Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

7 Trivia Menarik Mengenai MasterChef Asia 2015

Poster-MasterChef-Asia-Casting

Bermula 3 September 2015, Astro menerusi saluran Lifetime (Astro 709) akan menayangkan rancangan realiti TV MasterChef Asia yang menyaksikan 15 orang peserta dari seluruh Asia bertarung sesama sendiri bagi mendapatkan gelaran MasterChef Asia yang pertama. Program ini akan bersiaran pada setiap Khamis, jam 9.00 malam.

Program yang ditayangkan di saluran Lifetime (Astro 709) turut menampilkan tiga orang juri yang juga merupakan chef tersohor – Susur Lee, Bruno Menard dan Audra Morrice.

Dalam rancangan ini, Malaysia diwakili oleh tiga orang g home chef iaitu Jasbir Kaur, Marcus Low dan Sophia Zulkilfi. Bagi para peminat program realiti masakan yang berkelas antarabangsa ini, kami sertakan tujuh trivia yang menarik mengenai program ini yang patut anda tahu

masterchef asia contestant

TRIVIA MASTERCHEF ASIA

  • Set MasterChef Asia ada persamaan dengan set MasterChef Australia seperti stesen kerja, jam dan pantri.
  • Keluasan set kali ini adalah lebih daripada 600 meter persegi – lebih kurang seperti saiz sebuah rumah flat lima bilik di Singapura.
  • 15 stesen kerja disediakan dan para peserta diletakkan secara rawak pada setiap episod.
  • Para peserta perlu memakai kasut chef untuk keselamatan yang dilengkapi dengan pelapik besi di bahagian hujung, serta anti-licin.
  • Setiap apron peserta juga dilengkapi dengan nama serta bendera setiap negara.
  • Makanan dan sayur-sayuran dihantar setiap hari bagi memastikan kesegaran dan kualiti yang tinggi.
  • Pihak MasterChef Asia memang menitikberatkan mengenai pembaziran dan makanan yang berlebihan akan didermakan kepada sukarelawan dan NGO untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

1 comment

Noriza Rahman September 3, 2015 at 11:51 am

Bestnya masak-masak ni…

Pelbagai variati dan cara masakan boleh ditonton…

Reply

Leave a Comment