Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

5 Filem Arahan Mamat Khalid Yang Paling Menarik Untuk Ditonton


Sebut sahaja nama Mamat Khalid pasti ramai peminat filem-filem tempatan mengenalinya. Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad bin Mohd Khalid  bukanlah individu asing dalam dunia perfileman negara. Beliaumerupakan pengarah yang  sangat terkenal dengan filem-filem bercorak komedi.

Penglibatan Mamat Khalid dalam dunia seni bermula pada tahun 1997 apabila beliau menjadi penulis untuk siri televisyen animasi Kampung Boy. Beliau kemudiannya menjinakkan diri dalam dunia pengarahan dengan mengarahkan telefilem Rombongan Cik Kiah Sukan Komanwel pada tahun 1998. Mamat Khalid membuat kemunculan pertamanya dalam dunia perfileman tanah air apabila menjadi pengarah filem Lang Buana yang dibintangi anggota Senario.

Semenjak dari situ, Mamat Khalid telah menghasilkan 18 buah filem yang kebanyakkan bertemakan komedi. Filem terbaru beliau yang berjudul Hantu Kak Limah telah menjadi kegilaan dikalangan pengemar filem tempatan yang berpusu-pusu kepanggung wayang untuk menyaksikannya. Kegilaan tersebut telah membuatkan filem terbarunya itu berjaya meraih kutipan mencecah RM 9 juta ringgit dalam tempoh 4 hari sahaja.

Selain Hantu Kak Limah, kami ingin kongsikan 5 buah filem Mamat Khalid yang paling menarik untuk ditonton dan boleh membuatkan anda ketawa terbahak-bahak. Anda pula bagaimana? cuba kongsikan senarai anda.

Rock (2005)

Filem pertama trilogi Rock yang dibintangi Hasnul Rahmat, Que Haidar, Khir Rahman, Nabila Huda dan Siti Elizad. Filem yang berlatarbelakangkan era-80 an ini mengisakan tentang pengembaraan kumpulan Rimba Bara yang ingin menjadi kumpulan Rock terkenal tanah air. Tapi sebelum itu mereka perlu menjuarai ‘battle of the band’ dengan menewaskan kumpulan Black Metal yang hauskan darah, iaitu Mailakat Maut yang diketuai Zul Kapan. Mamat Khalid berjaya mengamit nostalgia zaman rock menerusi lagu-lagu rock yang pernah terkenal suatu ketika dahulu. Selain itu juga, lakonan berkualiti dan bersahaja Hasnul Rahmat, Que Haidar serta Khir Rahman dan juga dialog yang begitu menarik dan mempunyai maksud yang sangat menikam dada membuatkan filem Rock sangat menarik untuk ditonton.


Man Laksa (2006)

Plot filem yang sangat mudah dan sangat kelakar. Man Laksa merupakan sebuah filem cereka komedi yang diterbitkan pada tahun 2006. Filem keempat Mamat Khalid ini dibintangi Yassin Senario, Sharifah Aleya, Saiful Apek dan ramai lagi. Hanya tertumpu pada malam anekaragam yang bertujuan mengumpul derma kepada keluarga Pak Maon yang kehilangan harta benda akibat kebakaran pada musim banjir, Man Laksa bukan sahaja memaparkan kisah cinta diantara Man Laksa dan Chah, ia juga turut memaparkan watak jahat ala gaya 50-an Saedon Dengki yang ingin merampas Chah dari Man Laksa. Yang paling penting, gelekan Dato M. Daud Kilau dipenghujung filem membuatkan Man Laksa filem komedi yang sempurna dan mampu membuatkan penonton ketawa walaupun sudah menontonnya berpuluh-puluh kali.

Zombi Kampung Pisang (2007)

Maka bermulalah ‘universe’ Kampung Pisang, sebuah kampung yang bakal menyaksikan penduduknya sentiasa berhadapan dengan gangguan mistik. Zombi Kampung Pisang adalah filem zombi paling hebat berbanding filem-filem bertemakan zombi diseluruh dunia. Sebab apa hebat?, tiada zombi didunia yang mampu membuat ‘wheelie’ motorsikal melainkan zombi di Kampung Pisang. Dibintangi  Awie, AC Mizal, Que Haidar, Ezlynn, Allahyarham Man Kadir, Allahyarham Zami Ismail, dan Soffi Jikan, Zombi Kampung Pisang mengisahkan tentang serangan zombi yang berlaku di Kampung Pisang. Selain mengisahkan Hussein dan rakan-rakannya cuba menyelamatkan diri zombi yang kerjanya nak makan otak, ia turut menyampaikan mesej agar tidak melakukan pencemaran alam sekitar dan juga memupuk budaya bersatu dikalangan penduduk kampung.

Kala Malam Bulan Mengambang (2008)

Filem bertemakan ‘Neo-Noir’ (hitam dan putih) dan pembikinannya bukanlah ‘saja-saja’, ianya sengaja dibuat dalam bentuk hitam dan putih kerana ini menghargai para penggiat filem veteran dari zaman Studio Jalan Ampas hingga Studio Merdeka. Berlatarbelakangkan zaman 50-an, Kala Malam Bulan Mengambang mempunyai penceritaan yang penuh misteri, jenayah dan gaya samsengnya, malah diselitkan sedikit elemen komedi ala-ala zaman filem hitam putih. Semuanya gara-gara Saleh terkandas akibat tayar pancit yang menyebabkan dia menyiasat segala misteri yang berlaku di pekan Senduduk Rimbun

Para pelakonnya semuanya kelas A. Rosyam Nor, Umie Aida, Farid Kamil, Bront Palarae dan jangan gelak, David Teo. Lebih hebat, dari 12 pencalonan, Kala Malam Bulan Mengambang berjaya mengondol 7 anugerah pada Festival Filem Malaysia ke-21.

Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)

Penduduk Kampung Pisang merasakan kampung mereka akan aman damai selepas serang zombi. Tetapi perasaan mereka silap apabila mereka diganggu pula hantu yang diberi jolokkan Hantu Kak Limah. Husin kembali cuba menjadi hero sekali lagi bersama kawan-kawannya, Abi Hurairah dan Usop Wilcha. Mereka bertiga bersama penduduk kampung telah mencuba pelbagai cara untuk menghapuskan hantu Kak Limah termasuklah menggunakan bomoh Siam. Bagaimanapun usaha mereka gagal apabila Hantu Kak Limah dengan ‘slamber’ melipat badan si bomoh siam tu. Hantu Kak Limah Balik Rumah bukan sekadar komedi seram, tetapi juga memaparkan satira komedi terhadap isu sosial, contohnya terlampau percayakan bomoh dan bersikap sembrono dalam cuba menyelesaikan masalah . Bak kata Husin membakor rumah Kak Limah belum tentu menyelesaikan masalah Kampung Pisang.


Related posts

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee