Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot AsiaTrivia

6 Sebab Kenapa The Sound of Magic Akan Memukau Anda

The Sound of Magic adalah siri serba baharu berdasarkan webtoon terkenal Annarasumanara oleh Ha Il-kwon, yang menampilkan kisah mengenai Yoon Ah-yi, seorang gadis yang telah melupakan impiannya dalam menghadapi realiti, dan Na Il-deung, seorang budak lelaki yang ditekan untuk memenuhi permintaan ibu bapanya. Kisah yang tidak dijangka namun mempesonakan berlaku apabila mereka bertemu dengan ahli silap mata mistik, Ri-eul.

Dengan cerita yang menarik dan penglibatan pengarah terkenal Kim Sung-youn  (Itaewon Class), Netflix mempersembahkan sebuah cerita dengan visual yang hebat dengan momen dan muzik yang ajaib.

Mari kita lihat beberapa sebab mengapa anda akan jatuh cinta dengan siri ini:

Mesej Bermakna Disebalik Magik

Pengarah Kim terharu dengan cara cerita asal menggambarkan watak-watak yang goyah antara impian dan realiti mereka – dan bagaimana dalam keadaan yang sukar, kepercayaan mereka terhadap “magik” mengurangkan kesusahan mereka.

Di sebalik kemewahan dan kemeriahan, The Sound of Magic ialah kisah tentang penemuan semula keajaiban zaman kanak-kanak dan maksud menjadi dewasa yang “baik”. Penonton akan dapat melihat sisi berbeza dari syiling yang sama dari perspektif Ah-yi dan Il-deung ketika mereka menghadapi masalah kewangan dan tekanan untuk memenuhi jangkaan ibu bapa masing-masing.

Barisan Pelakon Hebat

Ji Chang-wook, dengan kehadirannya yang sentiasa memukai, disertai oleh dua pelakon yang luar biasa, Choi Sung-eun dan Hwang In-youp, dalam siri hebat ini.

Ji Chang-wook, yang belajar dan berlatih silap mata selama tiga bulan sebagai persediaan untuk peranannya, akan membawa pesonanya sebagai ahli silap mata misteri Ri-eul yang tidak mahu menjadi dewasa. Selain itu, Choi Sung-eun akan berperanan sebagai Yoon Ah-yi, seorang pelajar sekolah menengah yang mesti menyara dirinya dan adik perempuannya selepas bapa mereka meninggalkan mereka.

Hwang In-youp pula memainkan watak Il-deung, seorang budak lelaki yang namanya bermaksud ‘Nombor Satu’ dalam bahasa Korea, cuba untuk memenuhi maksud namanya tetapi kehilangan jejak tentang apa yang sebenarnya dia mahukan sepanjang perjalanan hidupnya.

Muzik Yang Akan Hidup Bebas Dalam Kepala Anda

Pengarah Kim bertemu dengan pengarah muzik terkenal, Kim Moon-jeong untuk mencapai gabungan cerita, lakonan dan muzik yang seimbang dengan sempurna. Elemen muzik dalam siri ini digunakan untuk menggambarkan emosi watak-watak dengan lebih berkesan, menganyam dalam kata-kata untuk mencipta ekspresi yang tepat dan menyampaikan segala yang perlu diucapkan.

Projek ini bukanlah satu langkah kecil kerana para pelakon bekerja rapat dengan pasukan muzik selama lebih 18 bulan untuk belajar, berlatih dan merakam lagu.

Bergerak Mengikut Rentak

Pengarah koreografi Hong Se-jung adalah individu di sebalik gaya gerakan dalam The Sound of Magic, berazam untuk mencipta gerakan semula jadi dan menyentuh hati yang boleh menimbulkan emosi walaupun dengan gerak isyarat yang paling kecil.

“Sepanjang siri ini, muzik dan lirik berfungsi sebagai barisan pelakon, sebagai bahasa mereka dalam bercerita. Saya bertanggungjawab terhadap bahasa badan yang mengiringi detik-detik itu,” katanya.

Visual Yang Memukau Mata

Visual siri ini terbukti menjadi salah satu elemen terpenting dalam menggambarkan persilangan realiti dan fantasi dalam dunia The Sound of Magic.

Dengan bantuan pengarah seni Kim So-yeong, pasukan itu ingin mencipta latar belakang yang “tidak terlalu jauh dari realiti tetapi sangat menawan sehingga anda melupakan segala-galanya apabila anda berada di sana”.

Ia mengambil masa tiga bulan untuk meninjau lokasi dengan keseimbangan fantasi dan realiti yang baik, serta ruang peralihan yang membolehkan satu lokasi berpisah dengan lancar ke lokasi lain.

Menghidupkan Magik

Ahli silap mata dan ilusinalis Korea, Lee Eun-gyeol ditugaskan untuk menyusun pasukan FX untuk kesan khasnya, memastikan ia sesuai dengan watak dan nada keseluruhan siri ini. Tujuannya adalah agar keajaiban itu muncul sebagai konsep menyeluruh dalam siri ini dan bukannya gimik.

Oleh itu, Lee berusaha untuk mempersembahkan keajaiban sebagai sesuatu yang jauh lebih hebat daripada tipu helah, membolehkan ia berfungsi sebagai ungkapan utama yang membawa mesej asas karya itu.

The Sound of Magic kini boleh distrim di Netflix!

 

Related posts

“Little Women” & “The Empire” Catat Rating Tertinggi Setakat Ini

Zulaikha

Cheer Up, Bad Prosecutor, Glitch Antara K-Drama Menarik Oktober 2022

Natasha

Rating “One Dollar Lawyer” Cecah Dua Digit Selepas 1 Minggu Tayangan

Zulaikha

“Work Later, Drink Now” Kembali Dengan Musim 2, Lihat Poster Menarik Disini

Zulaikha

Lebih Banyak Program Terhangat Korea Di Astro Pada Oktober Ini

Zulaikha

Penerbit Filem “Din-The Day” Mahu Hasilkan Filem Usaha Sama Malaysia-Bangladesh

Kakimuvee

Leave a Comment