Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

8 Filem Seram Jepun Yang Wajib Anda Tonton


J-Horror atau juga dikenali sebagai Japanese Horror adalah filem fiksyen seram yang dihasilkan oleh Jepun. Filem seram dari sana sangat berbeza dari filem-filem seram yang dihasilkan oleh Hollywood. Berbanding dari negara orang putih itu, filem seram Jepun lebih fokus kepada ‘pyschological horror, mencipta suspen dan alam-alam mistik yang melibatkan hantu.

Terdapat banyak filem-filem seram yang dihasilkan oleh produksi perfileman Jepun, tetapi 8 filem ini merupakan antara filem seram Jepun yang sangat popular dan banyak diberi nafas baru oleh industri perfileman Hollywood. Jadi kepada anda semua, minatkah anda pada filem-filem seram dari Jepun?

Dark Water (2002)

Filem seram yang banyak bermain dengan emosi. Penonton pasti tersentuh melihat penghujung filem ini, tetapi ia tidak bermakna ini tidak menyeramkan. Dark Water diterbitkan pada tahun 2002 dan diarahkan oleh Hideo Nakata, pengarah yang terkenal dalam penghasilan filem-filem seram Jepun.

Dark Water mengisahkan tentang seorang ibu dan anak yang berpindah disebuah pangsapuri baru. Pangsapuri yang kelihatan sempurna pada mulanya, tidak lama kemudian, perkara-perkara pelik berlaku. Kesan air yang besar muncul di syiling dan menitis secara berterusan. Yoshimi sudah memberitahu tuan tanah tetapi dia enggan berbuat apa-apa mengenainya. Beg merah kanak-kanak muncul di tempat-tempat yang ganjil dan tidak lama kemudian kanak-kanak itu mula muncul. Yoshimi kemudian mendapati asal-usul hantu itu.

Hollywood telah menghasilkan semula filem ini dengan mengekalkan tajuknya dari dibintangi oleh Jennifer Connelly. Ianya ditayangkan pada tahun 8 Julai 2005 seluruh dunia.


Ju-on: The Curse (2000)

Juga dikenali sebagai 呪怨 Juon, ia merupakan antara filem seram Jepun yang paling menakutkan, penuh suspen dan juga merumitkan. Tone, mood, suasana filem ini dan disertai bunyi-bunyian mendayu-dayu dan plot yang begitu memening menjadikan filem arahan Takashi Shimizu ini sangat berjaya.

Ju-on: The Curse mengisahkan tentang Kayako, seorang wanita yang dibunuh secara kejam oleh suaminya yang turut membunuh anak mereka, Toshio. Setiap orang yang tinggal di rumah Kayako atau melawat rumah berhantu itu dibunuh atau hilang.

Filem ini tidak dihasilkan semula oleh Hollywood sebalik filem filem ketiga yang berjudul Ju-on: The Grudge yang dipilih dan diberi judul The Grudge.

Ringu (1998)

Tidak keterlaluan jika saya katakan filem Ringu ini merupakan pemecah pengaruh filem-filem seram dari Hollwyood. Pengaruh yang dibawa oleh filem Ringu telah mewujudkan term J Horror, dimana penonton mula beralih kepada filem-filem seram dari Jepun yang lebih menitikberatkan elemen seram berbanding keganasan yang ditonjolkan oleh Hollwyood dalam filem seram mereka.

Filem arahan Hideo Nakata ini mengisahkan wartawan dan bekas suaminya menyiasat rakaman video yang disumpah yang dikhabarkan akam membunuh penonton tujuh hari selepas menontonnya.

Ada tak yang terbayang hantu akan keluar dari televisyen?

Suicide Club (2001)

Suicide Club bukan filem seram supernatural, sebaliknya ia lebih kepada filem yang menampilkan keganasan. Filem ‘indie – seram’ Sian Sono ini telah mendapat perhatian yang begitu banyak di festival filem disebabkan keganasan dan darah yang ditunjukkan dalam filem.

Filem ini mengisahkan sekumpulan detektif yang cuba mencari penyebab kes bunuh diri yang berleluasa. 54 pelajar perempuan sekolah menengah sengaja bunuh diri dengan terjun di hadapan kereta api bawah tanah merupakan salah satu daripada kes-kes bunuh diri pelik yang melanda Jepun

Over Your Dead Body (2014)

Filem supernatural horror arahan Takashi Miike ini mengisahkan tentang Bintang pentas, Miyuki Goto memainkan watak Oiwa, protagonis dalam pementasan baru berdasarkan kisah hantu Yotsuya Kaidan. Dia membuat perlabagai cara untuk mendapatkan kekasihnya, Kosuke Hasegawa (Ebizo Ichikawa) berlakon dalam teater yang sama, walaupun dia seorang pelakon yang tidak dikenali. Pelakon lain ialah Rio Asahina dan Jun Suzuki yang meminati Miyuki. Di luar pentas, cinta dan obsesi barisan pelakon wujud sebagai realiti. Terperangkap di antara fiksyen dan realiti.

One Missed Call (2003)

Filem seram ini turut diarahkan oleh Takashi Miike. Walaupun mirip seperti filem Ringu atau Ju-on, filem, One Missed Call mampu memberikan ketakutan dan suspend kepada penontonnya.

Diadaptasikan dari novel Chakushin Ari, ia mengisahkan tentang misteri mesej suara telefon yang memberitahu kepada penerima tentang tarikh dan masa kematian serta suara mereka semasa diambang kematian.

Filem ini telah diadaptasikan oleh Hollywood pada tahun 2008 dengan judul filem yang sama.

Reincarnation (2005)

Reincarnation diarahkan oleh Takashi Shimizu dan merupakan salah satu daripada siri filem J-Horror Theater. Mengisahkan tentang Nagisa Sugiura, seorang pelakon Jepun yang mendapat penglihatan dan pengalaman pelik selepas berlakon di dalam filem seram tentang pembunuhan sebenar yang berlaku lebih dari empat puluh tahun yang lalu.

Kairo/Pulse (2001)

Dua cerita dalam satu filem dan jangan sangka hantu tak reti main Internet. Kairo/Pulse merupakan antara filem seram Jepun yang terbaik, menyeramkan dan menakutkan. Diarahkan oleh Kiyoshi Kurosawa, filem ini telah mendapat kritikan positif dan memiliki pengikutnya sendiri. Kehebatan filem ini mendorong Hollywood menghasilkan semula filem ini pada tahun 2006 dan diberi judul Pulse.

Kairo/Pulse mengisahkan 2 kumpulan yang berbeza menemui bukti yang menunjukkan hantu mungkin cuba menyerang dunia manusia melalui Internet.

Sumber dari laman Facebook Kakimuvee


Related posts

“Sadako DX”, Sekuel Ringu Yang Akan Ditayangkan Di Jepun Pada Tahun ini

Kakimuvee

Netflix Keluarkan Gambar Terbaru Ju-On: Origins. Akan Disiarkan Julai Ini

Kakimuvee