Kingdom: Ashin of the North, episod khas dari dunia siri Kingdom, akan segera hadir!
Episod khas ini akan menunjukkan permulaan segalanya dalam siri popular ketika anda menyelami kisah Ashin dan asal-usul tumbuhan kebangkitan. Sama ada anda menonton dua musim pertama atau tidak, anda boleh memulakan perjalanan anda melalui Kingdom: Ashin of the North. Sekiranya anda telah melihat dua musim pertama dan ingin mengentahui apa yang boleh anda jangkakan, lihat butiran di bawah!
1. Masa & Tempat
Kingdom: Ashin of the North adalah tempat dimana segalanya bermula. Wabak zombie yang merebak pada musim pertama berlaku di wilayah selatan Dongnae. Namun, asal-usul tanaman kebangkitan bermula di wilayah utara. Sempadan utara yang hampir dengan suku Pajeowi, dan Seongjeoyains adalah lokasi dimana ianya bermula. Pyesa-gun, kawasan yang dilarang dari dimasuki selama 100 tahun, menjadi tempat dimana Ashin menjumpai tumbuhan kebangkitan.
2. Tumbuhan Kebangkitan
Tumbuhan kebangkitan, yang kita ketahui dalam dua musim pertama, adalah bunga ungu langka yang dapat membangkitkan orang yang telah mati. Malangnya, seseorang yang dibangkitkan melalui tumbuhan itu akan menjadi zombie yang dahagakan darah. Tumbuhan ini mempunyai telur putih yang menetaskan cacing parasit selepas dimakan. Cacing ini akan menjangkiti otak dan mengubah orang yang telah mati menjadi raksasa.
3. Konteksnya
Sebelum berhadapan dengan masalah zombie, kerajaan Joseon menghadapi pelbagai masalah dengan jirannya. Salah satu pekara yang menarik perhatian adalah wilayah utara di mana Jurchen telah bergabung menjadi kumpulan kuat yang disebut sebagai suku Pajeowi. Joseon mengawasi suku itu dengan menggunakan kumpulan Jurchens lain yang disebut Seongjeoyains, untuk mengintip mereka. Seongjeoyains adalah Jurchens yang telah tinggal di tanah Joseon selama lebih dari 100 tahun.
4. Ashin
Cerita ini akan dimulakan dengan kehidupan Ashin (Kim Si-a) sewaktu muda di kampung Seongjeoyain. Ayahnya adalah ketua kampung dan ibunya terlantar sakit. Putus asa untuk menyembuhkan ibunya yang sakit, Ashin menjelajah jauh ke kawasan terlarang untuk mencari sesuatu yang boleh membantunya. Dia menjumpai tanaman kebangkitan, tetapi dia mengalami tragedi besar. Akibatnya, Ashin, yang sudah dewasa (Gianna Jun), berniat membalas dendam
5. Karakter Utama
Selain Ashin dewasa, yang kita lihat pada akhir musim kedua, episod khas ini juga menampilkan Min Chi-rok (Park Byung-eun) yang merupakan Ketua Komando Kerajaan pada musim ke- 2. Beberapa watak penting baharu turut diperkenalkan, termasuklah ayah Ashin Tahab ( Kim Roi-ha) yang merupakan ketua kampung Seongjeoyain, dan Aidagan (Koo Kyo-hwan) yang merupakan ketua suku Pajeowi.
Jangan ketinggalan untuk tonton Kingdom: Ashin of the North yang akan dilancarkan pada 23 Julai, hanya di Netflix!