Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot AsiaTrivia

5 K-Drama Yang Menarik Untuk Disaksikan Pada Bulan Januari Ini


Bulan Januari ini menyaksikan beberapa drama Korea terbaru yang menarik untuk disaksikan para peminat K-Drama. Antara yang pasti menjadi perhatian adalah drama SBS Romantic Doctor Teacher Kim yang bakal disiarkan pada 6 Januari ini.

Selain itu, drama-drama seperti Money Game, dan Itaewon Class harus diberi perhatian. Berikut adalah 5 drama Korea yang bakal bersiaran pada bulan ini.

Touch (Channel A)

  • Tayangan bermula 3 Januari (Jumaat & Sabtu)
  • Lakonan Joo Sang Wook, Kim Bora

SINOPSIS

Drama romantik komedi ini mengisahkan jurumekap artis yang menganggur (Joo Sang Wook) dan idol trainee yang gagal (Kim Bo Ra), mereka bertemu kemudian jatuh cinta dan cuba untuk mencapai kejayaan mereka semula sekali lagi.

Romantic Doctor Teacher Kim 2 (SBS)

  • Tayangan bermula 6 Januari (Isnin & Selasa)
  • Lakonan Han Suk Kyu, Lee Sung Kyung, Ahn Hyeo Seop

SINOPSIS:


Boo Yong-Joo (Han Suk-Kyu) yang digelar Dr. Romantic/Teacher Kim merupakan doktor yang pelik dan antisosial. Boo Yong-Joo menguruskan Hospital Doldam. Cha Eun-Jae (Lee Sung-Kyung) merupakan doktor tahun kedua bahagian pembedahan, dia bijak dan berkeyakinan tinggi, tidak pernah merasai kesulitan dan kegagalan.

Seo Woo-Jin (Ahn Hyo-Seop), doktor tahun kedua bahagian pembedahan juga, dia mempunyai teknik yang hebat dalam pembedahan. Seo Woo-Jin mempunyai personaliti yang sinikal, kerana dia melalui kehidupan yang susah dan perit jadi dia tidak percayakan kebahagiaan.

Money Game (tvN)

  • Tayangan bermula 15 Januari (Rabu & Khamis)
  • Lakonan Go Soo, Shim Eun Kyung, Lee Sung Min

SINOPSIS

Drama ini mengisahkan mengenai sekumpulan pekerja di Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan yang cuba menghalang krisis IMF kedua daripada berlaku.

The Game: Towards Zero (MBC)

  • Tayangan bermula 22 Januari (Rabu & Khamis)
  • Lakonan Taecyeon, Lee Yeon Hee

SINOPSIS

Drama misteri melodrama ini mengisahkan seorang lelaki (Taecyeon) yang mempunyai kebolehan mengetahui bila seseorang itu akan mati, tetapi dia bertemu seorang detektif (Lee Yeon Hee), di mana dia tidak nampak bila detektif itu akan mati.

Itaewon Class (JTBC)

  • Tayangan bermula 31 Januari (Jumaat & Sabtu)
  • Lakonan Park Seo Joon, Kim Da Mi, Yoo Jae Myung

SINOPSIS

Drama ini mengisahkan Park Sae Roy (Park Seo Joon) yang bertungkus lumus mengusahakan bisnes makanan di Itaewon selepas kematian ayahnya yang mengetuai sebuah syarikat besar dalam industri makanan.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee