8 Fakta KL Wangan Yang Perlu Anda Tahu

1618
views
kl-wangan
Dari Facebook Page KL Wangan

Tahukah anda, Pekin Ibrahim sedang menjalani projek pembikinan filem terbarunya bertajuk KL Wangan? Jika sebelum ini Pekin membuat filem mengenai scene permotoran motorsikal, kali ini dia mengarahkan filem ala-ala Fast & Furious iaitu KL Wangan.

KL Wangan merupakan filem yang merupakan filem aksi /drama perlumbaan jalanan kereta. Ia merupakan projek terbaru Pekin bersama syarikat produksi Centros Pictures. Jom kita tengok beberapa fakta yang perlu korang tahu mengenai filem perlumbaan kereta ini.

kl-wangan-logo

1. KL Wangan merupakan filem ke-2 arahan Pekin Ibrahim. Pekin sebelum ini pernah mengarahkan filem Mat Motor: Kami Mat Motor Bukan Mat Rempit dan filem dokumentari, Madness of Borneo

2. Perkataan Wangan diambil bahasa Jepun. Wangan-Sen ataupun dikenali juga sebagai Bayshore Route merupakan salah satu lebuhraya di Jepun yang seringkali digunakan sebagai tempat perlumbaan kereta pada waktu malam.

3. Volkswagen Malaysia telah bekerjasama dengan produksi Pekin Ibrahim, Centro Pictures dalam penghasilan filem KL Wangan. Sebab itu anda akan dapat lihat banyak kenderaan berjenama Volkswagen dalam filem ini antaranya Golf R, Gold GTi, Beetle dan Passat B8.

4. Menurut Malaymail Online, kereta-kereta yang muncul dalam filem Fast & Furious akan digunakan dalam penghasilan filem lumba kereta ini.

5. Budjet yang begitu besar iaitu RM 5 juta diperuntukkan oleh pihak produksi dalam menghasilkan filem KL Wangan ini. Dengan budget sebanyak itu, Pekin mensasarkan filem ini setanding dengan filem-filem Hollywood. Malah Pekin juga bercadang membawa filem ini ke peringkat antarabangsa.

6. Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah Faizal Hussain, Kazuto Soon, Jasmine Suraya, Emily Lim dan juga Pekin sendiri.

7. Filem ini telah pun memulakan pengambarannya pada bulan Ogos yang lalu dan akan ditayangkan pada tahun 2017.

8. Untuk melihat gambar-gambar diset pembikinan filem KL Wangan, anda boleh klik link disini dan juga Instagram Pekin Ibrahim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here