Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

5 Fakta Filem Mat Motor Yang Perlu Anda Tahu

cover

Filem Mat Motor, adalah filem yang diarahkan olehĀ pelakon Pekin IbrahimĀ atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim. Idea asal filem ini adalah daripada sahabat karibnya, arwah Azwan Annuar. Filem yang bakal ditayangkan pada tahun 2016 telah mendapat sambutan luarbiasaĀ peminat sukan pemotoran seluruh negara dan mendapat kerjasama yang baik dari Jabatan Pengangkuta Jalan Malaysia (JPJ)

Dibintangi beberapa nama besar dalam dunia perfileman, filem dijangka mendapat sambutan hangat dihari tayangannya nanti. Mari kita 5 fakta mengenai filem Mat Motor ini.

mat motor 2

1. Perbezaan mat rempit dan mat motor.

Terdapat perbezaan yang besar antara mat rempit dan mat motor walaupun kedua-duanya menaiki dan meminati motorsikal. Mat Rempit cenderung ke arah negatif seperti lumba haram, gangsterisme, membuat huru-hara & menganggu pengguna jalan raya dengan aksi – aksi yang merbahaya. Manakala mat motor ialah mereka yangĀ menyertaiĀ dunia pemotoran sekadar hobi dan suka-suka. Berlumba dengan selamat seperti di litar- litar lumba dan tidak melibatkan diri dengan masalah.

mat motor 1

2. Filem pertama arahan Pekin Ibrahim

Filem Mat Motor merupakan filem pertama arahan pelakon terkenal, Pekin Ibrahim dan Syarikat beliauĀ G&Kin Production Sdn Bhd merupakan syarikat produksi untuk filem ini.

Mat motor 3

3. Mendapat sokongan besar dari Kumpulan Mat Motor

Sesi pengambaran filem ini melibatkan 7 buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka, Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Dan di setiap negeri tersebut sekumpulan besar mat motor terlibat dalam sesi pengambaran filem ini sebagai pelakon tambahan. Selain itu juga, filem ini mendapat sokongan ikon pemotoran negara, brotherĀ AL Memorabilia

mat motor 4

4. Pelakon lelaki merupakan pelakon utama filem-filem melibatkan pemotoran.

Pelakon-pelakon utama filem ini pernah berlakon dalam filemĀ yang melibatkan motorsikalĀ seperti Faizal Hussain (Gila-Gila Remaja), Rosyam Nor (Gila-Gila Remaja, KL Menjerit), Shaheizy Sam (Adnan Sempit), Syamsul Yusof (Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam), Zul Huzaimy dan Cat Farish (Remp-it)

mat motor 5

5. Kontroversi dengan pengarah Ahmad Idham

Berlaku kontroversi mengenai siapa yang patut mengarahkanĀ filem ini apabila Ahmad Idham mendakwa Pekin Ibrahim melanggar perjanjian mengenaiĀ hak mengarahkan filem Mat Motor kepada beliau. Ahmad Idham mendakwa Pekin bertindak mengarahkan filem ini sendiri tanpa pengentahuan beliau. Kontroversi ini menjadi hangat apabila ia menjadi isu dalam media – media dan portal hiburan

Sumber gambar: Pekin Instagram

Related posts

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

6 Rancangan Korea Yang Akan Menghangatkan Disember Anda

Kakimuvee

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee

22 Filem Tempatan Yang Memperoleh Undian Pengguna Tertinggi Di IMDb

Kakimuvee

Leave a Comment