Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot AsiaTrivia

5 Anime 2019 Yang Menarik Untuk Ditonton

Sedang mencari anime yang menarik untuk ditonton? atau tidak tahu siri manakah yang harus disaksikan terlebih dahulu?. Tidak mengapa, kami di Kakimuvee ingin kongsikan kepada peminat-peminat Anime tempatan, 5 siri anime yang harus dimasukkan dalam senarai tontonan anda, dan kesemuanya dijamin menarik. Anda boleh lihat senarai-senarai tersebut dibawah.

1. Dr Stone

Anime ni mengenai satu zaman dimana semua manusia di dunia bertukar menjadi batu dan   terdapat sekumpulan pelajar sekolah menengah telah berjaya memecah sumpahan batu tersebut.Mereka perlu bermula dari bawah dimana tiada sebarang teknologi di permulaan hidup mereka. Sesuatu yang mengujakan apabila anime ini menumpukan unsur “survival” antara mereka yang ingin terus meneruskan hidup mereka di “zaman batu” tersebut berdasarkan ilmu sains yang mereka ada.

Wujudnya konflik politik dan dunia sains yang agak memberangsangkan diterjemahkan dalam anime Dr Stone ini yang membuatkan kita teruja untuk menonton episod-episod seterusnya. Adakah mereka Berjaya mengembalikan tamadun manusia yang sudah lenyap selama 3700 tahun itu, marilah kita sama-sama nantikan pengakhirannya.

2. Astra :Lost In Space Kanata No Astra

Astra lost in space adalah satu rancangan iluminati yang gila. Cuba bayangkan sebenarnya kehidupan kita semua ini penuh dengan penipuan yang telah dirancang-rapi setelah sekian lama, sudah tentu akan mengakibatkan kebingungan yang melampaukan bukan? Inilah yang berlaku dalam anime ini. Anime Astara Lost In Space ini adalah mengenai sekumpulan pelajar sekolah menengah yang dikumpulan menjadi team B5 telah menyertai lawatan sambil belajar ke sebuah planet yang berdekatan bernama Mc Pa.

Ketika mereka sampai diplanet tersebut, secara tiba tiba mereka dapati mereka telah disedut oleh wormhole yang mencampakkan mereka sejauh 5 ribu tahun jarak perjalanan dengan tempat tinggal mereka, dengan semangat untuk meneruskan hidup yang tinggi kesemua mereka bertekad untuk pulang semula secepat mungkin menggunakan kapal angkasa yang mereka jumpa. Misi mereka mendapat tanda-tanda positif dimana setiap ahli pasukan B5 mempunyai kemahiran tersendiri dalam menjayakan misi ini.

Satu demi satu misteri berjaya dirungkai ketika kesemua mereka didalam perjalanan untuk pulang dan ini membuatkan mereka semakin berkobar-kobar untuk pulang kerumah mereka. Berjayakah mereka untuk pulang semula menjadi tanda-tanya didalam setiap episod kerana halangan dan rintangan yang mereka hadapi adalah sangat berbahaya untuk setiap manusia yang merentasi angkasa antara galaksi.

3. Enen No Shouboutai – Fire Force

Satu lagi anime terbaru 2019 dimana filem ini mengenai seorang remaja bernama Shinra yang baru sahaja menyertai sebuah pasukan bomba unit khas yang ditugaskan untuk memadamkan api misteri disekitar tokyo. Api misteri yang dimaksudkan adalah satu kejadian dimana seseorang manusia itu boleh terbakar secara tiba tiba lalu berubah menjadi makhluk Infernal dan menyerang orang disekelilingnya.

Apa yang menarik dalam anime ini adalah setiap ahli dalam semua pasukan bomba khas ini mempunyai kebolehan yang tersendiri terutamanya kebolehan untuk mengawal api dan menghasilkan api. Menarik untuk disaksikan kepelbagaian “abiliti” yang ada dalam setiap ahli bomba tersebut.

Shinra juga mempunyai gelaran Devil disebabkan peristiwa silam yang berlaku sewaktu dia kecil dan ini membuatkan Shinra tekad untuk membuktikan dia adalah seorang Hero dan bukan makhluk pemusnah seperti yang diperkatakan orang sekelilingnya.

4. Vinland Saga

Vinland Saga adalah salah satu anime terbaru untuk 2019 dimana anime ini  berdasarkan sejarah Viking sebenar yang dihasilkan oleh WIT Studio mula disiarkan pada 8 Julai 2019. Vinland Saga adalah sebuah anime bertemakan sejarah yang penuh dengan fakta yang sangat menarik menjadikan ia salah satu anime yang ditunggu-tunggu peminatnya setiap minggu sebaris dengan anime-anime yang disebutkan didalam artikel ini.

Vinland Saga adalah anime mengenai pengembaraan Thorfinn, anak kepada Ketua Vikings terhebat bernama Thor yang mempunyai misi untuk membalas dendam keatas kematian ayahnya. Thorfinn menghabiskan zaman kanak-kanaknya dimedan peperangan dalam meningkatkan skill berlawannya demi mencapai misinya sejak dulu lagi. Vinland Saga adalah bukan satu anime yang berpaksikan fantasi semata-mata tetapi berdasarkan sejarah sebenar tentera Viking pada satu masa dahulu.

5. Kimetsu No Yaiba

Anime ini mengenai dunia dimana wujudnya Demon dan Pemburu Demon (Demon Slayer). Anime ini mengenai Demon yang wujud beratus tahun makan manusia untuk kekal hidup lalu menjadi lebih kuat dan juga ada Demon Slaying Corps yang akan memburu mereka ni. Demon  hanya aktif pada waktu malam sahaja kerana mereka tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari.

Secara ringkasnya kelemahan mereka adalah cahaya matahari dan juga pedang Demon Slayer yang ditempa dengan jampi istimewa untuk membunuh Demon. Anime ini memfokuskan seorang budak lelaki bernama Tanjiro yang tinggal dikawasan gunung dan bekerja sebagai penjual arang untuk menyara kehidupan keluarganya. Pada suatu malam, ketika ketiadaanya keluarganya telah dibunuh oleh seorang Demon yang sangat kuat dan bermula pada saat itu dia berazam untuk balas dendam untuk mencari demon yang telah membunuh keluarganya.

Oh ya dalam ramai-ramai, adik Tajiro bernama Nezuko telah terselamat dari pembunuhan tu malangnya dia sudah berjangkit dengan darah demon. Walaupun dia telah menjadi demon tetapi Nezuko tidak seperti demon yang lain kerana dia tidak berniat untuk makan manusia, malah dia menjaga/melindungi manusia dari Demon lain. Saksikan pengembaraan Tanjiro menjadi salah seorang ahli Demon Slayer Corp dan membalas dendam terhadap pembunuhan demon dibumi ini.

Related posts

‘The Glory Part 2’ Duduki #1 Dalam 10 Teratas Global Dengan Gabungan Jumlah Tontonan Lebih 124 Juta Jam

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Jeon Do-yeon Sebagai Ibu Tunggal & Pembunuh Upahan, Filem Netflix KILL BOKSOON Akan Ditayangkan Pada 31 Mac Ini

Kakimuvee

Drama Jenayah Korea yang Tidak Boleh Dilepaskan “Big Bet” Akan Ditayangkan Secara Eksklusif di Disney+ Hotstar 15 Februari Ini

Kakimuvee

Netflix Dedah Tarikh Tayangan & Gambar Terbaru ‘The Glory Part 2’

Kakimuvee

Siri Romantik Terbaru Korea “Call It Love” Akan Tiba Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar Pada 22 Februari

Kakimuvee

Leave a Comment