5 Fakta Tentang Bad Guys: The Movie Yang Perlu Anda Tahu

126
views

Buat peminat-peminat drama bersiri Korea Bad Guys, ini berita baik buat anda. CJ Entertainment bakal menayangkan sebuah filem terbaru berjudul Bad Guys: The Movie. Diarahkan oleh Son Yong-Ho, file ini akan mengisahkan tentang detective So Oh Goo-Tak yang mengumpulkan pasukan barunya untuk memburu penjenayah mermbahaya yang telah berjaya melarikan diri.

Bagi menaikkan keinginan anda untuk menyaksikan filem terbaru Korea ini, kami kongsikan 5 fakta tentang Bad Guys: The Movie yang perlu anda tahu. Filem ini akan memulakan tayangan di Korea pada 11 September ini.

1. Merupakan ‘Spin off’ Drama Bad Guys

Bad Guys: The Movie atau tajuk lainnya The Bad Guys: Reign of Chaos merupakan spin-off (prototaip) dari drama Korea, Bad Guys yang ditayangkan di saluran kabel OCN. Filem ini bukanlah sambungan dari dua musim drama Korea tersebut, iaitu Bad Guys (2014) dan Bad Guys: Vile City (2017), namun masih mempunyai kaitan dari segi tema dan beberapa watak utama di dalamnya.

2. Bertemakan Anti-Hero

Sama seperti versi drama Korea yang lain, filem ini mengangkat tema anti hero. Walaupun plot penceritaan dalam Bad Guys: The Movie tidak menyamai versi drama, tema yang diangkat kedua-duanya tetap sama. Kedua versi ini berkisarkan tentang sebuah pasukan penyiasatan yang anggotanya terdiri daripada penjenayah. Pasukan penyiasatan tersebut ditubuhkan oleh seorang detektif untuk menangkap penjenayah yang lebih berbahaya.

Dalam versi filem, detektif Oh Goo Tak (Kim Sang Joong) kembali membentuk pasukan penyiasatan untuk menangkap banduan berbahaya yang telah melarikan diri. Anggota yang dipilihnya terdiri daripada Park Woong Cheol (Ma Dong Seok), Kwak Noh Soon (Kim Ah Joong), dan Go Yoo Sung (Jang Ki Yong).

3. Filem Bad Guys Akan Menampilkan 3 Watak Utama Dari Drama 

Tiga watak utama yang pernah pernah muncul dalam drama musim pertama akan dimasukkan dalam filem akan datang. Watak-watak tersebut adalah detektif Oh Goo Tak, ketua gangster Park Woong Cheol, dan anggota polis Yoo Mi Young.

4. Skrip Filem Ditulis Oleh Han Jung Hoon

Filem arahan oleh Son Young Ho ini dibuat berdasarkan skrip yang ditulis oleh Han Jung Hoon. Han Jung Hoon merupakan penulis skrip drama Bad Guys dan Bad Guys: Vile City. Filem Bad Guys: The Movie merupakan debut pertamanya sebagai penulis skrip filem

5. Filem Pertama Jang Ki Yong

Bad Guys: The Movie juga menjadi filem debut buat pelakon Jang Ki Yong, malangnya Park Hae Jin yang membawa watak psikopat dan Jo Dong Hyuk yang membawa watak pembunuh upahan dalam musim pertama tidak akan membuat penampilan dalam filem  kali ini. Selain itu juga, tiada ada satu pun pelakon dari drama Bad Guys musim 2 / Vile City yang membintangi filem ini.

Sumber : IDNTIMES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here