Setiap filem yang dihasilkan pasti terdapat sedikit cacat cela samada dari segi grafik, bunyi ataupun fakta. Namun kesilapan kecil atau besar ini seringkali kita terlepas pandang memandangkan kita terlampu memberi fokus kepada jalan cerita filem bukannya mencari kesilapan yang terdapat dalam filem tersebut.
Disini kami senaraikan 6 kesilapan yang terdapat dalam beberapa filem superhero kegemaran anda

1. Batman Begins
Semasa polis Gotham mengejar kenderaan Batman sehingga ke penjuru tempat letak kereta, helikopter polis Gotham telah menyuluh kenderaan Batman sepertimana yang dilakukan oleh juruterbang heli sekirannya mereka mengejar kenderaan suspek. Disini secara tidak sengaja mereka telah menyuluh sekumpulan kru produksi yang sedang merakam babak tersebut. Mungkin ramai penonton tidak perasan kesilapan ini kerana terlampau memberi tumpuan kepada aksi kejar-mengejar antara polis Gotham dan Batman.
2. X2 – XMen UnitedĀ
Semasa Wolverine dan Rogue melawat Ā keluarga Bobby aka Iceman, adik kepada Bobby telah menelefon polis dan menyebabkan mereka dikepung polis. Ā Semasa dikepung, Wolverine telah ditembak di kepala dan jatuh pengsan.
Sekejap? Bukankah tulang Wolverine diselaputi logam paling keras didunia, adamantium? Dan hanya peluru Adamantium sahaja yang boleh menembusi kepala Wolverine (rujuk filem X-Men Origin). Hanya seorang sahaja yang memiliki peluru tersebut iaitu Colonel Stryker. Nampaknya logam Adamantium hanya memberi perlindungan pada tulang Wolverine tapi tidak pada tengkorak beliau agaknya.
3. Captain America: The Winter Soldier.
Perisai Captain America yang berlogo bintang itu dikatakan dicipta untuk menahan impak dan ianya terbukti apabila Captain America menggunakan perisai tersebut untuk menghalang peluru dari mengenai badannya. Malah dalam filem The Avengers, ketahanan perisai itu terbukti apabila mampu menahan hentakan tukul Thor yang dianggap mempunyai kuasa tuhan sehinggakan Thor terpelanting akibat kesan hentakan tersebut (Rujuk babak Ironman bertarung dengan Thor dihutan)
Tetapi dalam filem Captain America: The Winter Soldier, perisainya tidak mampu menahan tembakan RPG iaitu senjata buatan manusia apabila dia terpelanting jauh apabila terkena hentaman roket RPG.
4. X-Men Days Of Future Past.
Filem yang dapat mengubah sejarah hidup mati X-Men ini turut mengubah lokasi asal Pentagon. Dalam filem tersebut, Pentagon terletak di Washington D.C. Ā sedangkan ianya terletak di Arlington, Virginia.
5. Iron Man 3.
Dalam filem ini, pembikin filem gagal untuk mengentahui pekara paling basic sekali, isipadu cecair. Dalam filem ini, Doctor Maya Hensen mengugut untuk menyuntik dirinya dengan syringe yang mengandungi 1200cc cecair merbahaya. Tahukan anda berapa banyak 1200cc? Ianya sama dengan 1.2 liter. Adakah syringe tersebut cukup untuk 1.2 liter? Atau Doctor ingin menyuntik dirinya banyak kali?.
6. Iron Man 3
Masih lagi kesilapan matematik yang dilakukan oleh pembikin filem ini. Semasa Tony mendapat tahu yang suitnya sudah dibaik pulih, beliau yang ditangkap memanggil suitnya dan beberapa minit kemudian suitnya sampai kebadannya. Masalahnya, jarak suit tersebut yang terletak di Tennessee dan tempat dia ditangkap adalah sejauh 832 batu, dan ia memerlukan kelajuan 7000mph untuk sampai ke tempat dia ditangkap. Tak terbakar pula suit dia.