Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

67 Filem Tempatan Bakal Berentap Dalam Perebutan Anugerah Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31)


Penganjuran Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) kali ini akan menyaksikan 32 kategori akan direbut oleh 67 buah filem tempatan yang bertanding pada tahun ini. Daripada jumlah tersebut, sebanyak empat kategori dipertandingan semula iaitu Dokumentari Terbaik, Filem Pendek Terbaik, Filem Cereka Animasi Terbaik dan Filem Digital Terbaik.

Pengumuman empat kategori yang dipertandingan semula itu dibuat oleh Jawatankuasa Penyertaan dan Penjurian FFM31, Rozita Waty Ridzuan semasa sidang media FFM31 yang berlangsung di Pawagam Mini P. Ramlee pada Khamis yang lalu.

“Penganjuran tahun ini mempertandingkan 32 kategori antaranya Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan buat pertama kali mewujudkan kategori Tatarias Terbaik,”

Kategori Filem Cereka Animasi Terbaik bakal menyaksikan saingan sengit diantara Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal, Boboiboy Movie 2 dan Ejen Ali the Movie. Turut berentap dalam kategori tersebut adalah filem animasi Wheely yang ditayangkan pada 2018.

Selain filem animasi, antara filem-filem besar sepanjang 2019 yang layak dipertandingkan ialah “Sangkar”, “Pusaka”, “Ennaval”, “Kali Muni Tharisanam”, “Walk With Me” dan banyak lagi. Selain itu, terdapat juga kategori anugerah khas yang tidak dipertandingkan iaitu Anugerah Penggiat Belakang Tabir, Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman, Anugerah Khas Juri dan Anugerah Filem Box-Office.


Mengangkat tema ‘Inspirasi Sinemaku: Tanpa Sempadan’ sebagai simbolik buat penggiat filem tempatan, malam kemuncak FFM31 akan berlangsung di Encore Melaka pada 18 April 2020.

Sumber: Cinema Online


Related posts

Review: Zombitopia (2021)

Kakimuvee

Nikmati Podcast Ramadan Baharu Di SYOK, ‘The Deen Hustlers Show’ & ‘Hikmah’ Musim ke-2

Zulaikha

Review Filem: Tuju Tuju (2021)

Ahmad Fariszuan

“Roh” Disenaraikan Dalam 25 Filem Terbaik Asia 2020!

Is Mohd

Miimaland Kini Boleh Ditonton Di Astro First

Kakimuvee

Terus Dapat Sambutan! Mael Totey Raih Lebih RM 2.5 juta Dalam Tempoh 4 Hari

Kakimuvee