Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

5 Drama Korea Menarik Yang Bakal & Sedang Bersiaran Dilaman Netflix

Suku ketiga dan keempat tahun ini bakal menyaksikan beberapa drama Korea akan mula bersiaran di laman streaming Netflix.Turut bersiaran adalah filem Svaha: The Sitxh Finger. Filem tersebut berserta drama Chief of Staff telahpun memulakan siaran mereka, manakala drama Designated Survivor: 60 Days dan My First First Love musim kedua akan mula bersiaran pada Julai akan datang.

Disini kami sertakan drama-drama Korea akan datang yang menarik untuk ditonton. Anda boleh saksikan drama-drama ini dilaman streaming Netflix.

1 Chief Of Staff – 14 Jun 2019

Drama 10 episod ini mengisahkan tentang Jang Tae-joon (Lee Jung-jae) yang merupakan bekas detektif yang menjadi pembantu kepada seorang ahli kongres di National Assembly. Sebagai seorang bercita-cita tinggi, dia berazam untuk mengembangkan lagi karier politiknya.

Musim pertama drama ini diarahkan oleh Kwak Jung-hwan dan turut dibintangi beberapa pelakon iaitu  Shin Min-a, Lee Elijah, Kim Dong-jun, Jung Jin-young, Kim Kap-soo, Jung Woong-in dan Im Won-hee.

2. Designated Survivor: 60 Days – 1 Julai 2019

Designated Survivor: 60 Days  mengisahkan tentang Park Moo-Jin (Ji Jin-Hee), seorang bekas profesor kimia dan kini memegang jawatan Menteri Alam Sekitar. Beliau tidak mempunyai cita-cita, kepentingan peribadi atau pengetahuan tentang politik sebagai ahli politik.

Pada suatu hari, pegawai kerajaan berpangkat tinggi berkumpul di pejabat Presiden. Letupan kemudian berlaku, membunuh ramai pegawai kerajaan, termasuk Presiden. Park Moo-Jin adalah pegawai kerajaan tertinggi yang ditinggalkan hidup. Dia tidak mahu kedudukannya, tetapi dia mesti memegang jawatan sebagai presiden selama 60 hari.

3. My First First Love (musim ke-2) – 26 Julai 2019

My First First Love merupakan drama romantik yang menceritakan tentang cinta, persahabatan dan impian 5 pelajar kolej. Jung Chaeyeon membawakan peranan Han Song Yi, seseorang yang sukar untuk memilih teman lelakinya Seo Do Hyun (Jinyoung) dan kawannya sejak kecil Yoon Tae Oh (Ji Soo). Musim kedua bakal membawa watak utama mengenali apakah yang dimaksudkan dengan cinta pertama yang membawa kepada kekeliruan dalam percintaan.

Drama ini diarahkan oleh Oh Jin Seok dan bakal bersiaran pada 26 Julai ini.

4. Love Alarm – 22 Ogos 2019

Love Alarm mengisahkan seorang pencipta aplikasi yang tidak dikenali, yang mencipta satu aplikasi yang akan memberitahu pengguna jika seseorang itu mempunyai perasaan romantis dari jarak 10 meter, dan teknologi baru itu benar-benar menganggu masyarakat.

Drama romantik komedi ini diadaptasikan dari siri webtoon berjudul sama karya Chon Kye-yong. Iannya dibintangi Kim So-hyun, Song Kang serta Jung Ga-ram dan diarahkan oleh Lee Na-jung. Drama 8 episod ini akan bersiaran pada 22 Ogos 2019

5. Vagabond – September 2019

Drama aksi thriller ini mengisahkan tentang Cha Dal-gun (Lee Seung-gi) yang ingin menyiasat misteri kemalangan kapal terbang yang mengorbankan 200 nyawa termasuk anak saudaranya. Keinginannya untuk mengentahui kebenaran disebalik insidu itu, siasatan Cha Dal-gun telah membawanya konspirasi rasuah. Dalam pada itu, dia juga menjalinkan hubungan dengan Go Hae-ri (Bae Suzy), yang sebenarnya merupakan perisik untuk National Intelligence Service.

Drama 48 episod ini turut dibintangi Shin Sung-Rok, Moon Jeong-Hee serta beberapa pelakon. Akan memulakan siaran pada September ini.

6. Svaha: The Sixth Finger (Filem) – Sedang bersiaran

Selain itu juga, Neflix turut menayang filem Korea terbaru berjudul Svaha: THe Sixth Finger. FIlem ini mengisahkan tentang Pastor Park (Lee Jung-Jae)  yang ingin membongkar rahsia sebuah kumpulan, Deer Mount. Sementara itu, seorang anggota polis Captain Hwang (Jung Jin-Young) sedang menyiasat satu kes pembunuhan yang akhirnya membawakan kepada kumpulan Deer Mount.

Related posts

Netflix Original Series “Sweet Home” Unveils Exciting Posters & Stills Ahead Of December 18 Premiere

Isqandar

Song Kang, Lee Si Young & Lee Do Hyun Cuba Untuk Bertahan Dalam Foto Terbaru “Sweet Home”

Zulaikha

Soo Ae Ditawarkan Peranan Dalam Drama Misteri “Gong Jak City”

Zulaikha

Rating “The Penthouse” Melonjak!

Zulaikha

Ji Chang Wook Bakal Bintangi Siri Terbaru Netflix, “Annarasumanara”

Zulaikha

“Awaken” Bermula Baik, “The Penthouse” Sekali Lagi Pecah Rekod Peribadi

Zulaikha

Leave a Comment

Add your own review

Rating