Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

50 Cent, Tony Jaa & Megan Fox Sertai “The Expendables 4”

Segalanya agak sepi buat francais Expendables selepas filem ketiga pada 2014, tetapi kini, Slyvester Stallone dan kumpulannya bersiap sedia untuk kembali beraksi dalam filem keempat. Lionsgate mengesahkan Stallone, bersama-sama Jason Statham, Dolph Ludgren dan Randy Couture akan kembali dalam filem akan datang. Lebih menarik, filem terbaru itu turut disertai 50 Cent, Tony Jaa dan Megan Fox.

Pengarah Scott Waugh akan mengetuai projek kali ini dengan lakon layar akan ditulis oleh Spenser Cohen, Max Adams dan John Joseph Connolly. Plot masih lagi dirahsiakan, tetapi kita menjangkakan Sly dan pasukannya akan melakukan misi baharu. Menurut The Hollywood Reporter, watak Statham, Lee Christmas akan diberi lebih tumpuan, manakala Fox akan memainkan peranan utama. 

The Expendables telah lama dirancangan dengan beberapa penulis dan pengarah saling bertukar ganti. Kini, Waugh dilaporkan bersiap sedia untuk memulakan penggambaran pada bulan Oktober, dan kita menantikan siapakah bintang aksi klasik akan membuat kemunculan camoe dalam filem kali ini. 

“Sangat menyeronokkan apabila dapat mengumpul bintang-bintang dalam filem aksi  ini,” kata penerbit Jason Constantine. “Filem ini akan meningkatkan taruhan dan menjadi penggembaraan paling besar setakat ini.”

Sumber: Empire

Related posts

Klip Terbaru Venom: Let There Be Carnage Goda Transformasi Cletus Kasady

Kakimuvee

Randall Park, Jani Zhao Antara Yang Sertai Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

Leave a Comment