5 Fakta Menarik Filem Seram Danur 3: Sunyaruri

435
views

26 September ini, peminat-peminat filem seram Indonesia berpeluang menyaksikan sebuah lagi filem berjudul Danur 3: SunyayuriIni merupakan filem ketiga dalam trilogi Danur, dan menyaksikan watak utama RIsa (Prilly Latuconsina) sudah meningkat dewasa.

Sinopsis

Setelah bersahabat dengan hantu-hantu kecilnya selama bertahun-tahun, RIsa (Prilly Latuconsina) yang semakin dewasa mula merasa bahawa dirinya harus memiliki kehidupan normal seperti perempuan lain pada umumnya. Apalagi sekarang Risa suda memiliki kekasih bernama Dimas (Rizky Nazar), yang bekerja sebagai penyiar radio. Risa bahkan tidak menceritakan kepada Dimas tentang kemampuannya melihat hantu, dan kenyataan bahawa dia memiliki 5 sahabat kecil yang bukan manusia. Persahabatan RIsa dan Peter CS menjadi goyah, setelah Risa merasa Peter CS mulai mengusik Dimas.

Risa akhirnya memilih menutup mata batinnya agar dia boleh menjalani kehidupan yang normal.Tapi, ternyata, selepas menutup mata batinnya, mulalah kejadian aneh berlaku. Semua dimulai dari hujan deras yang tak henti-henti. Risa memang tidak boleh lagi melihat Peter CS, tapi Risa kembali mencium bau danur. Entah siapa, ada seorang hantu jahat yang masuk ke rumah, melalui hujan deras. Seorang hantu perempuan jahat yang bukan hanya mengancam hidupnya Risa tapi juga mengancam Peter CS. Entah apakah mungkin ini memang perngakhiran dari persahabatan RIsa dan Peter CS.

Apakah maksud disebalik Sunyaruri di Danur 3.

Sunyaruri itu bukan nama hantu tapi adalah keadaan Risa di mana, dia merasakan tersisih kerana ditinggal teman-teman ghaibnya. Risa merasa sepi, sunyi maka terhasilah judul Sunyaruri. Untuk francais terakhir dalam siri Danur.

Bakal menampilkan hantu-hantu baru

Menampilkan sosok hantu baru, filem Danur terbaru dan kemungkinan yang terakhir diceritakan Risa ditinggalkan oleh teman-teman ghaibnya kerana dia sudah mula terkenal dan teman-temannya sering diceritakan oleh Risa. Sehingga menarik minat orang luar yang membuat percubaan memanggil mereka sehingga mereka terpanggil dan meninggalkan Risa. Kali ini, Risa telah menemui 2 sosok sahabat ghaib yang baru. Antaranya berperanan jahat  Tak sabar kan nak tahu siapa sebenarnya sosok hantu ini? Apakah mungkin Cantik, Sukma yang sering diceritakan dalam Danur. Tapi yang paling menonjol Kartika, sebab Kartika suka hujan seperti yang ditunjuk jelas dalam teaser trailer rasmi Danur 3.

Prilly Latuconsina boleh melihat hantu

Pelakon utama Danur Prilly Latuconsina, boleh melihat hantu! Prilly sangat komited dengan filem Danur sehingga dengan sukarela, meminta untuk membuka mata ketiganya. Dengan tujuan, dapat berkomunikasi langsung dengan Peter CS dan rakan-rakan. Walaupun sempat berasa tidak nyaman kerana kadang kala sering diganggu oleh kelibat ghaib yang lain.

Setelah mata ketiganya dibuka, Prilly sudah terbiasa melihat hantu. Dia sempat melawan hantu-hantu lain yang kadang kala mengganggu. Tujuan asal Prilly hanyalah untuk kelancaran filem Danur. Tetapi kadangkala banyak entity yang datang seperti mengganggu sehingga dia merasa tidak selesa.

Akan memaparkan sisi berbeza dari dua filem terdahulu

Danur 3 kali ini, menampilkan sisi yang berbeza dan lebih mengcengkam dari Danur 1 dan 2. Apalagi, kelibat hantu kali ini masih belum dapat diteka dengan jelas. Nampak seperti satu kelibat hantu yang antagonis/jahat.

Makhluk ghaib Risa Saraswati memiliki lebih banyak ‘screen time’

Teman-teman ghaib Risa Saraswati minta screen time yang lebih banyak untuk filem Danur kali ini. Risa sering didatangi oleh Peter CS untuk meminta screen time lebih banyak dan lebih ditonjolkan. Ini memaksa Risa Saraswati berbincang dengan penerbit file mini MD Pictures untuk menambah screen time mereka ketika sedang menulis scenario filem. Menarik kan!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here