Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

5 Studio Hollywood Berebut Untuk Mendapatkan Hak Filem James Bond

James Bond boleh dikatakan franchise paling ikonik dalam sejarah perfileman antarabangsa. Tidak kira siapakan aktor yang membawakan watak tersebut, plot filem mahupun studio yang menerbitkan filem tersebut, peminat filem bergenre pengintipan ataupun umum pasti meminati filem ini. Namun, selepas penerbitan filem terakhir Spectre pada tahun 2015, nasib filem ini seperti diawang-awangan.

Ini gara-gara selepas hak pembikinan dan penyebaran filem James Bond yang dipegang oleh Sony tamat padat tahun 2015 dan aktor Daniel Craig dikatakan tidak mahu meneruskan watak James Bond, ramai peminat tertanya-tanya, adakah ejen 007 itu akan kembali ke layar perak dan yang paling penting siapakah aktor yang akan membawakan watak tersebut.

Akhirnya persoalan itu terjawab baru-baru ini apabila Daniel Craig kembali memegang watak tersebut walaupun sebelum itu berbelas aktor barat telah dicalonkan untuk meneruskan watak ejen paling masyur dalam dunia perfileman barat.

Cuma buat masa ini, Studio manakah yang akan menjadi pengedar untuk filem yang paling terkenal itu. Menurut akhbar New York Times, sebanyak 5 buah studio telah membida untuk mendapat hak penyebaran filem ke25 franchise James Bond. Studio yang dimaksudkan adalah Warner Bros., Universal Pictures, 20th Century Fox, Annapurna sertai Studio sebelum ini, Sony. Bagaimanapun, pihak produksi MGM dan Eon Productions hanya membuka bidaan untuk satu filem sahaja iaitu filem Bond akan datang.

Filem James Bond ini telah memberi pulangan sebanyak $6 billion tidak termasuk keuntungan dari segi penjualan DVD dan juga barangan cenderahati. Jadi perebutan 5 studio ini akan menjadi sengit memandangkan ia mampu memberi keuntungan besar kepada Studio yang berjaya memenangi hak penyebaran filem Bond ke-25 nanti.

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment