
Drama SBS “The Penthouse 2” terus kuasai senarai mingguan drama dan pelakon paling popular untuk minggu kedua berturut-turut.
Good Data Corporation telah berkongsi kedudukan drama dan para pelakon yang menghasilkan banyak berita dari 22 Februari hingga 28 Februari. Senarai ini disusun berdasarkan menganalisis artikel berita, catatan blog, komuniti dalam talian, video, dan catatan media sosial mengenai drama yang sedang berlangsung di udara atau segera ditayangkan.
Selepas merampas kedudukan teratas pada minggu lalu, “The Penthouse 2” terus menguasai tangga teratas dalam senarai drama yang menghasilkan paling banyak berita. Lebih menarik, lapan bintangnya menguasai senarai 10 teratas dalam senarai pelakon. Kim So Yeon berada dikedudukan pertama, diikuti Eugene ditangga kedua dan Kim Hyun Soo ditangga ketiga.
Pelakon Yoon Jong Hoon, Han Ji Hyun, Uhm Ki Joon, Choi Ye Bin dan Jin Ji Hee berada di kedudukan kelima hingga kesembilan.
Drama tvN “Vincenzo” turut mengekalkan kedudukannya ditangga kedua dalam senarai drama, manakala Song Joong Ki berada kedudukan keempat dalam senarai pelakon.
Sementara itu, dua drama JTBC iaitu “Sisyphus: The Myth” dan “Beyond Evil” berada dikedudukan ketiga dan keempat dalam senarai drama yang paling banyak menghasilkan berita, manakala bintang “Sisyphys: The Myth”, Cho Seung Woo berada dikedudukan kesepuluh dalam senarai pelakon.
Berikut adalah senarai 10 drama teratas yang paling popular pada minggu keempat Februari:
- SBS’s “The Penthouse 2”
- tvN’s “Vincenzo”
- JTBC’s “Sisyphus: The Myth”
- JTBC’s “Beyond Evil”
- JTBC’s “She Would Never Know”
- KBS2’s “River Where the Moon Rises”
- tvN’s “L.U.C.A.: The Beginning”
- KBS2’s “Homemade Love Story”
- TV Chosun’s “Love (ft. Marriage and Divorce)”
- KBS2’s “Hello, Me!”
Senarai 10 teratas para pelakon untuk minggu ini adalah seperti berikut:
- Kim So Yeon (“The Penthouse 2”)
- Eugene (“The Penthouse 2”)
- Kim Hyun Soo (“The Penthouse 2”)
- Song Joong Ki (“Vincenzo”)
- Yoon Jong Hoon (“The Penthouse 2”)
- Han Ji Hyun (“The Penthouse 2”)
- Uhm Ki Joon (“The Penthouse 2”)
- Choi Ye Bin (“The Penthouse 2”)
- Jin Ji Hee (“The Penthouse 2”)
- Cho Seung Woo (“Sisyphus: The Myth”)