Berita

6 Gambar Terbaru TOP GUN: MAVERICK Perkenalkan Para Rekrut

Views

Kenali rekrut Top Gun: Maverick dalam enam gambar terbaru filem sekuel lakonan Tom Cruise yang paling dinantikan peminat. Gambar-gambar memperkenalkan beberapa pelakon baru antaranya Miles Teller sebagai Bradley 'Rooster' Bradshaw, Glen Powell sebagai 'Hangman', Monica Barbaro sebagai 'Phoenix', Lewis Pullman sebagai 'Bob', Jay Ellis sebagai 'Payback' dan Danny Ramirez sebagai Fanboy,

Top Gun: Maverick akan berlatarbelakangkan zaman dimana dunia telah dipenuhi dengan teknologi dron dan generasi kelima jet pejuang yang menyaksikan era ‘dogfighting’ telah berakhir. Maverick kini telah menjadi pengajar juruterbang, dan mengambil Bradley Bradshaw (Lakonan Miles Teller), anak bekas rakan sepasukannya, Nick “Goose” Bradshaw, sebagai anak muridnya.

Filem arahan Joseph Kosinski ini turut dibintangi Jon Hamm, Val Kilmer, Jennifer Connelly, Gleen Powell dan Ed Harris. Skrip filem ditulis Peter Craig, Justin Marks dan Eric Warren Singer. Paramount Pictures telah menetap tarikh tayangan Top Gun: Maverick pada 26 Jun 2020.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks