Trivia

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Menonton Filem Geran

Views

Filem terbaru tempatan berjudul Geran baru sahaja memulakan tayangannya pada 10 Oktober yang lalu. Setakat ini, Geran berjaya mencipta kejutan apabila menduduki senarai top 10 dalam carta panggung wayang GSC, suatu pencapaian yang cukup membanggakan untuk sebuah filem kerdil yang bukannya datang dari studio besar serta tidak memiliki pelakon ternama.

Kami yang telah menonton filem ini lebih awal mengakui, Geran adalah antara salah satu filem tempatan yang paling berkualiti pernah dihasilkan setakat ini. Oleh sebab itu, kami sangat menyarankan kepada anda diluarsana untuk menyokong filem ini dengan beramai-ramai menyaksikannya dipawagam. Bukan apa, agak merugikan jika filem yang sebegini baik gagal dipentas box office tempatan.

Jadi, kami di Kakimuvee ingin ‘meracun’ anda dengan berikan 6 sebab kenapa anda perlu menyaksikan filem Geran dipawagam sementara ianya masih ditayangkan!

1. Dibarisi Pelakon Yang Mahir Dengan Seni Silat

Geran mungkin tidak dibarisi pelakon-pelakon ternama, namun terdapat satu pakej yang sangat penting dan sukar untuk dicari, iaitu kebolehan dalam mempraktikan seni silat sewaktu lakonan. Boleh dikatakan, hampir kesemua watak utama mahir dalam seni silat. Pelakon Koharullah Abd Majid misalnya, merupakan seorang guru silat dan bekas pesilat negara, begitu juga pelakon wanita filem iaitu Feiyna Tajudin yang membawakan watak Fatimah, mahir dalam seni silat.

BACA:  MISI OPERASI X - Misi Menjejak Kumpulan Pengganas Antarabangsa

Anda rindu dengan kelibat Eman Manan? takpa, anak saudaranya ada dalam filem Geran dan dia juga mahir dalam seni silat iaitu Fad Anuar. Pelakon-pelakon tambahan dalam filem ini juga merupakan pesilat-pesilat, pendek kata seni silat dalam filem Geran sangat tulen, kerana ia dipraktikan oleh para pelakon yang sememangnya memiliki kebolehan dalam seni mempertahankan diri tradisi Melayu itu.

2. Mengangkat Seni Silat Pusaka Gayong ke layar perak

Filem ini mengangkat seni silat Pusaka Gayong ke layar perak. Lebih menarik, ia turut melibatkan individu penting dalam dunia persilatan seperti Guru Utama Pusaka Gayong, Datuk Raja Majid Md Isa, Kasturi, Samsunputra, Azlan Komeng dan ramai lagi pesilat dari enam perguruan berbeza.

3. Aksi Yang Cukup Memukau

Antara elemen penting dalam filem Geran adalah adegan aksinya. Secara jujurnya, anda akan terasa cukup puas melihat segala adegan aksi filem, terutamanya apabila menginjak dibahagian pertengahan filem. Antara babak yang harus anda beri perhatian adalah pertarungan watak Fatimah dengan penjahat. Bukan senang hendak melihat seorang gadis Melayu yang cukup ayu membelasah penjahat sehingga lunyai. Begitu juga ‘final fight’, anda akan terasa aura filem Merantau / Ong Bak dalam filem ini dimana watak utama iaitu Ali perlu berhadapan dengan puluhan lawannya. Oh ya! segala adegan aksi dalam filem ini dibuat tanpa bantuan CGI dan tidak menggunakan ‘stuntman’, jadi aksinya memang ‘pure’!!!

BACA:  Tonton Trailer Terakhir Filem Biopik Lee Chong Wei

4. Sarat dengan pengajaran dan dakwah

Disebalik paparan aksi, Geran juga turut menyelitkkan elemen-elemen dakwah dan pengajaran. Filem ini banyak mengajar erti hubungan kekeluargaan, kesabaran, mempertahankan maruah serta memberikan sedikit ilmu agama supaya ia menjadi peringatan dan panduan kepada penonton. Malah beberapa ‘line’ dialog yang diucapkan watak antagonis juga mempunyai maksud-maksud tersirat dan memberi makna yang cukup mendalam. Senang cerita, Geran bukan sekadar filem aksi, ianya juga mempunyai jiwa yang mampu menjentik hati nurani penonton.

5. Menggunakan Modal Sendiri

Walaupun dihasilkan dengan modal yang cukup terhad, tanpa dana dari mana-mana pihak, Geran masih mampu memberikan sebuah karya yang cukup berkualiti, baik dari segi penceritaan, lakonan dan kualiti teknikal filem. Meskipun terdapat kekurangan pada sesetengah bahagian filem, terutamanya dari aspek teknikal, pujian harus kepada pasukan produksi dan barisan kreatif filem ini kerana mampu menutup kelemahan dengan memberikan sebuah filem yang peminat mahukan selama ini, serta sebuah naskah yang cukup berkualiti.

6. Menggunakan loghat Melayu Kedah dan suasana kampung.

Jika anda gemarkan sebuah filem yang menggunakan loghat sesebuah negeri, anda boleh menonton filem Geran, kerana hampir 100% dialog dalam filem ini menggunakan loghat Melayu Kedah sepenuhnya. Selain itu juga, Geran turut keluar dari klise filem-filem tempatan apabila memaparkan suasana perkampungan serta kehidupan golongan marhaen.

BACA:  Kenapa Will Smith Tidak Berlakon Dalam Filem Independence Day 2

Jadi kepada yang anda yang masih belum menyaksikan filem Geran, kami sarankan kepada anda agar tidak melepaskan peluang menyaksikan filem ini dipawagam. Sokongan anda sangat bermakna, dan secara tidak langsung ia dapat membantu industri filem tempatan agar terus dapat menghasilkan karya-karya yang berkualiti.

Klik sini untuk membaca ulasan Kakimuvee mengenai filem Geran.

 

Tinggalkan Balasan

shares