
Kami membawa rakyat Malaysia kembali ke masa lampau, sebelum kewujudan perkhidmatan streaming, iaitu era di mana internet JARING dan DVD masih menjadi perkara penting. Walaupun zaman itu sudah berlalu, kita tetap merindui rancangan TV dan filem popular yang pernah terdapat di saluran tempatan kita.
Pada Hari Malaysia ini, koleksi Rekaan Rakyat dari Netflix (yang tersedia mulai 10 September) akan memberikan lebih dari 50 filem, siri dan siri animasi Malaysia, termasuklah rancangan klasik yang disukai. Mari kita mengimbau zaman hiburan dari masa lalu dengan 5 rancangan nostalgia yang pernah kita tonton sewaktu kecil atau muda remaja.Â
Contoh keberanian dan kepahlawanan, generasi rakyat Malaysia telah membaca tentang keberanian dan keberanian tokoh sejarah ini di sekolah. Pertama kali dilancarkan pada tahun 2000, Leftenan Adnan adalah filem berdasarkan kehidupan sebenar Adnan bin Saidi, anggota Rejimen Askar Melayu yang terkenal, yang memerangi Jepun di Pertempuran Pasir Panjang di Singapura semasa Perang Dunia II.
Diarahkan oleh Aziz M. Osman, Leftenan Adnan kini boleh distrim di Netflix.
Satu lagi filem nostalgia dari Pengarah Aziz M. Osman. Tidak lain dan tidak bukan adalah francais Senario, yang menyaksikan sekumpulan pelakon, penyanyi dan pelawak berbakat memulakan karier mereka di TV3 pada tahun 1996 sebelum beralih ke layar lebar. Pasukan Senario merangkumi wajah yang dikenali seperti Wahid Mohd, Lan Pet Pet, Azlee Jaafar, Shamsul Ghau Ghau, Farouk Hussain, Ilya Buang, Hamdan Ramli, Saiful Apek, dan Yassin Yahya.
Bersiap sedia untuk ketawa dan ikuti penggembaraan tiga rakan kegemaran anda yang terpedaya dengan penipu yang cerdik, yang rancangannya menimbulkan masalah dan membahayakan orang-orang di sekitar mereka.
3. Best of Pi Mai Pi Mai Tang Tu
Nikmati masa yang menyenangkan dengan salah satu dari siri sitkom yang paling disukai dan paling lama keudara, bermula dari tahun 80-an. Pi Mai Pi Mai Tang Tu mengikuti kehidupan seharian penduduk di Flat Seri Wangi.
Ikuti perkembangan Pak Uda, Mak Ngah, Ana, Lucy, Budin, Mat Deris, Mat Over dan Ravi dalam episod ikonik dari Best of Pi Mai Pi Mai Tang Tu apabila ia dilancarkan pada 30 Oktober di Netflix.
4. Talentime
Filem terakhir Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Talentime adalah filem pertamanya yang memberi fokus pada watak remaja sejak filem Sepet dan membawa kisah cinta, kekeluargaan dan cabaran kehidupan seharian. Allahyarhamah Yasmin Ahmad sangat disukai ramai kerana filem-filemnya yang memprovokasi pemikiran serta meraikan perbezaan dan kepelbagaian.
Talentime dibintangi Pamela Chong, Mahesh Jugal Kishor, Mohd Syafie Naswip, Howard Hon Kahoe, Azean Irdawaty, Noor Adibah, Jaclyn Victor dan Harith Iskander.
5. Best of Spanar Jaya & Spanar Jaya X
Spanar Jaya adalah sitkom era 90an yang sangat disukai. Dibintangi oleh Allahyarham Zainal Ariffin Abdul Hamid, yang lebih dikenali sebagai Zaibo, sebagai Pak Selamat – pemilik perniagaan kecil yang berharap dapat berjaya dalam dunia perniagaan. Pekerja di bengkel motornya, Spanar Jaya, meneroka kisah cinta, persahabatan, dan cabaran menjalankan perniagaan.
Lebih dari satu dekad kemudian, siri popular ini kembali ke layar kecil dengan rebootnya, Spanar Jaya X, di mana Mat Rock mewarisi perniagaan membaiki motor setelah Pak Selamat meninggalkan Lembah Klang untuk peluang baru. Spanar Jaya X dibintangi oleh Opie Zami, Douglas Lim, Uqasha Senrose, Ben Amir, dan Sangeeta Krishnasamy.
Best of Spanar Jaya dan Spanar Jaya X akan dilancarkan pada 15 September 2021 dan 30 September 2021, kedua-duanya di Netflix.
Untuk lebih banyak rancangan dan filem tempatan, layari koleksi Rekaan Rakyat yang akan dilancarkan di Netflix mula 10 September ini.