5 Filem Jepun Adaptasi Dari Kisah Benar Yang Mampu Buatkan Anda Sedih

652
views

Di Jepun, terdapat beberapa peristiwa sebenar yang telah membuatkan rakyatnya merasa sedih. Terdapat peristiwa dimana anak-anak ditinggalkan oleh ibu sehingga mati dan juga kisah mengenai anjing yang begitu setia kepada tuannya.

Peristiwa-peristiwa yang pernah terjadi di negara matahari terbit itu telah mendorong para pembikin filem disana mengadaptasikan kisah-kisah benar ini kedalam filem agar ia menjadi ingatan kepada penonton.

Jadi kami di Kakimuvee ingin kongsikan kepada anda 5 filem Jepun adaptasi dari kisah benar yang sungguh menyayatkan hati.

1. The 8-Year Engagement

Filem arahanya Takahisa Zeze ini diadaptasikan dari buku biografi Hisashi Nakahara dan Mai Nakahara. Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita muda yang koma kerana penyakitnya tidak lama sebelum melangsungkan perkahwinannya.

Walaupun telah pulih, wanita tidak seperti dahulu, perlu belajar kembali cara bercakap dan bergerak dan lebih menyayatkan hati, wanita tersebut tidak mengingati tunangnya. Bagaimanapun, tunang setia menunggunya selama lapan tahun sepanjang pemulihan wanita itu.

2. Hachikō Monogatari (1987)

Diadaptasikan dari peristiwa yang pernah berlaku sekitar tahun 1930an di Shibuya, Tokyo. Hachikō, anjing baka Akita ini menjadi legenda dan simbol kesetiaan dikalangan rakyat Jepun kerana kisahnya yang sangat setia kepada tuannya, Profesor Ueno, walaupun selepas kematian Ueno. Hachikō telah menunggu tuannya yang telah meninggal dunia di sebuah stesen keretapi yang terletak di Shibuya selama 9 tahun sebelum kematianya.

Hollywood juga turut menghasilkan filem mengenai Hachiko berjudul Hachi: A Dog’s Tale lakonan Richard Gere, Joan Allen, dan Sarah Roemer

3.Sunk Into The Womb (2013)

Berdasarkan peristiwa sebenar pada tahun 2010, seorang ibu berusia 25 tahun yang 2 orang anaknya mati kelaparan dikelilingi oleh sampah selepas dia mengurung dan meninggalkan mereka di apartmennya telah dijatuhi hukuman penjara 30 tahun.

Ibu tersebut, Sanae Nakamura yang ditinggalkan suami kerap meninggalkan anak perempuannya, 3 tahun dan anak lelaki berusia satu tahun, di apartmen yang terletak di Osaka semasa dia bermalam di rumah teman lelakinya.

Dia mula meninggalkan mereka sendirian pada bulan Mac 2010, pada awal bulan Jun tahun itu dia dah mula tak balik ke rumah. Tetapi apabila dia akhirnya kembali pada hujung bulan itu, kedua-dua anaknya itu telah mati. Anda boleh kisah selanjutnya disini

4. Nobody Knows (2004)

Filem drama ini berdasarkan dari peristiwa yang pernah berlaku di Jepun, iaitu kes “Sugamo child abandonment case”. Kes tersebut mendapat liputan meluas media Jepun dan antarabangsa pada tahun 1988. Kes tersebut merupakan kes penderaan si ibu yang sengaja meninggalkan 5 orang anaknya yang berumur dari 2 sehingga 15 tahun selama 9 bulan .

Filem Nobody Knows arahan Hirokazu Koreeda banyak di’fiksyen’kan dan secara amnya kurang memaparkan insiden sebenar. Contohnya jumlah kanak-kanak dalam yang ditinggalkan berbeza dari jumlah sebenar.

5. I Just Wanna Hug You (2014)

Filem arahan Akihiko Shiota ini merupakan filem biografi mengenai sepasang kekasih yang mana kisah mereka telah didokumentarikan oleh stesen TBS pada 3 Julai 2011.

Filem ini menceritakan tentang kisah tragik seorang gadis yang terlibat dalam kemalangan kereta dan menyebabkannya separa lumpuh dan kerosakan otak. Walaupun separa lumpuh, ia tidak menghalang kisah cinta antara gadis tersebut dengan seorang pemuda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here