6 Fakta Power Rangers Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

0
908
views

mighty-morphin-power-rangers-wallpaper-4

Semasa zaman kanak-kanak dulu mesti anda pernah menonton rancangan Power Ranger yang selalu disiarkan di televisyen. Ya! Rancangan tersebut memang satu fenomena pada zaman kanak-kanak. 5 hero memakai kostum berlainan warna dengan aksi mereka sebelum bertukar menjadi power rangers sehinggakan pada zaman tersebut kita berebut-rebut siapa yang patut menjadi power rangers merah ataupun pink.

Tahukah anda, disebalik populariti rancangan power rangers, anda mesti tidak tahu fakta-fakta mengenai rancangan hero zaman kanak-kanak ini.

Disini kami senaraikan 6 fakta mengenai Power Rangers yang mungkin anda tidak tahu

super_sentai__1975_present__by_nobuharuudou-d635fnk

1. Berasal dari siri televisyen Super Sentai.

Tahukah anda bahawa Power Rangers berasal dari siri superhero Super Sentai dari Jepun. Dan kebanyakkan siri Power Rangers diceduk dari siri Super Sentai. Ini bermakna, selepas satu episod atau musim Super Sentai, Power Rangers akan membuat kembali episod tersebut dalam versi mereka.

FYI, Super Sentai telah ke udara sejak 1975 dan Power Rangers diterbitkan dalam awal tahun 1990an, ini bermakna mereka mereka mempunyai 16 musim rancangan untuk 'recycle' atau membuat semula siri Super Sentai versi barat iaitu Power Rangers.

japanese spiderman

2. Power Rangers diadaptasikan dari rancangan Spider-Man Jepun.

Pada 1970-an, Syarikat Toei telah mengeluarkan rancangan TV berdasarkan salah karakter komik Marvel iaitu Spider-Man. Mereka telah mencipta Spider-Man versi Jepun, tetapi Spider-Man Jepun ini tidak bergayut seperti Spider-Man asal, sebaliknya dia mempunyai kereta terbang. Setiap minggu, Spider-Man ini akan menentang penjahat yang dikenali sebagai Profesor Monster. Profesor Monster akan menghasilkan raksasa baru untuk ditentang oleh Spider-Man, dan raksasa ini boleh membesar sehingga menjadi saiz yang lebih besar. Spider-Man ini juga mempunyai robot untuk menentang raksasa gergasi ini. Amacam? Sama seperti jalan cerita Power Rangers tak?

Syarikat Toei ini kemudian menerbitkan beberapa siri TV popular termasuklah Super Sentai yang kemudiannya diceduk menjadi Siri TV Power Rangers. Pertarungan antara robot dan raksasa gergasi dalam siri Super Sentai adalah idea dari siri Spider-Man, jadi Spider-Man Jepun adalah asal usul Power Rangers

jason-david-fank-salt-lake-comic-con-fanx

3. Pelakon paling banyak memegang karakter Power Rangers.

Jason David Frank aka Tommy Oliver telah membawa 6 jenis Power Rangers yang berlainan iaitu 'The Green Ranger, White Ranger, White Ninja Ranger, Red Zero Ranger, Red Turbo Ranger dan The Black Dino Thunder Ranger.'

Tapi Tommy lebih dikenali sebagai 'White Ranger'

Mighty-Morphin-Power-Rangers

4. Jantina asal 'Yellow Ranger'

Tahukah anda, Power Rangers Kuning sebenarnya lelaki? Dalam siri Super Sentai, 'Yellow Rangers' adalah seorang lelaki, tapi ditukar pada kepada wanita dalam siri Power Rangers. Jadi karakter Trini Kwan (Yellow Ranger) asalnya adalah lelaki.

perhati gambar diatas, 'Yellow Ranger' tidak memakai skirt seperti 'Pink Ranger'

mmpr-censored-10-insane-power-rangers-facts-you-had-literally-no-idea-were-true-jpeg-130937

5. Menjadi isu di beberapa buah negara.

Rancangan Power Ranger pernah diharamkan di New Zealand sehingga tahun 2011 kerana mendapat tentangan dari ibu bapa disebabkan rancangan tersebut seolah-olah mengajar kanak-kanak menyelesaikan masalah dengan keganasan.

Manakala di Malaysia, rancangan Power Rangers telah di edit dan dibuang perkataan "Morphin" kerana ayat tersebut bunyinya seperti "Morphine" iaitu sejenis dadah. Bukan itu sahaja dialog "it's Morphin time" juga di'mute' kan.

Siapa peminat siri rancangan Power Rangers ini mesti ingat isu ini.

Dinochargeteam

6. Power Rangers telah ke udara selama 20 tahun!

Pejam celik pejam celik rupanya Power Rangers telah ke udara selama 20 tahun dan telah menghasilkan lebih 700 episod. Lagi lama dari cerita Naruto.

Siri Power Rangers terbaru sekarang ialah Power Rangers Dino Charge

Jadi, semasa kecil apa warna 'Power Ranger' korang?

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here