Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

5 Pelakon Yang Menerima Bayaran Paling Mahal Di Dunia

Tahukah anda, kerjaya sebagai pelakon boleh dikatakan lumayan terutamanya jika mereka berlakon dalam siri TV yang popular ataupun filem lakonan mereka meletup.

Baru – baru ini, laman Forbes mengeluarkan senarai pelakon seluruh dunia yang menerima bayaran yang sangat lumayan hasil daripada kerjaya mereka dalam bidang perfileman dan TV. Senarai 10 teratas dikuasai oleh aktor lelaki dimana 6 daripada mereka adalah rakyat Amerika manakala 3 adalah pelakon Bollywood iaitu Amitabh Bachcan, Salman Khan dan Akshay Kumar manakala seorang lagi ialah pelakon Hong Kong.

Jumlah tersebut dikira bermula dari Jun 2014 hingga Jun 2015. Mari kita lihat senarai 5 pelakon yang menerima bayaran paling mahal didunia.

foto oleh: www.forbes.com
foto oleh: www.forbes.com

5. Adam Sandler

Walaupun filemĀ PixelsĀ agak perlahan dari segi kutipan tiket dan tidak mendapat respon positif dari penonton, tetapi masih ramai lagi yang teringin melihat lakonan pelakon komedi ini. Beliau yang menandatangani kontrak bersamaĀ Netflix untuk filem akan datang menerima bayaran sebanyak $41juta menjadikan dia pelakon kelima yang menerima bayaran tertinggi setakat ini.

foto oleh: www.tvovermind.com
foto oleh: www.tvovermind.com

4. Bradley Cooper

Pernah menonton filem Guardians of the Galaxy?Ā beliau membawa watak Rocket dalam filem tersebut. bermula dengan filem American Sniper arahan Clint Eastwood pada tahun 2015, beliau berjaya menarik penonton untuk menonton filem – filem lakonannya di pawagam. Bradley menerima bayaran sebanyak $41.5 juta meletakkanya di kedudukan keempat senarai.

Foto oleh ftw.usatoday.com
Foto oleh ftw.usatoday.com

3. Vin Diesel

FilemĀ Furious 7Ā yang mendapat keutungan sebanyak $1.5billion dan meletakkan filem tersebut antara 5Ā filem paling berjaya abad ini sudah cukup untuk meletakkan Vin Diesel di kedudukan ketiga paling tinggi menerima bayaran. Beliau mendapat bayaran sebanyak $47 juta hasil dari lakonan beliau.

Foto oleh: www.businessinsider.com
Foto oleh: www.businessinsider.com

2. Ā Jackie Chan

Walaupun tidak muncul di filem-filem keluaran HollywoodĀ sejak akhir – akhir ini, Jackie Chan tetap dapat menjana pendapatan yang cukup lumayan iaitu hasil dariĀ pemilikan syarikat panggung wayang dan lakonannya dalam filem Dragon Blade. Filem Dragon Blade dikatakan meletup di US, dan produksi Amerika, Lionsgate akan membawa masuk filem tersebut pada September nanti dan ini akan menambahkan lagi pendapatan pelakon Hong Kong ini.

Jackie Chan menduduki tangga kedua dengan bayaran AS$50 juta

Foto oleh: www.ew.com
Foto oleh: www.ew.com

1. Robert Downey Jr.

Ya! nombor satu untuk tiga tahun berturut – turut, Robert Downey Jr. berjaya mengaut keuntungan sebanyak $80juta dan dijangkan akan mengekalkan kedudukannya untuk tahun keempat akan datang apabila filem lakonan beliau, Captain America: Civil War akan ditayangkan pada tahun 2016.

 

 

Related posts

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

6 Rancangan Korea Yang Akan Menghangatkan Disember Anda

Kakimuvee

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee

22 Filem Tempatan Yang Memperoleh Undian Pengguna Tertinggi Di IMDb

Kakimuvee

Leave a Comment