau juga memaksa Princess Leia melihat kemusnahan planetnya.
Beliau terbunuh apabila pihak Rebellion berjaya memusnahkan Death Star di akhir ceritaĀ A New Hope.Ā Tarkin juga muncul dalam filemĀ Star Wars: Episode III – Revenge of Sith.Ā
Boba Fett
Boba Fett adalah villian paling cool sekali dalam siri epikĀ Star Wars.Ā Dia merupakan pemburu upahan yang terbaik di galaksi. Dia telah bekerja dengan Jabba The Hutt dan Darth Vader dalam memburu Hans Solo dan memerangkap Luke Skywalker. Boba Fett diperkenalkan buat pertama kali dalam filemĀ Star Wars: Episode V – Empire Strikes Back.Ā
Jango Fett, karakter villian dalam filemĀ Star Wars: Episode II – Attack of the ClonesĀ adalah ayah beliau.
Emperor Palpatine
Emperor PalpatineĀ juga dikenali sebagai Darth Sidious, Sith Lord yang mempunyai kuasa yang luar biasa. Beberapa aktor telah melakon karakter ini antaranya Clive Revill dalam filemĀ The Empire Strikes Back,Ā dan Ian McDiarmid dalam filemĀ Return of Ā the JediĀ dan prequel filem Star Wars. Dia telah merancang dengan lama untuk memusnahkan Jedi dan seterusnya menguasai galaksi.
Emperor Palpatine bukan sahaja bertanggungjawab membunuh kebanyakkan pahlawan Jedi, beliau juga individu yang mengubah Anakin Skywalker kepada Darth Vader.
Jabba The Hutt
Penjahat gemuk ini mula diperkenalkan buat pertama kali dalam filemĀ Return of the JediĀ dan orang yang bertanggungjawab membekukan Hans Solo kerana Hans gagal membayar hutang kepadanya. Dia merupakan ketua gangster di Planet Tatooine. Karakter ini juga muncul dalam filem A New HopeĀ danĀ Attack of the Clones.
Jabbat The Hutt mati ditangan Princess Leia semasa Luke dan Leia dalam usaha menyelamatkan Hans yang dibekukan oleh Jabba.
Darth Maul
Darth Maul adalah salah seorang Sith Lord dan juga pembunuh upahan. Dia dilatih oleh Darth Sidious dan pakar dalam seni bela diri seperti senibela diri Teras Kasi. Karakter ini muncul dalam filemĀ Star Wars: Episode 1 – The Phantom Menance.Ā Dia ditugaskan untuk membunuh dua pahlawan Jedi iaitu Obi Wan Kenobi dan Qui-Gon Ginn.
Darth Maul berjaya membunuh Qui-Gon Ginn, guru kepada Obi Wan dalam misi tersebut, namun mati ditangan Obi Wan yang membalas dendam diatas kematian gurunya.
Count Dooku
Count Dooku juga dikenali sebagai Darth Tyranus, satu lagi Sith Lord dibawah arahan Darth Sidious. Dia juga merupakan bekas Jedi yang berubah kepada kuasa jahat kerana terlampau inginkan kuasa. Dooku adalah pakar memanipulasi dan pahwalan yang kejam. Sanggup membunuh rakanya, Sifo-Dyas semata-mata mahu mengawal angkatan Clones.
Dia juga mencipta General Grievous, sebuah Cyborg menjadi pahlawan dibawah arahanya. Karakter Dooku dibawa oleh aktor terkenal, Christoper Lee dan muncul dalam filem Star Wars Attack of the ClonesĀ danĀ Revenge of the Sith.Ā
General Grievous
Dia merupakan penjahat yang memiliki separuh badan manusia separuh lagi adalah robot mekanikal. Dia merupakan pahlawan Kaleesh, dan transformasinya menjadi Cyborg adalah disebabkan insiden letupan yang hampir meragut nyawanya.
General Grievous mengetui angkatan tentera droid, merupakan pakar strategi dan pahlawan yang merbahaya. Dia juga memainkan peranan penting dalam filemĀ Revenge of the SithĀ dan bertempur dengan Obi Wan Kenobi. Satu-satunya pahlawan yang menggunakan empat lightsaber.
Ok ini sahaja 8 penjahat paling berkuasa bagi dalam senarai filem Star Wars. Terdapat juga beberapa lagi karakter villian dalam siri sagaĀ Star Wars,Ā tetapi karakter tersebut muncul dalam siri animasi, komik dan juga novel. Kami akan kongsikan kemudia. Jadi dalam 8 penjahat ini, mana yang paling anda minati?