7 Filem Perang Paling Realistik Berdasarkan Pengalaman Veteran Tentera

581
views

Filem-filem perang merupakan salah satu genre yang paling digemari penonton, tetapi tidak semua filem yang dihasilkan itu tidak menggambarkan suasana perang yang sebenar.

Sebagai contoh, filem The Hurt Locker mendapat pujian dari para pengkritik tetapi bagi veteran perang Iraq, filem tersebut dianggap tidak realistik dari apa yang sebenarnya berlaku di medan perang.

Jadi kami disini, bersumberkan dari video Nerdwire, ingin kongsikan 7 buah filem perang yang dianggap realistik dan memberikan gambaran sebenar suasana perang, berdasarkan pengalaman veteran tentera Amerika Syarikat.

Harus diingat, realisitik tidak semestinya tepat dari segi sejarah peperangan, realisitk yang dimaksudkan adalah apa yang ditunjukkan dalam filem hampir sama dengan situasi sebenar di medan perang.

7 .Jarhead

Filem perang drama lakonan Jake Gyllenhaal ini diadaptasikan dari memoir bekas tentera marine Amerika Syarikat (AS), Anthony Swofford berjudul Jarhead. Kebanyakkan veteran perang Iraq menganggap filem ini memalukan anggota Marine, tetapi mereka tidak menafikan satu aspek yang ditunjukkan dalam filem ini, iaitu ‘penantian’. Rata-rata mereka mengatakan, penantian anggota Marine dalam perang Teluk itu sangat membebankan, ada yang bosan, terganggu emosi, kepanasan, hilang keinginan untuk perang dan sebagainya hanya disebabkan tiada arahan dari pegawai pemerintah untuk berperang.

6. Lone Survivor

Lone Survivor merupakan filem biography perang berdasarkan buku berjudul sama tulisan Marcus Luttrell. Filem ini menerima pujian veteran tentera disebabkan ketepatan taktik ketenteraan dan penggunaan senjata serta isu masalah komunikasi tentera. Selain itu juga, babak tembak-menembak didalam hutan menggambarkan betapa kelam-kabutnya keadaan bila pertempuran antara tentera dan pihak musuh.

5. Black Hawk Down

Walaupun filem ini dikritik hebat kerana mengenepikan sejarah pertempuran di Mogadishu sehingga mencemar imej tentera AS, veteran perang tetap bersetuju bahawa filem ini benar-benar memaparkan pengalaman tempur yang sebenar dimana ia sangat kejam dan menakutkan.

4. Full Metal Jacket

Setiap kem tentera berbeza cara latihannya, berdasarkan cabang-cabang ketenteraan, Anggota dan veteran tentera yang menonton filem ini bersetuju bahawa babak-babak di dalam kem latihan Full Metal Jacket sama seperti dengan pengalaman yang dialami mereka. Cara latihan, halangan, denda dan sebagainya tepat dengan latihan sebenar mereka alami. Cuma kekejaman Sergeant Hartman dikalangan pegawai pelatih dikurangkan sedikit.

3. Stalingrad

Sebuah filem anti-perang buatan Jerman yang memaparkan sisi tentera Nazi semasa pertempuran di Stalingrad, Rusia. Filem ini bukan untuk menunjukkan ‘kemenangan’ tentera Nazi (yang sebenarnya tewas dalam sejarah Perang Dunia Kedua), tetapi menunjukkan kekecewaan dan putus asa dikalangan tentera Nazi yang sedang tewas. Mana-mana anggota tentera yang tidak mati dimedan pertempuran, kebanyakkan  mati disebabkan kesejukan dan membunuh diri akibat tertekan, itulah realiti sebenar yang berlaku dalam ‘Battle of Stalingrad’ ketika Perang Dunia Kedua.

2. Saving Private Ryan

20 minit pertama filem arahan Steven Spielberg ini benar-benar menunjukkan kepada penonton betapa ‘brutal’nya dan kejamnya peperangan. Dengan adegan-adegan kepala bersepai, perut terburai dan peluru berdesing sudah cukup buat veteran perang mengatakan ini adalah realiti sebenar yang berlaku dimedan perang.

1 Come and See

Come and See merupakan filem perang drama buatan Russia, ia berkisarkan tentang penaklukan tentera Nazi di Balarus. Filem ini bukan sahaja memberi kesedaran mengenai perang tetapi begitu realistik,baik dari segi dari bahasa, pakaian sehingga penggunaan peluru hidup dalam beberapa babak filem ini. Bukan itu sahaja, filem ini menekankan kesan emosi kepada mereka yang menyaksikan kekejaman perang dihadapan mata mereka sendiri.

Jika anda rasa terdapat filem selain diatas yang benar-benar memberi gambaran dan realiti sebenar peperangan, anda boleh kongsikannya diruangan komen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here