Filem terbaru Star Wars yang berjudul Star Wars: The Last Jedi yang ditayangkan pada bulan Disember 2017 bukan sahaja mendapat kritikan positif dari kalangan pengkritik dan penonton filem, malah ia menjadi salah satu filem tahun 2017 yang mencatat kutipan melebihi $1 billion dolar seluruh dunia.
Diarahkan oleh Rian Johnson, Star Wars: The Last Jedi turut menampilkan beberapa kejutan dan kontroversi dikalangan peminat-peminat Star Wars apabila watak utama dalam Star Wars Saga, Luke Skywalker ditamatkan wataknya.
Kini selepas beberapa bulan ditayangkan, beberapa babak-babak yang dipotong telah didedahkan kepada umum. Antara ‘deleted scene’ yang didedahkan adalah babak dimana Rey menjalani latihan bersama Luke Skywalker. Selain itu juga terdapat babak yang melibatkan aktor Tom Hardy sebagai Stormtroopers yang tidak ditunjukkan dalam filem penuh.
Anda boleh tonton babak-babak yang dipotong dari filem Star Wars: The Last Jedi dbawah.
https://twitter.com/theswlegacy/status/973236253553459200
https://twitter.com/theswlegacy/status/973198251418619904
https://twitter.com/theswlegacy/status/973232354637631491
https://twitter.com/cucumber__2/status/973191746589896705
https://twitter.com/theswlegacy/status/973196423322898432