Sebelum bermulanya tayangan filem Dunkirk beberapa hari yang lalu, nama Christopher Nolan hanya dikenali oleh segelintir kaki wayang tanah air. Tetapi selepas ianya mula ditayangkan, nama pengarah yang berasal dari Britain tersebut mula menjadi bualan dikalangan peminat filem. Thanks kepada seorang aktres tempatan tanah air yang menjadi sebab utama nama Nolan menjadi buah mulut bagi peminat filem.
Bagi yang baru mengenali pengarah terbabit, Nolan bukanlah seorang pengarah yang kerap menghasilkan filem dan dia juga cukup berbeza berbanding dengan pengarah-pengarah terkenal yang lain seperti Michael Bay, Steven Spielberg, James Cameron dan sebagainya.
Beliau memiliki keistimewaa yang jarang ada pada pengarah filem antarabangsa, baik dari Hollywood mahupun di benua Eropah iaitu ketelitiannya dalam menghasilkan sebuah filem serta kebijaksanaannya dalam membuatkan penonton fokus pada filem-filem arahannya.
Jadi kepada yang baru mengenali Christopher Nolan, saya suka untuk berkongsi dengan anda semua 5 buah filem Christopher Nolan (pilihan Kakimuvee) yang mampu membuatkan anda ter’nganga’ dan kagum;
1 Interstellar (2014)
Sebuah filem sains fiksyen yang begitu sukar untuk difahami. Mengisahkan beberapa angkasawan yang menjalankan misi mencari planet baru yang sesuai untuk didiami oleh manusia selepas Planet Bumi berada dipenghujung hayat sebelumnya ia menjadi sebuah Planet yang tidak boleh didiami oleh umat manusia. Interstellar mampu merobek pemikirian anda dengan perjalanan cerita begitu kompleks disertakan disertakan sekali fakta-fakta sains astrology dan fizik. Apa yang menariknya filem Interstellar, Nolan menggunakan khidmat seorang ahli astronomi fizik, Kip Thorne untuk merangka konsep filem Interstellar.
2. Momento (2000)
Momento adalah sebuah filem bergenre neo-noir psikologikal thriller yang diterbitkan pada tahun 2000. Momento mengisahkan seorang lelaki yang mengalami anterograde amnesia iaitu masalah ingatan jangka pendek sehinggakan terpaksa merakam pengalamannya dengan gambar polaroid serta melukis tatu pada badannya bagi mengingati peristiwa-peristiwa penting dalam kehidupannya seharian serta mencari individu yang bertanggungjawab diatas kematian isterinya. Fakta menarik mengenai filem ini, pakar perubatan mengesahkan Momento adalah sebuah filem yang paling realistik dalam memaparkan penyakit anterograde amnesia.
3. Inception (2010)
Satu lagi filem yang boleh merobek minda anda. Filem sains fiksyen ini mengisahkan sekumpulan lelaki yang ini masuk ke dalam minda seorang individu dalam filem ini bagi mencuri infomasi penting serta meletakkan “Idea” orang lain kedalam individu terbabit. Filem ini bakal membangkitkan banyak persoalan dalam diri anda tentang apa yang berlaku pada setiap mimpi dan bagaimana ia mempengaruhi mimpi seterusnya. Anda memerlukan penelitian yang cukup jitu atau masa yang cukup banyak untuk anda menontonnya berulangkali bagi memahami apa yang cuba disampaikan oleh Nolan.
4. The Prestige (2006)
Nolan juga pernah mengarahkan sebuah filem yang diadaptasikan dari novel The Prestige pada tahun 2006. Lakonan Hugh Jackman, Christian Bale serta beberapa bintang yang baru terkenal pada masakini seperti Scarlett Johansson, Andy Serkis, Piper Perabo dan Rebecca Hall. Mengisahkan dua ahli silap mata yang sering bersaing untuk melihat siapakah yang terbaik sekali sehinggalah salah sorangnya mengalami insiden tragik dalam gara-gara mahu membuktikan dia lebih hebat dalam menghasilkan silap mata.
5. The Dark Knight (2008)
Pertama kali Nolan mengarahkan filem Superhero ialah menerusi filem Batman Begins pada 2005. Kemudian dia menghasikan filem The Dark Knight pada tahun 2008 dan menutup trilogi Batman arahan Nolan menerusi filem filem ketiga, The Dark Knight Rise pada tahun 2012. Dari ketiga-tiga filem berkenaan, pertembungan epik diantara Batman dan Joker iaitu The Dark Knight adalah filem paling terbaik, malah The Dark Knight juga menjadi filem terbaik dari 10 filem yang pernah dihasilkan oleh beliau.