Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

6 Filem ‘Time-Travel’ Yang Mampu Merangsang Minda Anda

‘Time-travel’, konsep sains fiksyen yang sering bermain dengan banyak teori dan kemungkinan yang kompleks. Tema sebegini sangat sukar untuk dihasilkan, dan tidak hairanlah jika terdapat filem yang gagal. Namun, ada juga filem yang bagus sehingga mendapat penghargaan peminat, dan tak kurang juga filem yang bukan sahaja bagus dari segi penceritaan dan karakter, malah membuatkan penonton ‘pecah otak’. 

Disini kami ingin kongsikan 6 filem bertema ‘time-travel’ yang mampu merangsangkan minda anda.

6. Time Lapse (2014)

‘Execution’ yang sempurna, lakonan mantap.. dan yang penting sekali, mekanisma dan ketelitian ‘time-travel’ sehingga ia menjadi sebuah filem menarik dan penuh ‘twist’. Time Lapse menceritakan tentang tiga rakan yang menemui mesin foto yang mengeluarkan gambar sehari ke masa hadapan. Sudah tentu, gambar-gambar ini akan memberi kelebihan kepada mereka. Namun, setelah menggunakannya untuk kepentingan peribadi, gambar yang ‘disturbing’ dan berbahaya mula mengganggu mereka.

5. 12 Monkeys (1995)

Walaupun Terry Gilliam tidak asing dengan tema perjalanan masa, filem arahannya 12 Monkeys tetap menjadi salah satu entri paling ‘memorable’ dalam genre ini. Drama sci-fi menggabungkan pengaruh Gilliam yang pelik dengan perjalanan masa yang kasar dan berasas, menghasilkan pengalaman yang kotor dan tidak dapat dilupakan.

Brad Pitt memberikan persembahan yang cukup hebat sebagai pesakit institusi mental yang mungkin gila, sementara Bruce Willis sebagai banduan dari masa depan yang dihantar ke masa lampau untuk mencari asal-usul virus merbahaya yang merosakkan Bumi. 

4. Edge of Tomorrow (2014)

 

Edge of Tomorrow adalah gabungan yang sempurna – dari aksi Tom Cruise, kekuatan Emily Blunt, kekemasan penulisan Christopher McQuarrie sehinggalah ke cita-cita tinggi pengarah Doug Liman. Banyak telah mencuba dan gagal meniru premis ‘time-loop’ Groundhog Day, tetapi Edge of Tomorrow berjaya melakukannya, dengan menjadikan setiap adegan sentiasa segar walaupun kita menyaksikan hari yang sama berulang-ulang. 

Senang kata, Edge of Tomorrow adalah blockbuster yang unik dan menghiburkan. 

3. Source Code (2011)

Filem lakonan Jake Gyllenhaal berkisarkan tentang seorang anggota tentera bernama Captain Colter Stevens yang ditugaskan untuk mencari dalang yang mengebom kereta api. Pada awalnya filem ini seolah-olah seperti filem aksi thriller yang biasa, namun segalanya menjadi semakin rumit sehinggalah terjadi plot twist yang akan mengejutkan dan ‘ending’ yang akan membuatkan anda berfikir tentang nasib Stevens

2. Predestination (2014)

Mungkin ada yang kata filem ini tidak masuk akal, tetapi Predestination sebenarnya adalah gambaran kepada teori penggembaraan masa “predestination paradoxDengan kronologi peristiwa yang rumit, filem sains fiksyen thriller menavigasi kisah tragik watak utama dimana ia secara perlahan-lahan mendedahkan entiti ciptannya sendiri yang terperangkap dalam lingkaran masa yang tertutup. 

Predestination dibintangi Ethan Hawke sebagai ejen penggembaraan masa yang mahu menghentikan jenayah sebelum ianya berlaku, manakala Sara Snook sebagai penulis yang dikenali dengan nama “The Unmarried Mother”.

1. Primer (2004)

Sebilangan besar filem ‘time-travel’ cuba memastikan mekanisme perjalanan masa dibuat secara sederhana dan mudah, tetapi tidak bagi filem Primer. Filem indie ini berkisar tentang dua jurutera yang secara tidak sengaja menemui mekanisme perjalanan masa ketika sedang membuat projek keusahawan mereka. 

Penulis, pengarah dan pelakon Shane Carruth tidak sewenang-wenangnya memasukkan elemen sains. Ianya dibuat dengan begitu kompleks sehingga perlu membuat carta untuk menjelaskan mekanisme perjalanan masa dalam filem ini. Walaupun berbajet rendah, Primer menjadi salah satu filem ‘time-travel’ paling ilmiah yang pernah dibuat. 

Related posts

9 Times We Had A Serious Case Of Second Lead Syndromes

Zulaikha

10 Francais Filem Dengan Kutipan Tertinggi Sepanjang Zaman

Kakimuvee

[VIU]Check Out Your Favourite Oppas & K-Dramas On Daebak Thursdays

Kakimuvee

7 DIFFERENT KOREAN MOVIES THAT WILL SATISFY YOUR NEEDS

Zulaikha

10 Sitcom Menarik & Kelakar Berdasarkan Ranker

Kakimuvee

WHICH K-DRAMA RELATIONSHIP DO YOU NEED?

Zulaikha

Leave a Comment

Add your own review

Rating