Buat pengemar drama-drama Korea, kami di Kakimuvee ingin kongsikan kepada anda, 8 buah drama terbaru yang akan bersiaran pada bulan Julai ini. Antara yang menarik untuk disaksikan adalah drama Hotel De Luna, Designated Survivor – 60 days dan Class of Lie.
Jadi kepada anda semua, jangan lupa saksikan kesemua drama-drama Korea menarik ini di peranti anda.
1. Doctor John/Doctor Yo Han (SBS)
- Tayangan bermula 19 Julai 2019
- Setiap Jumaat & Sabtu
- Lakonan Ji Sung, Lee Se Young, Lee Kyu Hyung
Drama ini akan mengikuti kisah tentang doktor yang mempunyai kepakaran dalam menguruskan kesakitan. Setiap episod akan menunjukkan pesakit dalam kesakitan yang tidak tahu punca dari mana dan doktor akan mencari punca dari mana datang sakit tersebut.
Ji Sung akan membawa watak doktor genius bernama Cha Yo Han. Lee Se Young turut berlakon dalam drama ini dan membawa watak doktor anesthesiologist bernama Kang Si Young. Lee Kyu Hyung turut membintangi drama ini.
2. Hotel Del Luna (tvN)
- Tayangan bermula 13 Julai 2019
- Setiap Sabtu & Ahad
- Lakonan Siti Nurhidayu, Yeo Jin Goo
Drama ini berlatarkan sebuah Hotel yang mempunyai reka bentuk lama dan menyeramkan, terletak di pinggir bandar Seoul. Pelanggan hotel ini terdiri dari hantu.
Goo Chan Sun (Yeo Jin Goo) yang merupakan pengurus hotel elit, disebabkan takdir yang menimpanya, akhirnya dia menjadi pengurus Hotel del Luna, di mana pemilik hotel itu adalah Jang Man Wol (IU) yang cantik tetapi tamak dan angkuh. Jang Man Wol terperangkap dalam hotel itu bermilenium lamanya, dan hanya boleh melepaskan diri apabila dia menjumpai seseorang yang melakukan jenayah lagi teruk darinya.
3. Watcher (OCN)
- Tayangan bermula 6 Julai 2019
- Setiap Sabtu & Ahad
- Lakonan Han Suk Kyu, Seo Kang Joon, Kim Hyun Joo
Han Suk Kyu membawa watak Do Chi Kwang, pegawai polis yang menjadi saksi kegiatan rasuah, Seo Kang Joon membawa watak Kim Young Goon, polis yang menjadi saksi pembunuhan dan Kim Hyun Joo membawa watak Han Tae Joo, peguam yang menjadi saksi penipuan. Mereka akan bekerjasama membentuk satu pasukan anti rasuah yang menjadi jalan cerita utama drama ini
4. When The Devils Call Your Name (tvN)
- Tayangan bermula 31 Julai 2019
- Setiap Rabu & Khamis
- Lakonan Jung Kyung Ho, Park Sung Woon, Lee Seol
Ha Rib (Jung Kyoung-Ho) adalah penulis lagu popular dan dia telah menulis banyak lagu hit. Beliau memiliki kekayaan, prestasi dan juga memegang satu rahsia. Rahsia beliau ialah beliau mampu menulis lagu-lagu hit, kerana beliau menjual jiwanya kepada syaitan.
5. Designated Survivor : 60 Days (tvN)
- Tayangan bermula 1 Julai 2019
- Setiap Isnin & Selasa
- Lakonan Ji Jin Hee, Lee Joon Hyuk
Park Moo-Jin (Ji Jin-Hee) adalah bekas profesor kimia dan kini memegang jawatan Menteri Alam Sekitar. Beliau tidak mempunyai cita-cita, kepentingan peribadi atau pengetahuan tentang politik sebagai ahli politik. Pada suatu hari, pegawai kerajaan berpangkat tinggi berkumpul di pejabat Presiden. Letupan kemudian berlaku, membunuh ramai pegawai kerajaan, termasuk Presiden. Park Moo-Jin adalah pegawai kerajaan tertinggi yang ditinggalkan hidup. Dia tidak mahu kedudukannya, tetapi dia mesti memegang jawatan sebagai presiden selama 60 hari.
6. Doctor Detective (SBS)
- Tayangan bermula 17 Julai 2019
- Setiap Rabu & Khamis
- Lakonan Park Jin Hee, Bong Tae Gyu, Lee Ki Woo
Do Joong-Eun (Park Jin-Hee) bekerja sebagai doktor perubatan perindustrian. Beliau bekerjasama dengan doktor Heo Min-Ki (Bong Tae-Gyu) untuk mendedahkan kebenaran yang berkaitan dengan kemalangan industri, penyakit dan insiden lain yang berlaku di tapak perindustrian
7. Justice (KBS2)
- Tayangan bermula 17 Julai 2019
- Setiap Rabu & Khamis
- Lakonan Choi Jin Hyuk, Son Hyun Joo, Nana
Choi Jin Hyuk sebagai peguam Lee Tae Kyung, yang membuat perjanjian dengan “syaitan” untuk menuntut bela ke atas kematian adik perempuannya, dan Son Hyun Joo sebagai Son Woo Yong, seorang pemilik syarikat pembinaan yang menjadi jahat demi keluarganya. Kedua-dua mereka bertembung dalam satu konflik penyiasatan kes jenayah VVIP Korea Selatan selepas beberapa pelakon hilang secara misteri.
8. Class Of Lies (OCN)
- Tayangan bermula 17 Julai 2019
- Setiap Rabu & Khamis
- Lakonan Yoon Gyun Sang
Ki Moo-Hyeok (Yoon Gyun-Sang) adalah seorang peguam yang senantiasa memenangi kes. Beliau hanya peduli tentang wang. Disebabkan kes pembunuhan di sebuah sekolah menengah yang dikendalikannya, reputasinya musnah sebagai seorang peguam.
Untuk mendapatkan semula nama baiknya sebagai seorang peguam, dia menyelinap ke sekolah menengah tersebut dan mula bekerja sebagai guru sementara. Beliau cuba untuk mendedahkan rahsia yang dimiliki pelajar