Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot AsiaTrivia

5 Sebab ‘Raging Fire’ Menjadi Filem Yang Menarik Untuk Ditonton Pada Minggu Ini

Walaupun Hollywood banyak mengeluarkan filem-filem aksi, masih terdapat kaki-kaki wayang tempatan yang mengikuti perkembangan genre aksi dari Asia, terutamanya dari Hong Kong. Bagi yang meminati filem aksi dari Hong Kong, Raging Fire kini sedang rancak ditayangkan di beberapa pawagam terpilih tanah air. 

Kami telah menonton filem ini beberapa hari lepas (anda boleh baca ulasan disini), dan memberi beberapa sebab kenapa harus anda menonton Raging Fire dipawagam pada minggu ini.


1. Pertemuan Semula Donnie Yen dan Nicholas Tse selepas Dragon Tiger Gate

Walaupun Donnie Yen dan Nicholas Tse pernah berlakon dalam filem Bodyguards and Assassins (2009) dan Crouching Tiger, Hidden Dragon: Sword of Destiny (2016), gandingan mereka berdua sebenarnya diingati dalam filem aksi Dragon Tiger Gate arahan Wilson Yip. Cuma kali ini mereka tidak berpasukan menentang penjahat, sebaliknya menjadi musuh untuk menewaskan antara satu sama lain. 

2. Filem terakhir Benny Chan

Pengarah Raging Fire, Benny Chan, telah meninggal dunia sebelum sempat melihat hasil akhir filem arahannya ini. Mendiang meninggal dunia pada 23 Ogos 2021 selepas bertarung dengan kanser hidung. Benny merupakan seorang pengarah yang tidak asing lagi dalam dunia filem aksi Hong Kong serta pernah menerima beberapa pencalonan termasuk Pengarah Terbaik dalam Hong Kong Film Awards serta pernah memenangi Best Film Editing dalam Hong Kong Film Awards dan Golden Horse Film Festival menerusi filem Big Bullet. 

3. Tema kepolisan Hong Kong yang mengamit nostalgia

Jika anda meminati filem-filem jenayah thriller Hong Kong seperti Internal Affairs, Cold War atau New Police Story arahan Benny Chan, anda pasti tidak mempunyai masalah meminati Raging Fire. Filem aksi ini mengikuti kisah sepasukan bekas anggota polis yang berubah menjadi penjenayah selepas dimungkiri janji oleh pihak atasan mereka. Donnie Yen dan Nicholas Tse memainkan peranan sebagai mentor dan mentee yang kemudian menjadi musuh ketat disebabkan kisah lampau mereka. 

4. Adegan aksi yang membuatkan anda tidak senang duduk.

Berbekalkan barisan pelakon ternama dan atas nama genre filem aksi, Raging Fire berjaya menyampaikan genrenya kepada para penonton dengan begitu baik sekali. Turutan aksi yang diberikan cukup menggiurkan dan mampu membuatkan anda terangkat daripada tempat duduk berkali kali terutamanya pada aksi “final battle” antara hero dan juga penjahat (villain) dalam filem ini.

5. Sarikata berbahasa Melayu turut disertakan

Walaupun Raging Fire berbahasa China, anda tidak perlu risau kerana filem ini turut disertakan dengan sarikata bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Sarikatanya juga jelas dan tidak menganggu fokus anda untuk melihat adegan-adegan aksi yang mendebarkan. 

Jika anda mencari sebuah filem yang menarik untuk ditonton pada minggu ini, jangan lupa saksikan Raging Fire yang kini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam tanah air.

Related posts

Son Hyun Joo, Jang Seung Jo & Ramai Lagi Kembali Dalam Poster “The Good Detective” Musim 2

Zulaikha

Filem Bertema Keagamaan “Cinta Subuh” Akan Menemui Penonton Seminggu Sebelum Hari Raya Aidildha

Kakimuvee

Song Joong Ki Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Noir Terbaru

Zulaikha

Jeon Do Yeon & Jung Kyung Ho Disahkan Membintangi Drama Rom-Com “One Shot Scandal”

Zulaikha

“The Witch: Part 2. The Other One” Lepasi 1 Juta Penonton Dalam Tempoh 4 Hari Tayangan

Zulaikha

“The Roundup” Atas Kutipan “Avengers: Age Of Ultron” Di Korea Selatan, Melangkaui 11 Juta Penonton

Zulaikha

Leave a Comment