Filem horror zombie adalah antara filem bergenre seram thriller yang paling diminati oleh kaki-kaki wayang. Namakan saja filem-filem zombi pasti ramai yang tahu dan pernah menonton filem berkenaan. Tahun 2017 ini kita bakal dilambakkan dengan filem zombi pastinya sangat menarik untuk ditonton.
Ok disini kami senaraikan tujuh filem Zombi paling anticipate yang patut anda tonton. Antaranya ialah:
Patient Zero
Tarikh Tayangan: 17 Februari 2017
Pelakon: Natalie Dormer, Matt Smith, Stanley Tucci
Pengarah: Stefan Ruzowitzky
Info:Ā
Patient Zero,Ā orang pertama yang telah dijangkiti, Selepas hampir separuh populasi dunia bertukar menjadi zombi yang sangat bijak dan dahagakan darah yang dikenali sebagai “The Infected”, Matt Smith mengetuai misi mencari “Patient Zero” dengan harapan mendapat penawar dan menyelamatkan umat manusia dari diambang kepupusan.
World War Z 2
Tarikh Tayangan: June 9, 2017
Pelakon: Brad Pitt
Pengarah: David Fincher
Sekuel kepada filem World War Z 2013 dimana Brad Pitt mesti menyelamatkan dunia dari Zombi pandemik. Walaupun dikritik kerana tidak seperti novel World War Z yang ditulis oleh Max Brooks, namun lambakan review-review positif mendorong pihak studio menghasilkan sekuel filem ini.
Tidak banyak info yang diketahui melainkan Brad Pitt akan kembali kembali filem ini.
Sky Sharks
Tarikh Tayangan: September 1, 2017
Pelakon: Naomi Grossman, Cary-Hiroyuki Tagawa, Eva Habermann
Pengarah: Marc Fehse
Dipenghujung Perang Dunia ke-2, tentera Nazi mencipta senjata rahsia yang cukup merbahaya. Setahun kemudian, ahli geologi menjumpai sesuatu yang tertanam dibawah ais di Artik iaitu senjata Nazi tersebut. Apa yang dijumpai oleh mereka? Jerung Zombi! seriously? yup mereka menjumpai makmal yang ditinggalkan dan mengandungi jerung zombi tersebut. Jika selama ini kita tengok manusia zombi, filem ini menampilkan Jerung Zombi yang bakal membawa kemusnahan kepada populasi dunia.
An Accidental Zombie (Named Ted)
Tarikh Tayangan: TBD 2017
Pelakon: Naomi Grossman, Yoshua Sudarso, Michael Jai White
Pengarah: Anne Welles
Well, very lighter zombie movie.Ā An Accidental Zombie (Named Ted)Ā lebih kepada filem komedi yang menampilka individu bernama Ted yang sedaya upaya untuk menyesuaikan keadaan dirinya yang bertukar menjadi Zombi. Dia mendapat infeksi semasa bercuti di kepulauan Caribbean. Ted menyertai terapi yang turut dianggotai oleh individu-individu yang bertukar menjadi Zombi.
The Forest of Hands and Teeth
Tarikh Tayangan: TBD 2018
Pelakon: Maisie Williams
Pengarah: Kate Maberly
Tidak banyak info mengenai filem ini, tetapi ianya dihasilkan dari adaptasi Novel Carrie Ryan dimana umatĀ manusia meletakan harapan mereka kepada Mary (lakonan Maisie Williams). Mampukah bintangĀ Game of ThronesĀ menyelamatkan umat manusia dalam filem ini?
The Third Wave
Tarikh Tayangan: TBD 2017
Pelakon: Ellen Page, Sam Keeley
Pengarah: David Freyne
The Third WaveĀ menampilkan filem zombi yang lain daripada yang lain. Selepas manusia disembuhkan dari dijangkiti virus yang menukar mereka kepada zombi, mereka terpaksa menghadapi pandangan serong masyarakat dan juga ahli keluarga sendiri disebabkan pernah bertukar menjadi zombi.
Cargo
Tarikh Tayangan: TBD 2017 or 2018
Pelakon: Martin Freeman, Anthony Hayes, Caren Pistorius
Pengarah: Ben Howling, Yolanda Ramke
Dari filem pendek ke filem panjang, filem Cargo adaptasi dari filem pendek bertajuk Cargo yang telah memenangi anugerah dalam festival “The World’s Largest Short Film”. Seorang bapa dan anaknya yang berusia 1 tahun terpaksa bertarung untuk survive dari dijangkiti Zombi. Bagaimanpun, dia telah dijangkiti. Filem ini pasti memberikan emosi yang sangat mendalam kepada penonton kerana melihat bagaimana seorang bapa yang cuba mencari perlindungan dari serangan zombi sebelum dia bertukar menjadi sebahagian daripada mereka.