Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

8 Drama Korea Menarik Pada Disember 2020

Bulan November menyajikan banyak drama – drama Korea yang menarik kepada penonton. Dan, bulan Disember juga tidak kurang hebatnya. Kepada peminat Drama Korea, berikut adalah senarai drama-drama yang akan memulakan siarannya pada Disember.

If You Cheat, You Die/Cheat On Me, If You Can (KBS2)

  • Tayangan 2 Disember 2020 – 28 Januari 2021
  • 16/32 Episod, Rabu & Khamis
  • Thriller, misteri, romantik komedi
  • Lakonan Cho Yeo Jung, Go Joon

Kang Yeo-Joo (Cho Yeo-Jeong) merupakan penulis novel terlaris, dia hanya menulis cerita jenayah, kes pembunuhan, dia selalu membayangkan bagaimana cara-cara membunuh orang untuk ditulis dalam novelnya. Kang Yeo-Joo sudah mendirikan rumah tangga bersama Han Woo-Sung (Go Joon), yang merupakan peguam, kepakaran dalam kes penceraian. Han Woo Sung menulis lafaz taklik terhadap isterinya berbunyi begini “sekirannya kau menipu, kau akan mati”.

City Couple’s Way of Love: My Lovely Camera Thief (Kakao TV/Netflix)

  • Tayangan 8 Disember 2020 – 15 Januari 2021
  • 12 Episod (Setiap episod 30 minit), Selasa, Jumaat
  • Romantik komedi, mini drama
  • Lakonan Ji Chang Wook, Kim Ji Won

Park Jae-Won (Ji Chang-Wook) adalah arkitek yang bersemangat dan jujur. Ketika dia berjalan-jalan di sebuah bandar dan menikmati pemandangan sambil mengambil gambar menggunakan kameranya dia bertemu dengan seorang wanita, dia tidak dapat melupakan wanita itu yang mencuri hatinya dan menghilangkan diri..

Lee Eun-O (Kim Ji-Won) bekerja sebagai pegawai pemasaran bebas. Dia suka membuat perjalanan tanpa perancangan. Semasa dalam perjalanannya, Lee Eun-O bertemu Park Jae-Won di tempat yang pelik. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Yoon Sun-A dan berpura-pura memiliki keperibadian yang bertentangan dengan dirinya yang sebenarnya. Lee Eun-O jatuh cinta kepada Park-Jae Won

True Beauty (tvN)

  • Tayangan 9 Disember 2020 – 28 Januari 2021
  • 16 Episod, Rabu & Khamis
  • Romantik komedi, remaja.
  • Lakonan Moon Ga Young, Cha Eun Woo, Hwang In Yeop, Park Yoo Na

Berdasarkan webtoon terkenal berjudul yang sama. Drama romantik komedi remaja ini mengisahkan Lim Ju Gyeong (Moon Ga Young), seorang pelajar sekolah menengah yang ceria dan optimistik yang sentiasa bersolek kerana tak yakin dengan wajah aslinya.

Hush (JTBC)

  • Tayangan 11 Disember 2020 – 30 Januari 2021
  • 16 Episod, Jumaat & Sabtu
  • Pekerjaan, perniagaan, komedi, kehidupan
  • Lakonan Hwang Jung Min, Im Yoon Ah, Kim Won Hae, Park Ho San

Han Jun Hyeok (Hwang Jung Min) adalah wartawan veteran untuk sebuah akhbar. Niatnya menjadi wartawan adalah untuk mengejar keadilan, tetapi prinsipnya kini bertentangan antara idealisme dan pragmatisme. Han Jun Hyeok juga mesti menangani masalah peribadi sebagai suami dan ayah.

Lee Ji Su (Yoona) adalah seorang wartawan praktikal yang berani dan tidak takut untuk mengatakan apa yang perlu dikatakan. Apabila dia bertemu dengan Han Jun Hyeok sebagai mentornya, dia mula mengimpikan untuk menjadi wartawan yang ada prinsip.

