5 Villain Yang Mencerminkan Sisi Gelap Batman (Part 1)

0
39
views

Musuh Batman boleh dikatakan merupakan antara 'supervillain' yang terbaik dalam dunia komik. Lebih menarik, musuh-musuhnya dicipta seiringan dengan personaliti Batman itu sendiri. Hampir kesemua musuh Batman seganja direka sedemikian rupa bagi menunjutkkan sisi negatif atau pembalikan dari sisi positif Batman.

Pertarungan Batman dengan musuh-musunya ini boleh diibaratkan seperti melihat Batman bertarung dengan dirinya sendiri. Selain itu, ia turut memperlihatkan bagaimana jikalau adiwira Gotham ini menggunakan kebolehan dan kelebihannya dengan niat jahat.

Batman adalah karakter yang 'humanist' dan kompleks, selain harus berperang melawan penjahat luarbiasa setiap hari, beliau juga harus menumpaskan dan melawan sisi gelapnya sendiri. Disini kami ingin kongsikan 5 musuh Batman yang mencerminkan sisi gelap adiwira itu (Part 1).

1 Riddler

Riddler dan Batman sama-sama memiliki kepintaran yang genius dan cara berfikir yang serupa. Mereka berdua mahir membuat kesimpulan yang logik dan akhirnya menemui jawapan, berfikir secara lateral (dapat melihat masalah tidak dengan perspektif kebiasaannya dan mencari penyelesaiannya pun di luar kebiasaan), pandai berhujah secara kritis dan kreatif, dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam dalam pelbagai bidang ilmu.

Edward Nashton (alter ego Riddler) dibesarkan di Waterbury. Sejak kecil, beliau memang obses mencari jawapan pelbagai persoalan yang muncul di kepalanya. Kecenderungannya itu membuatkan orang-orang di sekelilingnya merasa terganggu.

Ketika dewasa, beliau merasa bosan dengan dunia pekerjaaan yang 'monotone' dan membosankan (pergi kerja balik kerja) dan memutuskan melakukan kejahatan dengan tujuan untuk hiburan. Selain bijak, Edward menghidapi masalah psikologi iaitu seorang yang 'narcissistic' (terlalu mengagumi diri sendiri). Sebab itulah beliau selalu meninggalkan petunjuk dalam setiap perlakuan kejahatannya demi mendapatkan perhatian dari orang ramai.

Riddler mewakili kesombongan Batman. Menjadi satu figura yang sukar ditewaskan di Gotham City. Sikap dan sifat Riddler mengingatkan Batman, bahawa kesombongan dan keangkuhan atau merasa paling hebat adalah hal yang berbahaya (Batman pun selalu berasa hebat dengan diri sendiri).

2. Scarecrow

Scarecrow adalah gambaran ekstrem yang ada dalam diri Batman. Apa gambaran ekstrem itu? memanfaatkan rasa takut (menakutkan penjenayah) sebagai senjata untuk menewaskan musuh.

Batman sering menakutkan penjenyah / penjahat dengan menggunakan kostum mirip kelawar dan menyelinap di sebalik kegelapan. Perbuatannya itu membuatkan penjahat sering berfikir bahawa Batman bukanlah manusia, melainkan rasaksa atau makhluk mistik.

Dalam kes Scarecrow, villain itu sering menggunakan gas beracun yang boleh memberikan kesan halusinasi yang menakutkan. Mangsa kebiasaan akan merasakan ketakutan yang cukup luar biasa, malahan mampu melumpuhkan mereka. Scarecrow aka Dr. Jonathan Crane mencipta sendiri gas beracun itu berdasarkan pengetahuannya sebagai seorang doktor psikatrik.

Scarecrow mewakili sisi gelap dari obsesi Batman yang sering menggunakan rasa takut musuh sebagai senjata. Dia juga menggunakan kaedah yang sama seperti Batman, tetapi dengan kaedah yang lebih melampau.

3. Hugo Strange

Hugo Strange dan Batman memiliki persamaan iaitu obsesi. Batman obses untuk menumpaskan kejahatan dan mengembalikan keamanan Gotham City, manakala Hugo Strange terlampau obses dengan adiwira itu.

Beliau adalah seorang pakar psikologi yang bijak. Seiring dengan kepintarannya, Hugo Strange mampu mendedahkan identiti sebenar Batman. Beliau sangat mengagumi Batman dan melihatnya sebagai objek yang menarik untuk diselidik.

Hugo Strange mewakili sisi negatif dari obsesi berlebihan Batman terhadap sesuatu dan mendedahkan jika obesesi berlembih boleh menjadi sangat berbahaya.



4. Penguin

Penguin dan Batman memiliki persamaan, iaitu dilahirkan dalam keluarga kaya dan berpengaruh. Jika Batman menggunakan kekayaan dan pengaruh yang beliau miliki untuk membersihkan Gotham City dari kejahatan, Penguin hanya memanfaatkan kekayaannya untuk mendapatkan lebih banyak lagi kekayaan, sekaligus menjadi pemimpin tertinggi organisasi kejahatan di Gotham City.

Dilahirkan dengan diberi nama Oswald Chesterfield Cobblepot, dia sering diejek sewaktu kanak-kanak, kerana penampilan fizikalnya yang buruk. Penampilannya yang aneh juga membuatnya dipencilkan dalam golongan orang-orang kaya dan berpengaruh.

Oswald mewakili sisi gelap dari kebanggan dan status yang dimiliki Bruce Wayne sebagai orang dari keturunan keluarga berpengaruh.

5. Two- Face

Two-Face adalah gambaran ekstrem dari krisis identiti masalah yang sering dialami Batman dan superhero-superhero lain.

Seperti yang anda tahu, Bruce Wayne perlu menjalani kehidupan berbeza pada waktu siang dimana ia perlu memainkan peranan seorang lelaki biasa dan menjadi  pelindung Gotham City pada waktu malam

Setelah sekian lama, bebannya untuk menjalani dua kehidupan berbeza ini semakin lama semakin berat. Beberapa kali, Bruce Wayne mencuba melepaskan salah satunya kehidupannya itu dan memberi fokus kepada satu kehidupannya sahaja.

Harvey Dent alter ego Two-Face, tidak seperti Bruce Wayne. Dia seperti tidak mampu memilih salah satu sisi dirinya. Harvey terus-menerus berjuang memilih dua keperibadian dalam dirinya (bipolar). Beliau menggunakan duit syiling dalam membuat keputusan.

Harvey Dent mewakili sisi gelap krisis identiti yang dihadapi oleh Batman. Selain sukar untuk memilih antara dua kehidupan, Batman juga mengalami pergelutan di antara sisi baik dan buruk dalam dirinya. Jika tidak mampu mengawal kehidupannya, boleh menyebabkan Batman melakukan pekara-pekara luar kebatasan demi mencapai tujuannya, apatah lagi apa dia harus berhadapan dengan penjahat hebat seperti Joker.

Sumber : Movimare

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here