
Drama Korea tidak lengkap dengan pelakon kanak-kanak yang sangat berbakat. Kemunculan mereka di layar sering kali mencuri perhatian penonton dengan adegan-adegan mereka.
Walaupun semua pelakon kanak-kanak adalah terbaik, ada beberapa dikalangan mereka yang berjaya membuat peminat drama Korea mengingati mereka, dan meninggalkan kesan yang sangat lama. Oleh itu, berdasarkan artikel dari laman AllKpop, kami kongsikan enam pelakon kanak-kanak yang memiliki masa depan cerah dalam industri.
1. Kim Kang Hoon
Kam Hoon memulakan karier lakonannya seawal 5 tahun, dan dia kini berusia 11 tahun. Dalam tempoh itu, dia telah muncul dalam 18 drama dan 6 filem. Dia dikenali menerusi peranannya sebagai Pil Gu dalam drama When The Camellia Blooms, versi muda Choi Eugene dalam Mr. Sungshine dan Kim Chan in dalam Pride and Prejudice.
2. Jeong Hyun Jun
Dilahirkan pada 2011, Hyun Jun memulakan kariernya sebagai model kanak-kanak pada 2015, dan kemudiannya mendapat peluang dalam lakonan. Hyun Jun terkenal menerusi persembahannya sebagai Park Da Song dalam filem Parasite, yang mana dia berjaya memenangi anugerah 2020 Gold Derby Award dan 26th Screen Actors Guild Award.
Dia juga pernah muncul dalam beberapa drama popular seperti The King: Eternal Monarch, Dr. Romantic 2,Vagabonddan beberapa drama lain.
3. Moon Woo Jin
Pada usia 11 tahun, Moon Woo Jin menjadi salah seorang pelakon kanak-kanak paling pemula di Korea Selatan. Sekiranya anda peminat K-Drama, anda mungkin dapat melihat di hampir kesemua drama kegemaran anda. Dia memiliki skil lakonan yang hebat dan cepat membaca emosi.
Woo Jin telah muncul dalam 24 drama dan filem sekuel Peninsula. Antara drama Korea popular yang pernah dibintanginya adalah It’s Okay to Not Be Okay, The King: Eternal Monarch, What’s Wrong With Secretary Kim? dan drama akan datang, Mouse yang dijadualkan tayangan pada 2021.
4. Choi Yoo Ri
Salah satu wajah yang palin ekspresif dalam industri drama Korea, Choi Yoo Ri telah muncul dalan 16 drama dan 2 filem!. Peminat mungkin mengingatkan dalam drama Itaewon Class sebagai Oh Hye Won yang comel.
Yoo Ri pernah muncul dalam beberapa lain seperti My First First Love, Class of Lies dan my Strange Hero.
5. Lee Han Seo
Mesti ramai peminat mengingati Choi Ae Ra dari Fight For My Way. Walaupun penampilannya di layar sangat pendek, Lee Han Seo meninggalkan kesan yang tidak akan dilupakan kepada penonton. Dengan komedinya yang sempurna dan senyuman yang comel, Han Seo telah berlakon dalam lebih 14 drama dan 5 filem.
6. Heo Jung Eun
Pada usia 13 tahun, Heo Jung Eun telah mencuri hati peminat seluruh dunia ketika dia muncul sebagai Seo Dal Mi sewaktu muda dalam drama Start-Up. Ekspresi dan penyampaian dialognya serta minat menimbulkan rasa kagum dikalangan peminat.
Arthdal Chronicles, 100 Days My Prince, Love in the Moonlight antara K-drama yang pernah dibintanginya.
Sumber: Allkpop