Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

5 Filem Francais Yang Menggantikan Pelakon Asal Untuk Membawa Karakter Utama

Transporter

Samada dalam filem ataupun siri televisyen, rata-rata peminat tidak gemar melihat karakter kegemaran mereka ditukar dengan pelakon yang baru. Kebiasaannya, apabila kita meminati pelakon tersebut kerana berjaya membawa karakter filem atau siri televisyen dengan baik, kita akan berharap pelakon tersebut dikekalkan untuk membawa karakter kegemaran kita.

Namun, dalam keadaan dan situasi tertentu, pihak produksi terpaksa menukarkan pelakon asal dengan yang baru untuk membawa karakter kegemaran peminat. Sebagai contohi filem francais The Transporter,  rata-rata peminat yang terkejut apabila pihak produksi mengantikan pelakon Jason Statham pelakon utama filem francais The Transporter dengan pelakon Ed Skrien untuk membawa karakter Frank Martin.

Sebenarnya, bukan filem Transporter:Refueled sahaja yang mengalami pertukaran pelakon, banyak filem-filem lain yang mengantikan pelakon asal kepada pelakon baru untuk membawa karakter tersebut, dan hasilnya, kebanyakkan semua sukses dan peminat lebih gemarkan pelakon baru berbanding pelakon asal. Disini kami senaraikan 5 filem francais yang mengantikan pelakon lama untuk membawa karakter utama filem, antaranya; –

Mark Ruffalo Sebagai Bruce Banner

The Hulk

Apabila Joss Whedon mengumumkan yang Edward Norton akan digantikan dengan Mark Ruffalo untuk membawa watak Bruce Banner aka The Hulk dalam filem The Avengers, ramai peminat-peminat mengkritik tindakan pengarah tersebut yang menukar pelakon asal untuk membawa karakter gergasi hijau itu. Namun setelah melihat prestasi dan gaya lakonan Mark Ruffalo sebagai Bruce Banner, mereka terus melupakan Bruce versi Edward Norton.

Gaya lakonan Mark Ruffalo yang lebih lembut dan menunjukan kebijaksanaannya sebagai saintis adalah kunci peminat menerima dia sebagai pelakon yang membawa watak The Hulk.

Elizabeth Shue Sebagai Jennifer Parker

Back to the future

Filem pertama Back To The Future, karakter Jennifer Parker, teman wanita Marty McFly dibawa oleh Claudia Wells, namun untuk sekuel Back To The Future Part II, ramai peminat terkejut apabila Robert Zemeckis memilih Elizabeth Shue untuk membawa karakter ini.

Untuk pengetahuan anda, Claudia Wells adalah pelakon kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia

Don Cheadle Sebagai James ‘Rhodey” Rhodes

iron man

Dalam beberapa situasi di Hollywood dimana menukarkan pelakon lama ke baru filem sekuel akan menyebabkan filem tersebut gagal kerana impak pelakon baru yang kurang berkesan untuk membawa karakter utama filem. Namun tidak bagi Marvel Studios, apabila mereka dua kali berjaya menggunakan pelakon baru untuk membawa karakter utama filem. Filem Iron Man adalah filem kedua Marvel (Selepas Hulk) yang menggunakan pelakon baru untuk membawa karakter yang sama.

Dalam filem pertama Iron Man (2008), Karakter James ‘Rhodey’ Rhodes dibawa oleh aktor Terrence Howard, namun dalam filem sekuel Iron Man 2 dan 3, Don Cheadle mengambil alih tugas membawa karakter Rhodey. Selain daripada pelakon yang berbeza, sifat karakter juga berubah dimana, versi Rhodey yang pertama lebih kepada musuh kepada Tony Stark, manakala versi terbaru lebih kepada humor, penuh karisma dan kawan baik kepada Tony Stark aka Iron Man.

Daniel Craig Sebagai James Bond

James Bond

Semasa Pierce Brosnan membawa watak James Bond, ramai peminat melabelkan Pierce Brosnan adalah James Bond terbaik selepas filem Bond, Goldeneye – yang merupakan salah satu filem Bond terbaik. Namun selepas kegagalan filem Die Another Day, terdapat ura-ura untuk mengantikan Pierce dengan pelakon lain untuk membawa karatker perisik 007 itu dan Daniel Craig telah dipilih.

Namun begitu pemilihan Craig tidak dipersetujui peminat kerana melihat Craig seperti 007 yang kaku, namun setelah tayangan Casino Royale (2006), peminat terpegun dengan lakonan Daniel Craig sebagai James Bond. Sejak itu, peminat dapat melihat filem Bond yang berbeza dari filem-filem Bond sebelum ini.

Maggie Gyllenhaal Sebagai Rachel Dawes.

Batman

Selepas gagal memberi prestasi terbaik lakonannya dalam filem Batman Begins, Katie Holmes mengambil keputusan tidak mahu meneruskan karakter Rachel Dawes untuk filem seterusnya, The Dark Knight. Pengarah Christopher Nolan mempunyai pilihan samada untuk mengantikannya dengan Diane Keaton ataupun Queen Latifah. Namun begitu, pengarah tersebut menukar fikiran dengan memilih Maggie Gyllenhaal dan pemilihan tersebut tidak sia-sia.

Maggie Gyllenhaal berjaya membawa watak Rachel Dawes dengan berkesan. Dia juga merupakan kunci untuk element dramatik filem tersebut.

 

Related posts

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

6 Rancangan Korea Yang Akan Menghangatkan Disember Anda

Kakimuvee

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee

22 Filem Tempatan Yang Memperoleh Undian Pengguna Tertinggi Di IMDb

Kakimuvee

Leave a Comment