Trivia

7 Filem Menarik Yang Mengupas Isu Kesihatan Mental

Views

Filem-filem yang dihasilkan bukan sahaja memberi hiburan kepada penonton, malah ia juga menjadi platform dalam menyampaikan isu kesihatan mental dalam bentuk cereka atau kisah benar. 

Bersempena dengan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Oktober setiap tahun, kami senaraikan 7 filem Hollywood yang mengupas isu kesihatan mental dengan tepat. Senarai ini dirujuk dari organisasi kesihatan mental - National Alliance of Mental Illness - yang berpengkalan di Texas, America Syarikat. 

Rain man (1988)

Isu Kesihatan Mental: Autisme

Filem klasik ini mengisahkan seorang lelaki yang hidup dengan autisme, Raymond (Dustin Hoffman) dan adiknya, Charlie (Tom Cruise). Karakter Raymond sepanjang perjalanan filem menggambarkan kebiasaan dan tingkah laku ritualistik seseorang yang autistik.

Rain Main bermula dengan pertemuan pertama adik-beradik lelaki, dimana Charlie mengentahui bahawa dia mempunyai seorang abang. Pemergian ayah mereka telah meninggalkan harta pusaka bernilai $ 3 juta yang sepatutnya digunakan untuk rawatan Raymond di hospital kesihatan mental tempat dia tinggal. Untuk mendapatkan harta pusaka ini, Charlie membawa keluar Raymond dari hospital psikiatri dan membawanya kembali ke LA bersamanya. Perjalanan mereka ke seluruh negara terbukti mengubah kehidupan apabila watak mula saling mengenali.

What About Bob? (1991)

Isu kesihatan mental: Anxiety

What About Bob? adalah kisah komedi mengenai hubungan permusuhan antara seorang psikiatri Dr Leo Marvin (Richard Dreyfus) dan pesakitnya, Bob Wiley (Bill Murray). Bob adalah pesakit yang tahap anxiety sangat tinggi. Semasa Dr. Marvin pergi bercuti, Bob memutuskan untuk mengikuti Dr. Marvin dan keluarganya, sehingga menyebabkan Dr. Marvin berusaha sedaya upaya untuk menghalau Bob. Filem lucu ini menggambarkan pesakit vs psikiatri yang dinamik dan menunjukkan betapa pentingnya mencari perawat kesihatan mental.

As Good As it Gets (1997)

Isu Kesihatan Mental: OCD

As Good As It Gets menceritkan kisah Melvin Udall (Jack Nicholson), seorang novelis anti-sosial yang hidup dengan gangguan obsesif-kompulsif (OCD). Melvin pada umumnya tidak menyukai semua orang kecuali seorang pelayan yang bekerja di kedai makan di mana dia makan tengah hari setiap hari. Apabila jirannya mengalami kemalangan, Melvin bersetuju untuk menjaga anjingnya. Menjaga anjing dan memulakan persahabatan dengan pelayan membantunya untuk pulih dari OCD. 

Filem ini benar-benar memperlihatkan kehidupan seseorang yang menghidapi OCD, dan betapa sukarnya untuk membuat hubungan dengan orang yang memahami simptomnya.

A Beautiful Mind (2001)

Isu kesihatan mental: Schizophrenia

A Beautiful Mind adalah kisah benar mengenai kehidupan John Forbes Nash, Jr. (Russel Crow), seorang ahli matematik, yang hidup dengan skizofrenia. Filem ini benar-benar menangkap cabaran yang dihadapinya termasuk paranoia dan khayalan yang mengubah kerjaya dan kehidupannya. 

Silver Linings Playbook (2012)

Isu kesihatan mental: Bipolar disorder

Setelah menghabiskan masa di hospital kesihatan mental, Pat Solatano (Bradley Cooper) terpaksa berpindah bersama ibu bapanya. Gejala hidup dengan gangguan bipolar telah menyebabkan dia kehilangan isteri dan pekerjaannya. Dia bertekad untuk mendapatkan isterinya kembali dan bertemu dengan seseorang, Tiffany (Jennifer Lawrence), yang menawarkan bantuan sebagai pertukaran untak menjadi pasangan tarian ballroom Tiffany. Silver Linings Playbook mewakili pelbagai emosi yang sering terjadi pada seseorang yang hidup dengan gangguan bipolar dengan cara yang realistik dan memukau.

The Skeleton Twins (2014)

 

Isu kesihatan mental: Depression:

Babak pembukaan Skeleton Twins menunjukkan dua watak utama, Milo (Bill Hader) dan Maggie (Kristen Wiig), yang cuba membunuh diri. Percubaan Milo menyebabkan dia dibawa ke hospital, yang mana ia akhirnya menyatukan kembali abang dan kakaknya setelah 10 tahun berpisah. Kedua-dua watak ini menunjukkan kemurungan mereka dengan cara yang jujur dan lucu ketika mereka belajar untuk menerima satu sama lain dan diri mereka sendiri.

Inside Out (2015)

Isu kesihatan mental: General Mental Health

Animasi unik ini menggambarkan emosi yang berbeza di dalam fikiran seorang gadis muda. Kegembiraan, kesedihan, kemarahan, ketakutan dan rasa jijik berusaha untuk menolong serta membimbing Riley melalui masa yang sukar ketika dia terpaksa pindah ke San Francisco. Kesemua "Emosi" belajar untuk bekerjasama dalam usaha membantu Riley melalui pergolakan menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya. Inside Out adalah filem pintar, moden dan dibuat dengan baik yang meletakkan kesihatan mental ke dalam konteks baru.

 

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks