Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

8 Filem Yang Diharamkan Atas Alasan Yang Pelik

Setiap filem yang dihasilkan kadang-kala akan menyentuh sensitiviti seseorang atau sesebuah negara, sama ada secara sengaja ataupun tidak. Terdapat juga filem yang mana jalan ceritanya tidak sesuai untuk ditonton oleh penonton bawah umur kerana memaparkan adegan ranjang ataupun terlampau ganas dan kejam.

Selain itu juga, filem-filem yang dihasilkan boleh digunakan sebagai alat propaganda sesebuah negara dengan tujuan untuk memberi kesan psikologi kepada rakyat, pemimpin atau sesebuah organisasi. Atas sebab-sebab itu, setiap filem akan ditapis terlebih dahulu bagi mengelakkan ia memberi kesan buruk kepada penonton di sesebuah negara.

Tetapi terdapat juga beberapa buah filem yang diharamkan oleh sesetengah negara atas sebab-sebab yang tidak munasabah. Disini kami senaraikan 8 Filem Yang Diharamkan Atas Alasan Yang Pelik

1. E.T – The Extra Terrestrial – Ban di Sweden

ET-Extraterrestrial

Filem arahan Steven Spielberg mengisahkan tentang seorang budak lelaki dan rakannya yang merupakan makhluk asing dari planet lain. Filem ini berjaya mencapai beberapa kejayaan besar sama ada dari segi keuntungan dan di acara penyampaian anugerah berprestij. Apa yang penting, filem arahan Spielberg ini telah menyampaikan mesej dan kesan yang cukup mendalam kepada penonton. 

Di negara Sweden, filem ini telah diharamkan untuk ditonton oleh kanak-kanak dibawah usia 11 tahun kerana watak orang dewasa dalam filem ini dianggap musuh kepada kanak-kanak. Hairan ya, filem ini adalah filem untuk kanak-kanak tetapi kanak-kanak di Sweden tidak dibenarkan untuk menonton filem E.T

2. The Simpsons Movie – Ban di Myanmar

The-Simpsons

Kartun The Simpsons adalah antara siri kartun yang terkenal di Amerika. Kartun ini sangat terkenal kerana penyampaian humor / lawak yang berbaur politik dalam setiap rancangan mereka.  Pada tahun 2007, siri kartun ini telah difilemkan dengan judul The Simpsons Movie dan telah ditayangkan diseluruh dunia termasuk Malaysia.

Tetapi terdapat satu negara yang mengharamkan filem ini.. iaitu Myanmar. Bukan disebabkan lawak politik mereka, tetapi kerana kulit karakter kartun yang berwarna kuning.

Semasa filem ini ditayangkan, negara Myanmar sedang diperintah oleh Aung San Suu Yi. Musuh politiknya adalah dari parti politik National League of Democracy yang mana warna rasmi parti politik itu adalah Merah dan Kuning. Pemimpin kerajaan Myanmar menganggap filem ini mempromosi parti politik pihak lawan secara tidak langsung, hanya kerana karakter kartun filem The Simpsons berwarna kuning.

3. 2012 – Ban di Korea Utara

2012

2012 ini adalah antara filem terbesar yang ditayangkan pada tahun 2009. Bagaimanapun, filem arahan Roland Emmerich ini tidak dialu-alukan di negara Korea Utara.

Ini disebabkan pada tahun 2009, ia merupakan hari jadi ke-100 bekas pemimpin negara tersebut iaitu Kim Il Sung dan mereka sedang meraikan hari jadi ulangtahun pemimpin mereka. Disebabkan tidak mahu hari keraian mereka diganggu dengan pekara-pekara negatif, mereka telah mengharamkan filem 2012 kerana beranggapan terlampau banyak pekara negatif dalam filem tersebut.

Kebanyakkan penonton seluruh dunia menganggap filem 2012 sebagai mengarut, dan tidak mengambil serius gambaran kiamat yang akan berlaku, tetapi tidak bagi pemimpin Korea Utara, mereka menganggap ianya sebagai satu pekara yang cukup serius.

4. Blue Jasmine – Ban di India

Blue-Jasmine

Pada tahun 2013, filem arahan Woody Allen, Blue Jasmine telah mengondol sejumlah besar anugerah yang dipertandingkan termasuklah anugerah Oscar. Dengan kejayaan tersebut, pastinya filem ini sangat berkualiti tinggi untuk disaksikan penonton diseluruh dunia. Tetapi tidak di negara India.

India telah mengharamkan filem ini hanya kerana satu benda, menayangkan watak yang sedang merokok. Hanya disebabkan dua babak pendek sahaja yang menunjukkan watak sedang merokok, kerajaan India terus bertindak mengharamkan filem ini dari  mengambil inisiatif untuk memotong babak tersebut.

5. The Interview – Ban di Korea Utara

The-Interview-Korea

The Interview mengisahkah dua wartawan yang diupah oleh CIA untuk membunuh diktator Korea Utara, Kim Jong Un. Filem ini mendapat respond pemimpin negara tersebut yang mengarahkan hukuman bunuh atau penjara seumur hidup jika didapati memiliki atau menonton filem The Interview. 

6. Back To The Future – Ban di China

Pengembaraan Marty McFly dengan Doc Brown tidak mendapat sambutan dari negara yang paling ramai penduduk di dunia iaitu China. Filem klasik ‘time-travel’ ini menjadi kegemaran di kalangan penggemar filem di mana sahaja, tetapi tidak China. Sebabnya mudah, topik penggembaraan masa sangat tidak sesuai untuk dibincangkan dan ianya “tidak menghormati sejarah”.

Apapun alasannya, ia tidak mengahalang Avengers: Endgame untuk ditayangkan di sana walaupun filem MCU itu bertemakan penggembaraan masa. 

7. Barney’s Great Adventure – Ban di Malaysia

Karakter Barney’s menjadi kegemaran banyak kanak-kanak di seluruh dunia, termasuklah Malaysia. Tetapi yang menghairankan, filem Barney’s Great Adventure telah diharamkan disini.

Sebabnya? tiada penjelasan yang jelas, hanya sekadar “tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak”. Jika anda pernah menonton filem ini, mungkin boleh kongsikan sebab kenapa ia di ban di Malaysia. 

8. Pirates Of The Caribbean: Dead Man’s Chest – Ban di China

China sememangnya mempunyai syarat penapisan yang sangat pelik, salah satunya apa yang disebut sebagai ‘tahyul’. Ada banyak alasan yang diberikan mengapa ini berlaku, tetapi salah satu sebabnya adalah penghinaan terhadap hantu.

Secara harfiah, mana-mana filem yang menampilkan hantu sangat berpotensi untuk di ban. Salah satu filem yang mengalami nasib ini adalah filem Pirates of the Caribbean: Dead Man’s Chest. 

Semuanya disebabkan oleh adegan yang memaparkan beberapa hantu yang agak seram. Disebabkan satu adegan sahaja, filem yang berdurasi dua jam setengah ini telah dihalang dari tayangan di pawagam di China. 

Sumber: Screenrant

Related posts

13 Pelakon Botak Yang Satu Ketika Dahulu Memiliki Rambut

Kakimuvee

New On Netflix August

Isqandar

WHO ARE THE SHADYSIDE KILLERS?

Zulaikha

WE RANK THE MANY DISTURBING DEATHS IN HORROR FILMS

Zulaikha

5 Pekara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menonton “Kingdom: Ashin of the North”

Kakimuvee

8 FUNNIEST MOMENTS OF HOSPITAL PLAYLIST S2 SO FAR

Zulaikha

Leave a Comment