Bulan Ogos yang lalu, peminat-peminat drama Korea telah menyaksikan beberapa siri dan filem yang menarik, seperti Hotel Del Luna, Parasite dan The Divine Fury. Seperti bulan-bulan yang lalu, kami di Kakimuvee sangat berbesar hati untuk berkongsikan kepada anda semua drama-drama yang menarik bulan September nanti.
Berikut adalah senarai 8 buah drama Korea yang menarik untuk anda saksikan pada bulan hadapan.
1. Melting Me Softly (tvN)
– 16 Episod
– Tayangan bermula 28 September
– Lakonan JI Chang Wook, Won Jin Ah, Yoon Sen Ah
Drama ini mengisahkan mengenai seorang lelaki dan wanita yang mengambil bahagian dalam projek pembekuan selama 24 jam tetapi tersedar 20 tahun kemudian. Sebaik sahaja mereka bangun, kedua-dua mereka mengalami kesan sampingan yang berbahaya di mana mereka mesti mengekalkan suhu badan 33 darjah Celsius (kira-kira 91.4 darjah Fahrenheit) untuk bertahan.
Watak Won Jin Ah sebagai pekerja sambilan di sebuah stesen penyiaran yang menerima tawaran untuk menyertai “Projek Manusia Beku” di mana dia akan diberikan 5 juta won (kira-kira RM 17k) sebagai pertukaran untuk dibekukan selama 24 Jam.
Ji Chang Wook akan membawa watak Ma Dong Chan, PD variety show yang turut mengambil bahagian dalam “Projek Manusia Beku”.
2. When The Camellia Blooms (KBS2)
– 16/32 Episod
– Tayangan bermula 18 September
– Lakoanan Gong Hyo Jin, Kang Ha Neul, Kim Ji Suk, Son Dambi
“When Camellia Blooms” akan mengisahkan tentang seorang wanita bernama Dong Baek (Gong Hyo Jin) dan menunjukkan bagaimana kehidupannya menjadi tidak menentu disebabkan hubungannya dengan 3 orang lelaki termasuklah Hwang Yong Shik (Kang Ha Neul). 3 lelaki tersebut terdiri daripada lelaki yang baik, lelaki yang jahat dan yang kejam.
3. Vagabond (SBS)
– 16/32 Episod
– Tayangan bermula 20 September
– Lakonan Lee Seung Gi, Shing Sung Rok, Bae Suzy
Cha Dal-Gun (Lee Seung Gi) adalah seorang pelakon lagak ngeri yang mengimpikan menjadi pelakon aksi terkenal di dunia. Dia terlibat dalam kemalangan pesawat yang mengubah hidupnya. Dia menghadapi konspirasi tersembunyi di sebalik kemalangan pesawat yang berkaitan dengan kes rasuah negara.
Untuk menanggung ibunya dan adik perempuannya, Go Hae-Ri (Bae Suzy) mahu pekerjaan yang stabil sebagai seorang pegawai awam. Dia menjadi ejen NIS. Dia berharap menjadi white agent, tetapi sebaliknya dia menjadi black agent
4. Arthdal Chronicles Part 3: The Prelude To All Legends (tvN)
– 6 Episod
– Tayangan bermula 7 – 22 September
– Lakonan Jang Dong Gun, Song Joong Ki, Kim Ji Won, Kim Ok Bin.
Di dalam sebuah tanah mitos yang digelar Arth, penghuni kota kuno Arthdal bertempur dengan perebutan kuasa, sementara yang lain menzahirkan rasa sayang di sepanjang jalan. Eunseom mengalami kesukaran untuk membawa kembali kembali puaknya dan mempelajari asal usulnya dalam prosesnya
5. Pegasus Market (tvN)
– 12 Episod
– Tayangan bermula 20 September
– Lakonan Lee Dong Hwi, Kim Byung Chul
Moon Suk-Goo (Lee Dong Hwi) bekerja sebagai pengurus di Cheonrima Mart, yang dimiliki oleh Daema Group. Masa depan Cheonrima Mart kelihatan suram kerana mereka tidak mempunyai banyak pelanggan dan Moon Suk-Goo kecewa dengan keadaan kedai. Pada suatu hari, Jung Bok-Dong (Kim Byung Chul), yang merupakan eksekutif di Cheonrima Group, diturunkan pangkat ke kedudukan CEO di Cheonrima Mart.
Pengurus Moon Suk-Goo berharap bahawa kedai akan mengalami pemulihan dengan CEO baru. Sebenarnya, Jung Bok-Dong mahu memusnahkan Cheonrima Mart untuk membalas dendam ke atas syarikat besar, Cheonrima Group kerana demokrasinya. Tetapi tanpa disangka-sangka, segala apa yang dilakukan Jung Bok-Dong kemudian menyebabkan kedai itu semakin menarik ramai pelanggan.
6. The Running Mates: Human Rights (OCN)
– Tayangan bermula 18 September
– Lakonan Lee Yo Won, Choi Gwi Hwa
Mengisahkan penyiasat untuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. Mereka berjuang untuk golongan yang mana hak asasi kemanusiaan mereka “dicabul”.
7. Miss Lee (tvN)
– Tayangan bermula 25 September
– Lakonan Kim Sang Kyung, Hye Ri
Sejak Lee Sun-Sim (Hyeri) mula bekerja di Cheongil Electronics, dia bekerja keras sebagai kerani. Dia melakukan banyak tugasan kecil yang diperlukan oleh syarikat itu, tetapi rakan sekerjanya masih memanggilnya “Miss Lee” daripada nama penuhnya.
Tiba-tiba, Lee Sun-Sim menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Cheongil Electronics, yang akan bankrap
8. Flower Crew: Joseon Marriage Agency (JTBC)
– Tayangan bermula 16 September
– Lakonan Kim Min Jae, Kong Seung Yeon, Seo Ji Hoon, Park Ji Hoon
Sebelum Lee Soo (Seo Ji Hoon) menjadi raja, dia merupakan tukang besi biasa di kawasan luar bandar. Hidupnya tiba-tiba berubah pada usia 23 tahun, ketika Lee Soo menjadi Raja Joseon.
Cinta pertama Lee Soo adalah Gae-Ddong (Kong Seung Yeon). Raja Lee Soo ingin berkahwin dengan Gae-Ddong, tetapi, kerana latar belakangnya yang merupakan golongan bawahan, sangat mustahil. Untuk berkahwin dengan Gae-Ddong, Lee Soo mengupah Agensi Perkahwinan Joseon. Agensi itu terdiri daripada 3 lelaki kacak: Ma Hoon (Kim Min Jae), Do Joon (Byeon Woo Seok) dan Ko Young-Soo (Park Ji Hoon). Raja Lee Soo meminta krew tersebut untuk menjadikan Gae-Ddong seorang wanita bangsawan.