Selepas J Revolusi dan Abang Long Fadil 2, satu lagi filem paling menarik tempatan untuk tahun 2017 akan ditayangkan diseluruh pawagam tanah air. Filem yang dimaksudkan adalah Tombiruo: Penunggu Rimba. Rata-rata peminat terutamanya yang pernah membaca novel ini tidak sabar menantikan filem yang dibintangi oleh Zul Ariffin, Faizal Hussein, Farid Kamil, Nabila Huda dan ramai lagi.
Kami di Kakimuvee ingin kongsikan 5 fakta-fakta menarik mengenai filem ini.
1 Adaptasi dari novel yang ditulis oleh novelis terkenal tanah air

Filem Tombiruo: Penunggu Rimba ini diadaptasikan dari novel berjudul sama yang ditulis oleh novelis terkenal Ramlee Awang Murshid. Beliau banyak menghasilkan novel-novel berkualiti seperti siri novel Laksamana Sunan, Ungu Karmila, Mikhail, Satu Janji goodreads.comdan banyak lagi. Menurut laman web, novel Tombiruo: Penunggu Rimba telah diberi rating keseluruhan sebanyak 4 dari 5 bintang oleh pengguna laman web berkenaan.
2. Pengarahnya pernah terlibat dalam pembikinan filem-filem Hollywood.

Tahukah anda, pengarah filem Tombiruo, Seth Larney pernah terlibat dalam pembikinan filem-filem besar Hollywood? menurut laman web IMDb, Seth Larney pernah terlibat dalam menghasilkan filem-filem seperti The Lego Movie, The Matrix, Star Wars Episode III, X-Men Origins: Wolverine, Superman Returns dan The Chronicle of Narnia. Pengalamannya di Hollywood pasti digunakan sebaik-baiknya oleh pengarah tersebut untuk hasilkan filem yang cukup mantap ini.
3. Zul Ariffin tidak menunjukkan wajahnya untuk menjayakan karakter beliau.

Menurut laporan berita dari cinema.com.my, watak yang dibawa olehnya perlu memakai topeng disepanjang perjalanan filem. Ini bermakna, wajah aktor tersebut tidak ditunjukkan kepada penonton. Kehebatan lakonan aktor ini teruji memandangkan dia tidak dapat mengekspresikan wajahnya disebabkan beliau perlu bertopeng, sebaliknya menggunakan pergerakan badan dan mata untuk ekspresikan wataknya kepada penonton. Selain itu juga, Zul Ariffin menggunakan bahasa Kadazan Dusun bagi menjayakan wataknya itu
4. Dihasilkan oleh Astro Shaw dan 3 syarikat yang lain.
Astro Shaw telah bergabung tenaga dengan 3 syarikat lain iaitu Grup Buku Karangkraf, Ideate Media dan syarikat milik Ramlee Awang Mursid iaitu Layar Sunan. Seperti yang kita tahu, Astro Shaw merupakan salah satu produksi terbaik tanah air dan sering hasilkan filem-filem berkualiti. Kami jangkakan filem ini bakal mendapat sambutan yang memberangsangkan dari penonton dan mungkin dapat mengatasi kutipan tiket J Revolusi dan mencabar kutipan tiket filem Abang Long Fadil 2.
5. Akan ditayangkan tidak lama lagi.
Bagi yang tidak mengetahuinya lagi, filem Tombiruo: Penunggu Rimba ini akan ditayangkan pada 12 Oktober 2017. Jadi peminat filem-filem tempatan umum dan pengemar novel filem khususnya bolehlah menyerbu panggung wayang terdekat pada tarikh tersebut untuk menonton filem yang ditunggu-tunggu pada tahun ini.