Slot AsiaTrivia

5 Drama Korea Bulan April Yang Menarik Untuk Ditonton

Views
Sumber gambar: Youtube Drama Land

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa disambung 14 hari lagi bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Bagi yang meminati drama Korea, isikan masa terluang anda dengan menyaksikan lima K-Drama terbaru bulan April yang pastinya menarik untuk ditonton. Anda boleh saksikan senarai drama Korea dibawah.

The King Eternal Monarch (SBS/Netflix)

  • Tayangan bermula 17 April (Jumaat & Sabtu)
  • 16 Episod
  • Lakonan Lee Min Ho, Kim Go Eun, Woo Do Hwan
Ditulis oleh Kim Eun Sook (Secret Garden, Descendants of the Sun, The Heirs, Goblin, Mr. Sunshine), The King: Eternal Monarch berkisarkan tentang dua alam semesta yang selari dengan monarki dan demokrasi. Lee Min Ho memainkan peranan sebagai Emperor Lee Gon, yang cuba menutup pintu dua dunia berbeza, manakala Kim Go Eun membawa watak sebagai detektif Jung Tae Eul, yang bekerjasama dengan maharaja untuk melindungi nyawa manusia.

Born Again (KBS2)

  • Tayangan bermula 20 April (Isnin & Selasa)
  • 16/32 Episod
  • Lakonan Jang Ki Yong, Jin Se Yeon, Lee So Hyuk
BACA:  Record Of Youth Pamerkan Kisah Romantis Diantara Park Bo-Gum dab Park So-Dam
“Born Again” menceritakan kisah detektif, kekasih detektif, dan pembunuh bersiri yang menyukai kekasih detektif itu. Walaupun kehidupan mereka berakhir 32 tahun yang lalu, kematian menjadi permulaan baru bagi mereka ketika mereka dilahirkan semula menjadi pendakwaraya, pensyarah arkeologi, dan seorang pelajar perubatan, sekali lagi menghidupkan nasib mereka.

When My Love Blooms (tvN)

  • Tayangan bermula 25 April (Sabtu & Ahad)
  • 16 Episod
  • Lakonan Yoo Ji Tae, Lee Bo Young

Yoon Ji Soo (Lee Bo Young) adalah seorang wanita berusia 40-an. Dia seorang ibu dan pekerja kontrak. Kehidupannya tidak begitu menyenangkan. Han Jae Hyun (Yoo Ji Tae) adalah cinta pertamanya ketika berusia 20 tahun. Mereka bertemu semula buat kali pertama setelah beberapa tahun.

Exemplary Detective (JTBC/Netflix)

  • Tayangan bermula 27 April (Isnin & Selasa)
  • 16 Episod
  • Lakonan Son Hyun Joo, Jang Seung Jo, Elijah Lee
Berlatarkan Incheon, Korea Selatan, detektif berusaha untuk menangkap penjenayah, yang cuba sedaya upaya ingin menutupi jenayah mereka.

Extracuriccular (Netflix)

  • Tayangan bermula 29 April (Rabu)
  • 16 Episod
  • Lakonan Kim Dong Hee, Jung Da Bin, Park Joo Hyun, Nam Yoon Soo
Sekumpulan pelajar sekolah menengah yang mula melakukan jenayah untuk mendapatkan wang dan bahaya yang yang mereka hadapi sebagai balasannya

Tinggalkan Balasan

shares