7 Filem Hollywood Yang Menarik Untuk Ditonton Pada Bulan Jun Ini

278
views

Banyak filem-filem besar dari Hollywood bakal berentap sesama sendiri dibulan Syawal nanti. Antara yang paling dinantikan adalah filem X-Men: Dark Phoenix yang telah beberapa kali ditangguh tarikh tayangannya.

Selain itu juga, filem-filem seperti Toy Story 4 dan Men In Black: International juga mampu menarik penonton ke panggung wayang pada musim perayaan nanti.

Kami di Kakimuvee ingin kongsikan 7 filem Hollywood yang menarik untuk anda tonton pada bulan Jun / Syawal ini. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem kegemaran anda di pawagam.

1. X-Men: Dark Phoenix

PG-13 | Aksi / Adiwira | 6 Jun 2019

X-Men akan berhadapan dengan musuh yang paling berkuasa, iaitu salah seorang daripada mereka, Jean Grey. Semasa menjalankan misi menyelamat di angkasa, Jean hampir terbunuh apabila dia terdedah pada tenaga kosmik yang agak misteri. Selepas dibawa pulang, tenaga tersebut bukan sahaja membuatkan dia lebih berkuasa, tetapi ianya tidak stabil. Ketika bergelut dengan entiti yang berada didalamnya, Jean mengeluarkan kuasa yang sukar untuk dikawalnya.

Apabila Jean gagal mengawal kuasanya dan mencederakan orang yang paling dicintainya, dia mula merobek ikatan kukuh yang diantara X-Men. Kini, keluarga X-Men telah berpecah, mereka perlu mencari jalan untuk bersatu – bukan sahaja untuk menyelamatkan Jean, tetapi untuk menyelamatkan Bumi dari makhluk asing yang mahu menggunakan kuasa yang ada pada Jean Grey sebagai senjata dan memerintah galaksi.

2. Men In Black: International

PG-13 | Aksi / Sains Fiksyen / Komedi | 13 Jun 2019

Dalam usaha melindungi Bumi dari makhluk asing jahat, dua ejen baru MIB iaitu Ejen H (Chris Hemsworth) dan Ejen M (Tessa Thompson) berhadapan dengan cabaran amat sukar, iaitu menyelesaikan masalah terbesar mereka setelah mendapat tahu ada perisik dalam organisasi MIB.

3. Toy Story 4

PG-13 | Animasi / Kekeluargaan | 20 Jun 2019

Filem animasi ini diarahkan Josh Cooley manakala skrip ditulis oleh Rashida Jones, Will McCormack, Stephany Folsom. Ianya mengisahkan tentang pengembaraan Woody dan rakan-rakanya serta mengalu-alu kedatangan rakan baru di bilik Bonnie termasuklah patung yang tidak mahu berada di sana iaitu Forky.

4. Escape Plan: Extractors

R | Aksi / Jenayah | 20 Jun 2019

Ray Breslin dan Trent kembali bekerjasama sekali lagi  bagi menyelamatkan salah seorang rakan pasukan mereka dari penjara yang dikenali sebagai Devil`s Station, di mana tiada seorang pun yang pernah berjaya meloloskan diri dari situ.



5. Child’s Play

R | Seram | 20 Jun 2019

Filem ini dibintangi Aubrey Plaza, Brian Tyree Henry dan Gabriel Bateman. Sempena harijadi anaknya iaitu Andy (lakonan Gabriel Bateman), Karen Barclay (Aubrey Plaza) telah memberikan hadiah berupa anak patung. Bagaimanapun keluarga tersebut tidak mengentahui bahawa patung tersebut bukanlah patung biasa, tetapi sebalik ia adalah patung yang telah digodam untuk menjadi ganas.

6. Anna

R | Aksi Thriller | 20 Jun 2019

Anna Poliatova merupakan seorang gadis yang memiliki rupa paras jelita. Namun di sebalik wajah cantiknya itu, tersimpan satu rahsia tentang kekuatan dirinya yang tidak tertanding serta kebolehan untuk menjadi salah seorang pembunuh upahan kerajaan yang paling digeruni di dunia.

7. Annabelle Comes Home

N/A | Seram | 27 Jun 2019

Ditetapkan selepas filem Annabelle (2014) ia mengisahkan tentang keluarga Ed Warren dan dua pengasuh mereka yang telah diganggu patung Annabelle yang dirasuk selepas mereka membawa pulang patung tersebut dan meletakkannya didalam bilik artifak mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here