Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

5 Filem Terbaru Superhero Yang Dijangka Akan Diumumkan Tahun Ini


Berdasarkan artikel dari laman web Comickbookmovie.com, difahamkan 5 buah filem terbaru superhero bakal diumumkan oleh Marvel dan DC tidak lama lagi. Mari kita lihat, filem superhero manakah yang akan dihasilkan filem tidak lama lagi.

5. Spider-Man 2099

Walaupun kini, karakter Spider-Man sedang dipinjamkan kepada Marvel oleh pemilik asal, Sony. Ia tidak menghalang studio berkenaan untuk menerbitkan filem Spider-Man mereka sendiri. Dijangka filem Spider-Man versi  Miles Morales akan dihasilkan oleh Sony, tetapi dalam versi animasi. Sony sebelum ini telah mengumumkan beberapa filem spin-off Spider-Man yang akan menampilkan beberapa karakter antihero seperti Venom, Silver dan Black

4. Bird of Prey

Memandangkan beberapa karakter baru DC akan ditunjukkan dikaca televisyen dan filem seperti Catwomen, Poison Ivy dan Batgirl. Peminat menjangkakan kumpulan superhero wanita dari komik DC, Bird of Prey akan ditunjukkan di layar perak memandangkan ketiga-tiga karakter yang bakal keluar nanti merupakan ahli kumpulan superhero terbabit. Mungkin kemunculan karakter Black Canary dan Huntress juga akan diumumkan oleh DC jika filem Bird of Prey direalisasikan.

3. The Hulk

Selepas filem The Incredible Hulk yang ditayangkan pada tahun 2008, Hulk tidak lagi mempunyai filem solonya lagi selepas itu. Ini gara-gara isu hakmilik dengan Universal Pictures. Jika Kevin Fiege berjaya membawa karakter Spider-Man ke dalam MCU, mungkin dia berupaya untuk memujuk Universal Pictures membenarkan karakter The Hulk dihasilkan filem solonya sendiri. Mungkin kita dapat melihat filem The Hulk di fasa 4 MCU nanti

2. X-23

Selepas kemunculan pertamanya dalam filem Logan, ramai peminat berharap watak ini akan kembali dilayar perak sebagai pengganti kepada Wolverine yang telah mati dalam filem Logan. FOX tidak boleh mempersia-siakan populariti X-23 ini, malah James Mangold juga pernah berkata, jika karakter ini kembali, ia akan kembali sebagai sebuah filem solonya sendiri seperti Deadpool. Fox perlu menggunakan peluang ini untuk menggunakan karakter Laura sebagai Wolverine yang baru dalam siri X-Men


1 Man of Steel 2

Difahamkan Warner Bros sudah memberi lampu hijau untuk menghasilkan filem solo Superman, tetapi bukan versi Zack Snyder. Mereka mungkin akan menggunakan pengarah lain jika mahu hasilkan filem solo superhero DC ini. Apapun kita tunggu pengumuman yang akan dibuat oleh studio itu nanti.


Related posts

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem ‚ÄúSuperman Live‚ÄĚ Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee