Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

5 Bintang “Reborn Rich” Kuasai Senarai 10 Teratas Pelakon Paling Popular

Drama JTBC Reborn Rich terus menguasai senarai mingguan drama paling popular untuk minggu ketiga berturut-turut!. 

Bukan itu sahaja, lima bintangnya turut menguasai 5 tempat dalam senarai mingguan pelakon paling popular, menurut data yang keluarkan Good Data Corporation (via Soompi). 

Song Joong Ki mengekalkan kedudukan di tempat pertama untuk minggu ketiga, diikuti Lee Sung Min di tempat ketiga, Park Ji Hyun di tempat kelimat, Kim Nam Hee ditempat ketujuh dan Kim Sin Rok ditempat kesembilan. 

Untuk minggu terakhirnya, drama tvN The Queen Umbrella mengekalkan kedudukan ditempat kedua dalam senarai drama, dengan bintangnya, Kim Hye Soo, Oh Ye Ju dan Kim Hae Sook turut mengekalkan kedudukan mereka dalam senarai pelakon iaitu ditempat kedua, keempat dan keenam. 

10 drama teratas yang paling popular pada minggu pertama bulan Disember adalah seperti berikut:

  1. JTBC – Reborn Rich
  2. tvN – The Queen’s Umbrella
  3. SBS – Cheer Up
  4. SBS – The First Responders
  5. tvN – Alchemy of Souls Part 2
  6. KBS2 – Three Bold Siblings
  7. tvN – Behind Every Star
  8. MBC – May I Help You?
  9. KBS2 – Vengeance of the Bride
  10. ENA – Summer Strike

10 pelakon teratas yang paling popular pada minggu pertama bulan Disember adalah seperti berikut:

  1. Song Joong Ki (Reborn Rich)
  2. Kim Hye Soo (The Queen’s Umbrella)
  3. Lee Sung Min (Reborn Rich)
  4. Oh Ye Ju (The Queen’s Umbrella)
  5. Park Ji Hyun (Reborn Rich)
  6. Kim Hae Sook (The Queen’s Umbrella)
  7. Kim Nam Hee (Reborn Rich)
  8. Han Ji Hyun (Cheer Up)
  9. Kim Shin Rok (Reborn Rich)
  10. Kim Rae Won (The First Responders)

Related posts

‘The Glory Part 2’ Duduki #1 Dalam 10 Teratas Global Dengan Gabungan Jumlah Tontonan Lebih 124 Juta Jam

Kakimuvee

Jeon Do-yeon Sebagai Ibu Tunggal & Pembunuh Upahan, Filem Netflix KILL BOKSOON Akan Ditayangkan Pada 31 Mac Ini

Kakimuvee

Drama Jenayah Korea yang Tidak Boleh Dilepaskan “Big Bet” Akan Ditayangkan Secara Eksklusif di Disney+ Hotstar 15 Februari Ini

Kakimuvee

Netflix Dedah Tarikh Tayangan & Gambar Terbaru ‘The Glory Part 2’

Kakimuvee

Siri Romantik Terbaru Korea “Call It Love” Akan Tiba Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar Pada 22 Februari

Kakimuvee

Uunchai: ZEE5 Global Tetapkan Tarikh Tayangan Filem Terbaru Amitabh Bachchan

Kakimuvee

Leave a Comment