Mr Queen/No Touch Princess (tvN)

  • Tayangan 12 Disember 2020 – 14 Februari 2021
  • 20 Episod, Sabtu & Ahad
  • Saeguk, romantik komedi, fiksyen, fantasi
  • Lakonan Shin Hye Sun, Kim Jung Hyun

Drama saeguk fiksyen ini mengisahkan tentang seorang lelaki dari zaman moden yang mana jiwanya terperangkap dalam badan permaisuri dari dinasti Joseon.

Shin Hye Sun memainkan peranan sebagai Kim So Yong, permaisuri dengan jiwa Jang Bong Hwan yang terperangkap di dalam dirinya. Kim Jung Hyun sebagai Raja Cheoljong, yang kelihatan seperti raja yang lemah dan tidak efektif tetapi menyembunyikan sisinya yang tajam dan berkeinginan kuat.

Run On (jTBC)

  • Tayangan 16 Disember 2020 – 4 Februari 2021
  • 16 Episod, Rabu & Khamis
  • Romantik, sukan
  • Lakonan Im Si Wan, heroin aku tak kenal

Kisah cinta di antara Ki Sun-Gyeom (Im Si-Wan) dan Oh Mi-Joo. Ki Sun-Gyeom pernah menjadi pelari pecut kebangsaan. Kerana satu insiden, dia bersara dari arena sukan dan bekerja sebagai agen sukan. Oh Mi Joo merupakan penulis sari kata untuk filem, mereka ditakdirkan bertemu dan tiba tiba kita jatuh cinta, ini semua sudah suratan ilahi, dan kita harus hadapi kenyataan

Sweet Home (Netflix)

  • Tayangan 18 Disember 2020
  • 10 Episod, Jumaat
  • Seram, psikologi, supernatural, thriller
  • Lakonan Song Kang, Lee Jin Wook, Lee Si Young, Lee Do Hyun, Park Gyu Young

Drama Korea ini mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah yang terpaksa meninggalkan rumahnya selepas tragedi menimpa keluarganya, hanya untuk menghadapi sesuatu yang lebih menakutkan, di mana raksasa berusaha menghapuskan umat manusia. Kini dia mesti berjuang bersama segelintir manusia untuk mencuba dan menyelamatkan dunia sebelum terlambat.

Royal Secret Agent (KBS2)

  • Tayangan 21 Disember 2020 – 9 Februari 2021
  • 16/32 Episod, Isnin & Selasa
  • Saeguk, thriller, detektif, penyiasatan, misteri, komedi
  • Lakonan Kim Myung Soo, Kwon Nara, Lee Yi Kyung

Berlatarkan akhir era dinasti Joseon, Sung Yi Gyum (Kim Myung Soo) menduduki tempat pertama dalam peperiksaan kerajaan dan dia sekarang bekerja di Hongmungwan (jabatan pentadbiran dan penyelidikan).

Dia tidak mempunyai matlamat atau cita-cita untuk hidupnya. Suatu hari, Sung Yi Gyum terperangkap dalam perjudian. Sebagai hukuman, dia ditugaskan untuk bekerja sebagai pegawai penyiasatan rahsia kerajaan. Tugasnya adalah membasmi perbuatan haram dan rasuah oleh pegawai kerajaan

Sumber: Kakimuvee

Related posts

“Taxi Driver” Bermula Baik, Rating “Beyond Evil” Meningkat Menjelang Episod Akhir

Zulaikha

Kim Ok Bin & Lee Joon Hyuk Berjuang Untuk Bertahan Melawan Naluri Terburuk Manusia Dalam Trailer Terbaru “Dark Hole”

Zulaikha

5 REASONS TO WATCH KOREAN NOIR FILM NIGHT IN PARADISE

Zulaikha

“Sisyphus: The Myth” Berakhir Suram, “Mouse” Kekal Mendahului

Zulaikha

Seo Ye Ji Bimbang Suaminya Kim Kang Woo Adalah Pembunuh Dalam Gambar Terbaru “Recalled”

Zulaikha

10 OF SONG JOONG-KI’S SEXIEST VINCENZO MOMENTS

Zulaikha