8 Filem Menarik Yang Tidak Dapat Meneruskan Sekuel

792
views

Sebagai peminat filem, kita akan jangkakan, filem-filem yang kita tonton akan hasil sekuel untuk meneruskan kesinambungan cerita terutamanya dari filem-filem yang diadaptasikan dari siri Novel atau pun komik.

Namun tidak semua akan hasilkan sekuel filem malah terdapat filem yang akan tergantung ditengah jalan. Apa yang menyebabkan Studio produksi mengambil keputusan tidak meneruskan sekuel filem-filem berkenaan?

Sebenarnya banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini. Tetapi dua benda ini yang menjadi punca utama kenapa pihak studio mengambil keputusan menghentikan produksi filem yang sepatutnya mendapat sekuel. Iaitu kutipan tiket dan penerimaan peminat.

Filem yang gagal mendapat kutipan seperti diharapkan pasti akan dihentikan oleh pihak studio kerana tidak mahu mengambil risiko kerugian untuk filem seterusnya.

begitu juga dengan penerimaan peminat, jika filem berkenaan mendapat reaksi negatif dari penonton atau pengkritik filem, mereka juga akan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan sekuel kerana menjangkakan filem kedua juga pasti gagal atau lebih teruk menyebabkan kerugian kepada pihak studio.

Disini kami kongsikan 8 filem yang sepatutnya mendapat sekuel tetapi tidak diteruskan oleh pihak Studio.

1. I Am Number 4 (2011)

Adaptasi dari salah satu 15 siri novel ini. Semasa pihak DreamWorks mengumumkan projek filem ini, berserta dengan nama-nama besar dalam industri perfileman Hollywood seperti D.J. Caruso, Steven Spielberg, Timothy Olyphant, dan Alex Pettyfer, ramai peminat menjangkakan bahawa pihak studio akan dapat melengkapkan kesemua 15 novel siri ini ke bentuk filem. Tetapi sebaliknya berlaku, baru sahaja 1 filem ditayangkan mereka mengambil keputusan untuk tidak meneruskan sekuel filem ini.

Ini gara-gara reaksi negatif dari pengkritik filem dan kutipan tiket yang begitu teruk. I Am Number 4 mendapat rating dari laman Rottentomatoes sebanyak 33% sahaja, manakala dari segi kutipan, hanya mampu meraih $150 juta dolar seluruh dunia, berbanding modal pembikinan sebanyak $50 juta dolar.

2. The Host (2013)

Filem adaptasi dari Novel The Host karya Stephenie Meyer ini hanya mendapat rating sebanyak 8% di laman Rottentomatoes & 5.6/10 di laman IMDb. Selain itu juga, filem ini  hanya mencatatkan keuntungan kasar $20 juta sahaja. Perancangan sekuel filem ini bukan sahaja tergantung di peringkat pembikinan filem, malah penghasilan novelnya juga masih menjadi tanda-tanya.

3. Mystery Man (1999)

Walaupun menampilkan para bintang dalam filem ini seperti Ben Stiller, Greg Kinnear, Geoffrey Rush, serta William H. Macy dan mendapat rating yang boleh dikira bagus (66% di Rottentomatoes). Tetapi kegagalannya dipentas box office meranapkan impian para peminat yang ingin menyaksikan sekuel filem ala superhero komik ini dihasilkan.

Filem adapatasi komik Dark Horse ini mungkin dapat diselamatkan sekiranya terdapat studio yang sanggup untuk menghasilkan reboot atau sekuel filem ini.

4. Prince of Persia: The Sands of Time (2010)

Filem yang sepatutnya mampu memenuhkan kantung Disney, tetapi sebaliknya yang berlaku. Modal pembikinan filem adaptasi permainan video ini mencecah hampir $200 juta dolar, tetapi ia gagal di pentas box office domestik Amerika Syarikat apabila hanya meraih $90 juta sahaja. Dari segi kutipan seluruh dunia boleh dikatakan tidak mengecewakan, Prince of Persia: The Sands of Time mampu meraih $336.4 juta. Namun pihak Disney mungkin berkira-kira sama ada mahu meneruskan francais Prince of Persia ataupun tidak.

Sumpahan filem adaptasi permainan video?

5. John Carter (2012)

Satu lagi kegagalan besar Disney dan antara filem yang paling gagal dalam sejarah perfileman. Dengan modal pembikinan sebanyak $263 juta dolar, John Carter merupakan antara filem yang paling mahal dihasilkan, dan filem ini juga antara paling gagal dipentas box office apabila hanya mampu meraih hanya $73 juta dolar di pasaran domestik AS dan $211 dipasaran antarabangsa.

Selain dari strategi pemasaran yang teruk, ketiadaan aktor bintang dan krew produksi tidak ternama menyumbang kepada kegagalan filem ini. John Carter sepatutnya dihasilkan dalam bentuk trilogi dan sekuelnya berdasarkan novel The Gods of Mars telahpun dirancang, projek sekuel telah dibatalkan disebabkan prestasi buruk dipentas box office.

6. Master and Commander: The Far Side of the World (2003)

Ops, filem adaptasi dari Novel karya Patrick O’brian tidak gagal sebenarnya. Mendapat rating yang cukup tinggi di rottentomatoes dan IMDb. Selain itu juga, karya novel yang luas dan mempunyai pelbagai karakter membolehkan pihak studios untuk menghasilkan sekuel.

Bagaimanapun, sekuel filem ini tidak dapat diteruskan kerana terlampau sukar untuk diadaptasikan dari bentuk novel ke filem Malah semasa dalam pembikinan, mereka mengalami kesukaran untuk menyelesaikannya. Jadi keputusan telah dibuat, untuk tidak meneruskan kesinambungan filem ini..

7. Ender’s Game (2013)

Filem aksi sains fiksyen adaptasi dari novel karya Orson Scoot Card hanya mampu mengaut keuntungan sebanyak $20 juta sahaja. Sayang, filem yang cukup bagus dan menarik tetapi tidak mampu untuk menjana keuntungan kepada pihak studio.

Pada 2014, Lionsgate dikhabarkan berminat untuk meneruskan sekuel filem ini serta mempertimbangkan untuk menghasilkan siri televisyen, tetapi tiada perkembangan lanjut selepas itu. Mungkin kegagalan dipentas box office membuatkan pihak studio berdiam diri.

8. The Golden Compass (2007)

Adaptasi dari novel karya Phillip Pullman, novel ini mempunyai banyak trilogi dan memberikan banyak idea kepada studio New Line Cinema untuk menghasilkan filem adaptasi dari novel author berkenaan.

Pada 2008, aktor Sam Elliot beranggapan sekuel filem ini tidak diteruskan kerana New Line Cinema khuatir filem ini mendapat tentangan dari pihak gereja katolik kerana menyampaikan mesej anti-agama. Pada 2011, Philip Pullman menegaskan, kegagalan kutipan Box Office menyebabkan perancangan trilogi The Golden Compass dibatalkan pihak studio.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here