Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia Trivia

5 Sebab Kenapa “Squid Game” Akan Menjadi Siri Netflix Kegemaran Anda

Squid Game akan segera hadir ke Netflix, dan sudah tentu kita tidak sabar untuk menontonnya!

Kisah dalam siri akan datang mengikuti beratus-ratus individu yang mengalami masalah kewangan dan menyertai permainan kanak-kanak misteri. Para pemain menerima undangan pelik dengan harapan dapat memenangi hadiah wang tunai yang cukup besar. Sayangnya, mereka tidak menyedari bahawa kematian menanti sekiranya mereka kalah. Jika premis siri ini sudah menggangu anda, anda pasti tidak bersendirian. Mari lihat beberapa sebab mengapa siri ini pasti menjadi kegemaran anda yang seterusnya.

1. Yang Terbaik Bertemu Yang Terbaik

Pencipta Squid Game adalah pengarah Hwang Dong-hyuk yang terkenal dengan filem yang berjaya memenangi anugerah seperti Silenced, Miss Granny, dan The Fortress. Dia tidak pernah gagal untuk memberikan yang terbaik walauapapun genrenya, dan dedikasinya kepada Squid Game dibuktikan oleh fakta bahawa dia telah merencanakannya siri ini selama lebih dari 10 tahun.

Selain pencipta siri, pelakon berbakat dan terkenal Lee Jung-jae dan Park Hae-soo memimpin barisan pelakon. Kedua-duanya adalah pelakon pemenang anugerah yang dapat membawa pelbagai watak. Dengan Lee Jung-jae yang mempunyai banyak filem-filem box office dan Park Hae-soo yang terus mengagumkan dengan setiap peranan baru. Pengarah terbaik dan bakat terbaik bertemu melalui Squid Game.

2. Jenis ‘Survival’ Yang Baru

Agak mustahil untuk semua 456 peserta bertahan dan memenangi hadiah, tetapi ketegangan tentang siapa yang akan mati seterusnya dan bagaimana mereka akan mati, mewujudkan suasana yang lebih menarik yang penuh dengan ketegangan dan keganasan, terutamanya ketika mereka pada awalnya tidak mengentahui akibat sekiranya mereka kalah dalam permainan. 

Antara yang membezakan siri ini dengan genre survival yang lain adalah bagaimana para peserta ini dengan senang hati mengambil bahagian dalam permainan maut. Anda akan terbiasa dengan kisah ini ketika kita melihat sisi gelap dari sifat manusia. Kejadian yang tidak dapat diramalkan menyumbang kepada hiburan yang mengguris hati ketika kita menjangkakan apa yang akan berlaku kepada semua orang.

3. Twist Permainan Kanak-kanak yang menyeronokkan

Permainan yang mesti dimainkan oleh para peserta untuk terus bertahan adalah permainan kanak-kanak. Penyesuaian permainan ini dengan keputusan yang kalah akan membuatkan mereka mati, sangat berbeza berbanding keseronokan yang dirasai semasa zaman kanak-kanak. 

Dengan permainan yang mudah untuk difahami tetapi membawa maut, memberikan kelainan yang tidak dijangka berbanding dengan pertunjukan genre survival yang lain. Anda mungkin akan mengenang permainan kanak-kanak kegemaran anda ketika melihat para peserta bertarung. Oh ya!, anda juga boleh mengentahui permainan klasik kanak-kanak Korea!

4. Plot Yang Mendalam

Anda mungkin berfikir bahawa Squid Game mempunyai plot yang ringkas. Walau bagaimanapun, siri ini sebenarnya adalah kiasan genius yang bertujuan untuk mewakili masyarakat kontemporari dan persaingan kapitalisme yang tidak pernah berakhir.

Tujuan kreatif Pengarah Hwang Dong-hyuk adalah untuk menunjukkan ironi bagaimana niat baik kapitalisme untuk menolong orang hidup dengan baik dan makmur sebenarnya boleh membahayakan manusia dan mengakibatkan persaingan yang kejam. Kita akan melihat sifat manusia yang kuat dan keras dan bagaimana reaksi semua orang dalam situasi di mana anda tidak boleh mempercayai sesiapa pun. Terdapat banyak simbolisme dan hubungan yang lebih mendalam untuk dihargai.

5. Individu Dari Setiap Lapisan Masyarakat

Banyak pelakon yang sangat berbakat yang telah menggambarkan pelbagai watak peserta dan individu dalam siri ini. Masing-masing menghadapi situasi terdesak mereka sendiri sehingga menyebabkan mereka terlibat dalam permainan berbahaya.

Dari hutang perjudian sehinggalah memenuhi keperluan untuk menampung keluarga mereka, watak-watak ini berasal dari semua lapisan masyarakat. Sebilangan besar dari mereka mengalami perjuangan dalaman ketika mereka menyedari bahawa lawan mereka harus mati agar diri mereka memenangi permainan. Dikala kita melihat mereka cuba untuk menerima situasi sebenar ketika berada dalam permainan, kita semakin mendalami kisah mereka. 

Jangan lupa saksikan Squid Game yang akan dilancarkan pada 17 September ini, hanya di Netflix. 

Related posts

Nikmati K-idola Terhebat Dalam Festival Muzik & Anugerah Di Astro

Kakimuvee

“Jirisan” Kekalkan Kedudukan Pertama, “Chimera” Cipta Rekod Peribadi

Kakimuvee

Gong Yoo, Bae Doona & Ramai Lagi Dalam Poster Karakter “The Silent Sea”

Kakimuvee

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

The Best Action and Trilling Entertainment on HBO GO, HBO and Cartoon Network This December

Is Mohd

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Leave a Comment