Official TrailerSiri TV

7 Adiwira Bergabung Untuk Menyelamatkan 'Multiverse' Dalam Trailer Terakhir Crisis On Infinite Earths

Views

The CW telah melancarkan trailer terakhir siri crossover yang paling dinantikan Crisis of Infinite Earths yang menyaksikan para adiwira bergabung untuk menyelamatkan 'multiverse'. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Crisis on Infinite Earths berdasarkan siri komik terhad berjudul sama karya Marv Wolfman dan George Perez.

Crossover akan bermula dengan siri Supergirl pada Ahad, 8 Disember, diikuti Batwoman pada Isnin 9 Disember dan The Flash pada Selasa 10 Disember. Acara crossover akan berhenti seketika dan bersambung pada 14 Januari 2020 menerusi siri Arrow dan diakhir dengan siaran siri DC’s Legends of Tomorrow pada hari yang sama.

Brandon Routh akan memainkan dua peranan berbeza iaitu sebagai The Atom dan Superman. Selain itu juga beberapa pelakon akan kembali membawakan watak masing-masing seperti Tyler Hoechlin sebagai Clark Kent / Superman, Elizabeth Tulloch serta Erica Durance sebagai Lois Lane, Jon Cryer sebagai Lex Luthor, Tom Cavanagh sebagai Pariah dan LaMonica Garrett sebagai Anti-Monitor. Selain itu juga, Crisis on Infinite Earth akan turut menampilkan Black Lightning, Kevin Conroy Bruce Wayne dan Ashley sebagai Huntress

Dalam finale ‘crossover’ Elseworlds yang lalu, Monitor (LaMonica Garrett) memberi amaran kepada wira tentang “Krisis” yang akan berlaku.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks