Rumah tangga bahagia adalah impian bagi setiap pasangan yang berkahwin tidak kiralah samada pasangan tersebut adalah rakyat biasa mahupun selebriti. Bagi pasangan selebriti, mereka sentiasa menjadi tumpuan peminat samada untuk melihat kebahagian mereka ataupun gosip.
Pasangan selebriti romantik sentiasa menjadi bahan bualan ramai daripada peminat, sehinggalah mereka yang bergelar haters. Pasangan-pasangan ini juga sentiasa dilihat mempamerkan momen-momen romantik mereka menerusi akaun Intagram masing-masing.
Disini kami senaraikan 5 Pasangan Selebriti Paling Romatik berdasarkan pilihan MH Karangkraf
Scha Al yahya & Awal Ashaari
Gelagat pasangan pelakon ini sering mencuri tumpuan terutamanya apabila bersama putri mereka, Lara Alana yang sering dipaparkan dilaman Instagram.
Zain Saidin & Rozita Che Wan
BintangĀ Oh My English dan Che TaĀ telah membuktikan bahawa jarak usia bukan penghalang untuk menjadi lebih romantik. Mereka juga sering berkongsi kebahagian mereka di laman Instagram
Dato’ Siti Nurhaliza & Dato’ K
Walaupun sudah bertahun mendirikan rumah tangga, penyanyi tersohor negara dan suaminya tetap kelihatan mesra
Johan & Ozlyn Wati
Johan, Pelawa terkenal tanah air dan isterinya Ozlyn Wati sering kelihatan bersama di majlis-majlis ataupun show yang melibatkan suaminya. Pasangan ini kelihatan sangat serasi dan bahagia sekali
Noh Hujan & Mizz Nina
Pasangan ini yang paling kami minati, bukan sahaja bahagia, mereka juga telah berubah secara total selepas berkahwin. Mereka juga gemar kongsikan topik-topik yang berkaitan dengan agama