Berita

7 Filem Bakal Berentap Untuk Disenaraikan Dalam Anugerah Oscar Bagi Kategori Makeup & Hairstyling

Views

The Academy of Motion Picture Arts and Sciences telah mengumumkan, 7 filem bakal berentap sesama sendiri untuk disenaraikan dalam Anugerah Akedemi yang ke-90 bagi kategori ‘Make up & Hairstyling”. Antara filem yang disenaraikan adalah:

Bright
Darkest Hour
Ghost in the Shell
Guardians of the Galaxy Vol. 2
I, Tonya
Victoria & Abdul
Wonder

Ketujuh-tujuh filem berkenaan akan dinilai oleh semua ahli Academy’s Makeup Artists and Hairstylists Branch. Mereka juga akan menonton filem-filem berkenaan sebelum memilih senarai akhir pencalonan yang terdiri daripada 3 buah filem sahaja.

Senarai yang berjaya akan diumumkan pada 23 Januari 2018.

Anugerah Akademi ke-90 ini akan berlangsung pada 4 Mac 2018 bertempat di Dolby Theatre at Hollywood & Highland Center, Hollywood. Acara gilang gemilang itu akan bersiaran langsung di 225 buah negara seluruh dunia.

Tahun lepas, kategori ini dimenangi oleh Lesley Vanderwalt, Elka Wardega, Damian Martin dari filem Suicide Squad

BACA:  Suicide Squad Official Trailer 2

Tinggalkan Balasan

shares